Bab 6 -Jawapan

Romance Series 23385

Merdhina Adelia tersedar dari tidurnya pada jam 3 pagi.Hatinya kembali dirundung pelbagai persoalan......

Haruskah aku menyetujui kehendak ibu bapaku, mampukah aku untuk menjadi isteri di usia semudaini.....Ya Allah bantulah aku....

Merdhina Adelia bangun dari pembaringan dia dan menuju ke bilik air untuk mengambil wudhuk.Dia ingin meminta petunjuk daripada Allah melalui solat istikharah/tahajjud...

5 minit kemudian dia keluar semula dari bilik air menuju ke tempat solat berhadapan dengan beranda biliknya.....Dia mula memakai telekung nya dan berniat

Ya Allah Kau berikanlah aku petunjuk untuk membuat keputusan yang terbaik dalam hidup ku,,, Seandainya benar dia adalah jodohku kau bukakanlah hatiku untuk menerimanya dan seandainya dia bukan jodohku kau berikanlah aku jawapan yang muktamad Ya Allah....Aku mohon padamu , itulah yang dipinta oleh Merdhina Adelia dalam solat yang dia lakukan itu.

Doa itu diakhiri dengan lafaz Amin amin ya Rabbal Alamin....Hati Merdhina Adelia mula membuat keputusan mengikut firasatnya dan kini keputusan sudah berada di genggamannya....

Dia kembali semula ke katilnya untuk sambung tidurnya...kini tidurnya terasa lebih nyenyak dan aman.....

Seawal jam 8 pagi Keluarga Dato' Fadhil telah berkumpul di satu meja makan yang sama untuk bersarapan....

Dato' Fadhil mula membuka bicara apabila Merdhina Adelia berada di hadapannya...

"Dhina"panggil Dato' Fadhil dengan lembut

"Yer Daddy"

"macamana apa jawapan kamu"tanya Dato' Fadhil tanpa berselindung lagi

Merdhina tidak menjawab soalan itu sebaliknya dia melontarkan satu soalan kepada Daddynya

"abang Faiq macamana,dia setuju tak"tanya Merdhina Adelia,dia ingin memastikan terlebih dahulu jawapan Faiq sebelum dia memberitahu keputusan nya itu

"Faiq dah setuju"ringkas jawapan Dato' Fadhil

"Baiklah kalau macam tu Merdhina setuju tapi dengan syarat "

"hah syarat"terkejut Datin Fatima dengan ujahan anaknya itu

"Yes syarat nanti Dhina bagitahu jangan risau syarat tu tak banyak pun dan cukup mudah"tambah Merdhina lagi

Yer memang dia telah bersetuju untuk menerima Faiq dan perkahwinan itu tapi tidak semudah itu.Abang Faiq perlu mengikuti beberapa syarat nya terlebih dahulu sebelum dan selepas mereka dihijapkabulkan....

Di dalam bilik di tingkat atas , seorang perempuan sedang mempersendakan Merdhina Adelia kerana bersetuju untuk menikah dengan Tengku Faiq Danial

"abang, betul ke adik kesayangan awak tu setuju nak kawin dengan si Faiq tu"tanya Dayang dalam nada sindiran

"Yer lah,awak ni dah kenapa tak suka jer adik saya tu nak kawin"tegur Farif

"bukan saya tak suka cuma mampu ke dia dengan usia Semuda tu ,dah gatal sangat ke nak berlaki"

"Dayang Qalira ,awak jangan lebih -lebih nak kata adik saya gatal "suara Farif sedikit keras, sungguh dia pantang kalau ada yang nak mengata adiknya temasuk isterinya itu sendiri

"ala abang ni saya cakap jer tu pun nak melenting"selamba Dayang menambah

"sudah la malas saya nak layan awak baik saya pergi kerja lagi bagus"

Farif terus berlalu meninggalkan bilik nya membiarkan si Dayang itu berseorangan... sungguh panas hatinya ketika itu entah apa yang difikirkan si isteri sampai sanggup memperkatakan si adiknya sebegitu rupa.Mahu sahaja dia cilikan mulut isterinya itu...

"Selamat Pagi boss"ucap Adina selalu assisten Tengku Faiq Danial

Wanita yang berusia lingkungan 35 tahun cuba berdiri apabila Tengku Faiq Danial mula menghampiri mejanya untuk masuk ke dalam pejabatnya.Dia sedikit termengah-mengah dek kerana perut nya yang semakin membesar menunggu masa untuk bersalin.

Tengku Faiq Danial yang melihat kan keadaan itu mengarahkan dia untuk tidak perlu bangun sebaliknya hanya memberikan senyuman dan mengucapkan selamat pagi sahaja untuknya

"Adina next time awak dah tak payahlah bangun,kesian awak saya tengok dengan perut yang dah makin besar tu ,awak duduk jer kalau saya lalu okay"pinta Faiq

"ouh baik boss ,terima kasih boss"ucap Adina

Sememangnya Faiq seorang boss yang sangat baik dengan pekerja nya tidak suka melenting tak tentu pasal membuatkan pekerja semakin menghormati nya

Faiq terus berlalu masuk ke dalam pejabatnya sebaik dia selesai bercakap dengan pembantunya.

Briefcase dia diletakkan di atas meja nya....Dia mula duduk dan menyemak beberapa dokumen yang berada di mejanya......

Tiba - tiba telefon bimbit milik Faiq berbunyi.Dia mencapai telefon bimbitnya itu dan menekan meleretkan butang hijau ke atas

Terdengar suara Dato' Fadhil di hujung talian

"Faiq ,malam ni kamu datang rumah paklong yer ada benda yang perlu kita bincangkan..."Pinta Dato'Fadhil

"pasal kawin ke Paklong"tanya Faiq pula tiba -tiba dia rasa sangat berdebar dan gemuruh,adakah Merdhina sudah memberi kata putus

"Ye ini pasal kawin,nanti kamu datang kita bincang okay"

"okay Paklong"

talian dimatikan dan Faiq kembali fokus kepada kerjanya

bersambung

bersambung

assalamualaikum para readers tq sudi baca jangan lupa comment

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience