Bab 3

Romance Series 23385

"baiklah Paklong saya akan cuba jadi yang terbaik untuk Merdhina tapi dia setuju tak"

"Pasal dia kamu jangan risau tahulah macam mana paklong nak handle" Dato' Fadhil memberi jaminan

Dato' Fadhil berasa sangat gembira kerana Faiq telah bersetuju untuk memperisterikan Tengku Merdhina Adelia anak bongsunya.Tetapi perkara itu belum diketahui oleh Merdhina ,adakah anak bongsunya itu akan bersetuju dengan perancangannya ini.Dia berasa sangat bersalah tetapi apakan daya keluarga mereka terlalu ramai musuh ,Dato' Fadhil terpaksa mencari seseorang untuk melindungi Merdhina dan orang paling sesuai ialah Tengku Faiq Danial merangkap sepupu Merdhina .

Faiq meminta diri untuk naik ke biliknya setelah pembantu rumah memaklumkan biliknya sudah siap dikemas.

"Paklong ,Faiq naik dulu yer "ucap Faiq

"haa yer lah pergi lah naik dulu "

Faiq terus berlalu menaiki anak tangga rumah banglo tiga tingkat itu.

Dia membuka pintu biliknya dan melabuhkan punggungnya di atas katil empuk itu Fikiran dia menerawang entah ke mana, permintaan Paklong nya itu terngiang-ngiang di benak fikiran nya

.Jauh di sudut hatinya dia gembira kerana Paklongnya ingin dia mengahwini Merdhina Adelia tapi mahukah gadis itu dengan dirinya, pelbagai benda mencengkam benak fikirannya.Dia tidak mahu terlalu memaksa Merdhina Adelia untuk mengahwini nya tetapi sebab yang dinyatakan Paklongnya agak munasabah dan dia yakin dia mampu untuk melindungi Merdhina Adelia dengan kuasa yang dia ada.

Lalalaaallaaa ,begitu riang Tengku Merdhina Adelia menyanyi di bilik nya selepas keluar dari bilik air .Hari itu sungguh gembira buatnya Jamuan Hari Jadinya berjalan lancar seperti yang telah dirancangkan.Tiada ucapan lain yang mampu dia ungkapkan di hati selain Alhamdulillah.

Bayangan Tengku Faiq Danial mula menyingkap di fikirannya.Sungguh dia merindui jejaka itu kerana sudah terlalu lama mereka tidak bersua muka.Setiap detik bersamaTengku Faiq Danial tidak mungkin dia lupakan kerana ia adalah detik terindah dalam hidupnya.

Merdhina mula melabuhkan punggungnya di atas kerusi berhadapan dengan meja untuk menulis sesuatu.Buku diari kehidupannya dicapai di atas rak dan dibuka menggunakan kunci.Dia ingin meluahkan segala perasaan pada hari itu di dalam buku diarinya yang tidak pernah dibaca oleh sesiapa pun.Cukuplah hanya dirinya sahaja yang tahu segala suratan di dalam diari itu.

Seusai menulis dia menggeliatkan tubuh badannya dan dia bingkas bangun dari kerusi menuju ke katil bersaiz King di biliknya.Dapat berbaring di atas katil empuk itu adalah satu nikmat buat Merdhina Adelia setelah hampir satu hari berpenat lelah

Dia tertidur jua bersama mimpi -mimpi indah pada malam itu.

~~~~~~~~~~~~~~~~
Pada jam 5:30 pagi Faiq terjaga dari tidurnya.Dia mula bangun menyandarkan tubuhnya di katil itu.Dia meraup wajahnya dan mengucapkan alhamdulillah syukur kepada Allah

Tidak lama selepas itu pintu biliknya diketuk.

tokkkk tokkkk

Kedengaran suara Paklong nya memanggil dia untuk solat subuh bersama -sama

"Faiq ,jom solat subuh berjemaah "panggil Paklongnya

"Yer Paklong ,nanti Faiq pergi nak ambil wudhuk kejap"

"okay ,cepat sikit tau "

"okay Paklong kejap jer"laung Faiq dari dalam bilik

Dato' Fadhil terus berlalu untuk meninggalkan bilik Faiq membiarkan pemuda itu bersiap-siap

Faiq terus bangun dari atas katilnya menuju ke bilik air untuk mengambil wudhuk

Lebih kurang 10 minit dia keluar semula dari bilik air .Dia terus menuju ke ruang solat untuk solat berjemaah dengan keluarga Merdhina

Di situ sudah kelihatan Merdhina dan beberapa orang yang lain untuk solat berjemaah

"haa Faiq ,"tegur Paklongnya

"yer Paklong"balas Faiq

"apa kata kamu yang jadi imam boleh tak"

"boleh Paklong"

Farif abang kepada Merdhina sempat dia menyakat Faiq

"untung la sape dapat Faiq ni jadi suami kan Dhina"

Merdhina hanya tersenyum dengan gelagat abangnya Farif itu

Faiq mula mengangkat takbir dan diikuti oleh para makmum nya

Seusai mereka memberi salam ,Faiq berpusing ke belakang untuk menyalami tangan bapa saudaranya itu dan Farif sepupunya juga suami kepada Merina Irfan

Merdhina pula mula menyalami tangan ibu ,kakak dan kakak iparnya itu.Sungguh dia gembira apabila dapat menunaikan solat bersama keluarga tercinta.

Sungguh dia terpesona dengan Faiq Danial.Jejaka mampu untuk menjadi imam di dalam solat solat ,dia seorang yang menjaga hubungan dengan Penciptanya apalagi yang kurang dalam diri dia,Merdhina Adelia hanya mampu tersenyum seorang diri

"Faiq ,hari ni kamu kerja tak "tanya Maklongnya

"Harini Faiq cuti la maklong rasa penat asyik mengadap kerja jer hari -hati so hari ni Faiq nak release tension"

"haa baguslah temankan si Merdhina ni pergi beli barang ,dia cakap nak masak special Harini memandangkan kamu pun ada sekali"terang Maklongnya

Tersentak Merdhina dibuatnya ,entah apa la yang ada dalam pemikiran ibunya itu.

"dengar tak Dhina ibu cakap "

"dengar ibu "

"bagus nanti kamu pergi beli barang dengan Faiq tak elok anak dara keluar sorang-sorang

Merdhina hanya mengjenggilkan matanya ke arah ibunya

,,,,,,,,, bersambung

jangan lupa comment dan bagi coins kalau boleh love you all also follow me

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience