Bab 36 : Ugutan

Romance Series 23385

Jessica mengetap bibir menahan marah....

Dia semakin tidak keruan...dia sudah terlalu obses dengan rancangan nya untuk membalas dendam....

Tangannya digenggam dan dilayangkan ke muka salah satu anak buahnya...

Dia menjerit dengan sekuat hatinya untuk melegakan tekanan di dadanya akibat terlalu marah....

Arhhhhhhh!"Korang semua akan mati "jerihnya sekuat hati...

Anak -anak buahnya tertunduk ke bawah..wajah bengis wanita itu terlalu menakutkan pada ketika itu...tiada siapa yang berani bersuara ..mahu melayang nyawa

"Korang semua dengar sini'pekiknya terhadap anak buahnya yang sedang tertunduk di hadapan nya

"Aku nak korang takutkan perempuan tu..."pekik Jessica sekali lagi...

"Takutkan?"tanya salah seorang dari mereka sambil membuat wajah cemberut tidak mengerti dengan arahan yang diberikan

"Asal bengap sangat korang ni..takutkan jer lah ..bagi dia takut ..korang hantar surat ugutan ke ..darah ke bagi dia takut..bagi dia sengsara macam mana dia buat dekat abang aku Kau faham tak "pekik Jessica sekali lagi...

Anak -anak bauahnya menganggukkan kepala tanda faham...

Jessica menarik muka..dan terus sahaja melangkahkan kaki keluar dari gudang dia bertemu dengan anak -anak buahnya untuk apa -apa sahaja rancangan jahat

Tengku Merdhina sedang bersiap -siap di dalam biliknya untuk keluar bersama Ninie...bagi melepaskan rasa bosannya hari -hati terperap jer dekat rumah baik dia keluar Habis kan duit yang setiap bulan pasti akan ada sejumlah angka yang masuk ...sampai tak terusik dibuatnya....

Apalaagi kalau bukan duit nafkah yang diberikan suami buat dirinya.. sesuatu yang memang wajib diberikan oleh seorang suami kepada isteri

Sebelum Suaminya berangkat ke kerja pagi tadi...dia sudah memberitahu aktiviti yang akan dia lakukan pada hari ini..da n suami nya hanya membenarkan sahaja ...

Dia sudah siap berpakaian skirt palazo dan baju blouse singkat sudah tersarung di badannya ..dia tersenyum memperlihatkan tubuhnya yang cantik di cermin..kalau tak perasan memang tak sah la ...tudung juga sudah siap digosok dan tinggal dipakai sahaja di atas kepalanya...

Telefon bimbitnya berbunyi di atas katil...Tengku Merdhina segera mengambil langkah menuju ke arah telefon...

Telefon bimbit yang berada di atas katil dicapai nya..seperti yang dijangkakan pasti Ninie lah yang menghubunginya ketika ini...

"Hello Kau kat mana .."terjah Ninie di hujung talian

"Aku kat rumah lagi la "balas Tengku Merdhina sambil mencekak pinggangnya

"La Yer Ker aku dah nak sampai ni dekat shopping mall"

"Takpelah kau tunggu aku kat sana ..dalam setengah jam aku sampai "

"Okay see you later"ujar Ninie sebelum mematikan panggilan telefon

Tengku Merdhina terus sahaja menyarungkan tudung bawalnya ke atas kepala...beberapa bahagian tudung dipinkan agar lebih kemas gayaan tudung bawal

Setelah yakin dengan penampilannya ..Tengku Merdhina mencapai handbag berjenama miliknya dan kunci keretanya ....

Dia berjalan keluar dari bilik..dan menuruni anak tangga...

Pintu kereta ditutup..keretanya laju sahaja meluncur keluar dari garaj kereta....

Tanpa dia sedari kereta nya diekori oleh sebuah kereta wira di dibelakang...

Di dalam kereta wira itu kelihatan anak -anak buah Jessica sedang cuba melakukan arahan daripada boss mereka iaitu Jessica...

Arahan yang diterima patut diselesaikan secapat mungkin jika tidak mahu nyawa melayang...

Mereka perlu menakutkan Tengku Merdhina pada kali ini..sebagai permulaan rancangan yang telah diatur oleh Jessica

Wajah masing -masing tekun memandang keluar ... untuk memerhati pergerakan kereta Tengku Merdhina

Kalau gagal diorang buat kerja hari ni mau mati kena lunyai dengan Jessica yang sentiasa pakar dengan teknik mempertahankan diri ..belasah orang itu memang kepakaran dia sejak kecil lagi...

Tengku Merdhina mula memasuki parking kereta VVIP di Shopping mall itu...

Sebelum keluar dia mendapat kan telefon bimbitnya terlebih dahulu untuk menghubungi Ninie...dia perlu tahu keberadaan kawannya itu sebelum masuk ke dalam pusat membeli belah yang besar....mau sesatnya nanti..

Nama Ninie terus ditaip di carian...

Nombor itu ditekan ..

Tidak lama selepas itu kedengaran suara Halus milik Ninie di hujung talian

"Kau dekat mana ..aku dekat parking kereta ni"tanya Tengku Merdhina

"Haa aku pun sama ..aku tak keluar lagi tunghu kau sampai ...kau parking kat blok mana"tanya Ninie

"Aku dekat parking VVIP blok A"

"Ouh okaylah kau tunggu kat situ biar aku pergi dekat kau "ujar Ninie sambil dia mula mencapai handbagnya dan keluar dari perut kereta..

",Okay hari ni aku datang dengan BMW tau bukan kereta aku yang satu lagi tu "pesan Tengku Merdhina

",Okay aku letak dulu kita jumpa jap lagi".

"okay"

Tengku Merdhina mematikan talian telefon antar dia dan Ninie...

Jeti jemari nya bermain sesama sendiri di stereng kereta.. sambil dia menunggu ketibaan Ninie... langsung tiada perasaan curiga dihatinya pada ketika ini...

Kereta wira itu memarkir kan kereta agak tersorok sambil memerhatikan Tengku Merdhina yang masih berada di dalam kereta...

Kelihatan Ninie sudah semakin hampir dengan kereta milik Kawannya itu..

Ninie berjalan menuju ke arah kereta BMW Hitam milik Kawannya yang berada di parkiran VVIP...

Cermin kereta diketuk olehnya...

Tokkkk Tokk!

Tengju Merdhina tersenyum. apabila kawannya Ninie sudah berada di luar keretanya...dia mengambil handbagnya di atas kerusi penumpang dan mula keluar dari perut kereta....

"Hey ..sampai pun kau "Sapa Tengku Merdhina apabila dia sudah keluar dari perut kereta...

Kereta mula dikunci menggunakan kunci keretanya..

"Dah sekarang ni nak pergi mana dulu ..makan or shopping first"tanya Ninie

"ermmm ..makan dulu Kut"

"Okay jom la "

Tengku Merdhina dan Ninie baru sahaja ingin menyeberangi untuk masuk ke dalam pintu utama shopping Mall itu..

Tanpa mereka sedari...ketika hendak melintas ..sebuah kereta wira laju meluncur ke arah mereka berdua...

Tengku Merdhina kaku serta merta melihat kereta itu sudah semakin hampir dengannya...Ninie yang juga terkejut dengan keadaan itu Segara menolak Tengku Merdhina daripada terkena rempuhan...

Bammmm!

Tengku Merdhina telah tergolek di jalan tar....kepalanya berdarah dan dia berkerut kening apabila kepalanya terasa pening...

Manakala Ninie sudah merelakan dirinya terkena rempuhan kereta itu...dia tergolek...darah sudah memancut keluar dari mulut. .. kecederaan yang dialaminya agak serius ...

Matanya berpinar-pinar sambil cuba mencari kelibat tubuh rakannya walaupun dia dalam keadaan sudah terbaring... apabila susuk tubuh itu terlihat di lensa matanya dia menarik nafas lega.. akhirnya matanya terkatup jua akibat terlalu sakit

Tengku Merdhina yang menyaksikan kejadian itu menjerit histeria ....

"Ninieeee "jerit Tengku Merdhina walaupun tubuhnya terasa lemah...air matanya bercucuran gugur apabila melihat Nine sudah terbaring kaku..darah yang mengalir keluar dari mulut rakannya itu membuatkan Tengku Merdhina meraung

Ninie langsung tidak memberikan sebarang reaksi pada jeritan nya akhirnya Tengku Merdhina juga pasrah apabila matanya juga sudah mula berpinar-pinar... akhirnya matanya juga terkatup dengan sendirinya

Kelibat kereta itu sudah tidak kelihatan..lagi ...

Orang ramai mula berkerumun menerpa kearah 2 susuk tubuh yang tidak bermaya...

Salah seorang daripada mereka menghubungi ambulans untuk pertolongan...

"Woi asal kau pergi langgar di bodoh "Tengking Jessica kepada anak buahnya ....darahnya betul -betul menggelegak pada ketika ini apabila anak buahnya memaklumkan hal itu...

Anak -anak buahnya tertunduk ke lantai...takut mereka pada ketika itu tiada siapa yang tahu...

"Korang pekak ke apa ni"Pekik Jessica sekali lagi apabila anak -anak buahnya hanya tertunduk

"Boss kami betul-betul minta maaf"ujar salah seorang daripada mereka dengan tergagap -gagap

"Maaf ...kau cakap..woi bodoh macam mana kalau polis buka siasatan..tak ke susah kerja kita nanti..aku suruh kau ugut dia bukan langgar dia lah bodoh "peliknya sekuat hati....muka nya merah padam seolah mahu sahaja bunuh satu persatu manusia yang ada di hadapannya...

Anak -anak buahnya masih dia kaku...takut untuk menjawab apa -apa..

"Sekarang ni...kalau rancangan aku gagal mati korang semua aku kerjakan "bentak Jessica ...dia mula keluar dari gudang pertemuan nya bersama. anak buahnya...Dia memerlukan ubat penenang pada ketika ini....

Masuk sahaja ke dalam kereta...
dia menghentak tangannya sekuatnya di stereng kereta...

Dia menjerit sekuatnya untuk melegakan sesak di dadanya...

Dia tidak puas hati jika Merdhina mati begitu sahaja ....ini sikit sebanyak rancangannya sudah terjejas akibat daripada anak -anak buahnya yang bauat kerja tak pakai otak..

Kalau ikut kan hati mahu sahaja dia tembak mereka semua tadi...tapi apabila memikirkan dia masih memerlukan khidmat mereka...dia tanamkan dulu niatnya...

"Arhhhh"jeritnya puash

Telefon yang berada di tangannya terhempas..jantungnya pada ketika ini seolah-olah mahu berhenti apabila menerima. panggilan itu....

Isterinya sekarang sudah dikejarkan ke hospital ...akibat dirempuh...

mahu gugur jantung Tengku Faiq ketika itu... walaupun terasa lemah ..digagahkan juga kaki untuk bergerak ke hospital...

Air matanya sudah mula membasahi pipi...

perkara yang ping dia takuti sudah terjadi... sungguh dia tidak kuat untuk berhadapan situasi ini..

Ya Allah selamatkanlah isteriku...rintihnya dalam hati

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience