Bab 18-Debaran

Romance Series 23432

Setelah bercerai dengan Tengku Farif Dato' Fadhil kehidupan Dayang kini lebih bebas bersama kekasih hatinya Adrean merupakan anak Tunggal kepada Dato' Azzam dan arwah isterinya Datin Maria .

Dayang kini tinggal berdua dengan Adrean di sebuah kondo mewah tanpa sebarang ikatan yang sah Mereka hidup seperti orang yang tiada agama .Ikut suka hati nak buat apa seolah-olah tiada hari esok....

Dayang ketika itu baru sahaja selesai mandi menuju ke ruang tamu kondo itu..Dia melihat ke arah luar beranda kondo itu.

Dia mula bermonolog,

permainan aku akan bermula tak lama lagi,kau enjoy la dulu hidup kau sebelum perlahan-lahan aku balas apa yang keluarga kau dan kau buat dekat aku ..aku akan pastikan kau dapat balasan nya... Perasaan benci dalam diri diri dia semakin membuak -bual tapi dia tak dapat nak lari dari perasaan takutnya ,Tengku Farif bukannya calang-calang orang yang dia boleh jatuhkan macamtu jer.

Walaupun Adrean juga merupakan seorang yang agak berpengaruh tetapi tetap tak dapat nak mengalah kan Tengku Farif tambahan pula dengan sokongan kuat dari sepupunya Tengku Faiq.

Sesuatu yang agak kejam dan mengerikan sudah berlegar-legar di benak fikiran Dayang.....dia sudah dapat akal yang agak menyeramkan untuk menjatuhkan keluarga bekas suaminya itu

Dia senyum sendirian di beranda kondominium mewah milik Adrean.... sungguh dia tidak sabar untuk melakukan rancangan nya itu...apapun dia akan lakukan demi membalas dendam terhadap Tengku Merdhina Adelia dan bekas suaminya Tengku Farif

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Hari berganti hari ,kini tinggal lagi lebih kurang seminggu untuk Tengku Faiq dan Tengku Merdhina Adelia sah bergelar suami isteri..

Tengku Merdhina Adelia ketika itu baru sahaja ingin menuruni anak tangga rumahnya.

Dia ternampak Mommy dan Daddy nya yang ingin keluar dari rumah.

Dia segera menerpa ke arah mommy dan daddy nya sudah mahu melepasi pintu keluar rumah itu

"mommy , daddy nak pergi mana ni "tanya Tengku Merdhina Adelia

"Kami nak pergi Majlis Perkahwinan anak rakan niaga kami di sebuah hotel"terang Dato' Fadhil

"ouh ye ke ,hati -hati mommy ,daddy"ujar Tengku Merdhina Adelia

"Baiklah kami pergi dulu"ujar Datin Fatima

Datin Fatima dan Dato' Fadhil terus berlalu meninggalkan Tengku Merdhina Adelia yang masih tercegat di hadapan pintu utama banglo itu.Mereka berdua berjalan masuk ke dalam perut kereta Velfire milik Dato' Fadhil

Entah mengapa hati Tengku Merdhina Adelia dilanda perasaan gundah dan berat untuk melepaskan ibu bapanya pergi pada ketika . Seolah-olah ada benda benda buruk yang bakal terjadi namun apabila kereta yang dinaiki oleh mommy dan daddy nya sudah tidak kelihatan dia cuba untuk berfikiran positif ....

Dia menutup pintu dan berjalan masuk ke dalam rumah menuju ke tempat istirehat.

Dia tiba di sebuah kolam buatan yang terdapat di sekitar kawasan rumah banglonya.....

Dia merenung ke dalam kolam buatan itu....tidak disangkan banyak benda yang telah terjadi dalam kehidupan keluarganya sejak kebelakangan ini terutama sekali hidup abangnya.

Untung sahaja lah emosi abangnya sudah kembali stabil dan Tengku Farif sudah memulakan kerja seperti biasa.Perlahan-lahan dia cuba untuk melupakan bekas isterinya Dayang dan memulakan hidup baru bersama anaknya Qhaleira ,anak hasil perkahwinannya dia dan Dayang...

Setelah lama termenung tiba -tiba , jantung Tengku Merdhina Adelia terus berdebar-debar dengan tiba -tiba..Dia cuba beristighfar dan memohon agar tiada benda buruk yang berlaku
Dia mula mengatur langkah menuju ke arah dapur rumahnya seraya tekaknya terasa haus

Datin Fatima dan Dato' Fadhil sedang leka berbual -bual ,tiba -tiba driver Dato' Fadhil menjerit dengan menyebut kalimah Allah ....Dato' Fadhil dan Datin Fatima tersentak dan begitu juga mulut mereka tidak lepas dari menyebut kalimah Allah.....dan satu rempuhan yang kuat telah menyebabkan mereka terbabas......

Kereta Velfire milik Dato' Fadhil dan Datin Fatima sudah terjerumus ke dalam gaung yang sangat dalam dan tinggi ..... dengan serta merta letupan kereta telah berlaku....asap hitam mula menebal di kawasan itu..

Dari jauh seseorang sedang memerhati kan sahaja kemalangan itu...tanpa sebarang pertolongan yang ingin dia hulurkan kerana inilah kemahuan nya ......

Dia mula menghubungi seseorang

"Hello boss ,kerja dah settle ,semuanya seperti yang dirancang "ujar Zakir

"bagus,dah kau bla sekarang dari situ"ujar Adrean teman lelaki Dayang

"Baik boss"

Akhirnya ,mak bapak kau dah mati Farif kini tinggal giliran kau dan adik beradik kau jer lagi aku nak hapuska...gumam Adrean

Dendam antaranya dan keluarga Dato' Fadhil semakin membuak-buak apabila dia gagal mendapatkan tender baharu dari sebuah syarikat baru -baru ni.....Tender itu amat penting untuk dirinya pada ketika itu namun segala-gala nya musnah apabila Tengku Farif merampas Tender itu..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~`

Matahari sudah hampir terbenam tetapi kelibat Mommy dan Daddy nya masih tidak kelihatan...

Tengku Merdhina Adelia mundar mandir di ruang tamu rumah banglo 3 tingkat itu....Tidak lama selepas pintu masuk rumah banglo itu dikuak ... menyentak kan Tengku Merdhina Adelia..... kelihatan Tengku Farif yang tercegat di hadapan muka pintu yang memerhatikan tingkah laku nya yang tidak senang duduk sejak tadi lagi

Tengku Farif segera menerpa ke arah nya

"Kenapa ni,ada masalah ke Dhina"Tanya Tengku Farif

"Takde lah cuma risaukan mommy dan daddy jer,sejak tengah hari tadi lagi keluar tak balik lagi,hari dah nak malam ni"ujar Tengku Merdhina meluahkan segala kegusaran yang melanda di jiwanya..

"Dah try call"

"Dah tapi tak angkat , panggilan pun tak masuk"

"Ermm mungkin diorang singgah dekat tempat lain dulu Kut , jangan la risau insyaallah nanti diorang balik lah tuh"ujar Tengku Farif cuba menenangkan adiknya itu

Tengku Merdhina Adelia mencebik tanda tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan abangnya

Kening Tengku Farif bertaut apabila wajah adiknya itu masam mencuka...

"Dah la tuh ,abang nak naik bilik jap nak mandi "

"Ermm yelah "lemah sahaja suara Tengku Merdhina Ketika itu

Tengku Farif terus melangkahkan kaki menaiki anak tangga

Jam sudah menunjukkan pukul 8 malam...seusai Tengku Merdhina dan abang menunaikan solat maghrib berjemaah ..Tengku Merdhina sekali lagi dilanda kegusaran ...

Mommy dan Daddynya masih tidak kelihatan,begitu juga dengan Tengku Farif dia mula tidak senang duduk , panggilan telefon juga tidak berjawab

Tiba-tiba telefon Tengku Merdhina berbunyi dan Merdhina terus sahaja menjawab panggilan itu

Selang beberapa saat telefon bimbit Tengku Merdhina terlepas dari genggaman tangan dan dia hampir jatuh tetapi abangnya sempat menyambar tubuhnya itu ke dalam pangkuan..

Air mata nya laju mengalir dan Tengku Farif naik bingung ,,Telefon Adiknya diambil apabila mendapati bahawa talian telefon itu masih belum dimatikan.....

Dia juga terkejut dengan berita yang sampai ke telinganya ....ibu bapa sudah meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya manakala Tengku Merdhina terus meraaung begitu juga dengan dia air mata laju membasahi pipi...Dia memeluk adiknya dengan begitu erat ......

bersambung

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience