Bab 4

Romance Series 23389

Tengku Merdhina Adelia dan Tengku Faiq Danial mula mencari barang -barangan yang diperlukan di Pasaraya untuk Merdhina memasak pada petang nanti .

Mereka beriringan berjalan berdua memusing pasaraya untuk mencari sayur -sayuran untuk membuat dalca dan pelbagai lagi bahan lain.Merdhina ingin memasak Nasi Briyani untuk makan malam mereka sekeluarga nanti.

Mereka berdua kelihatan seperti pasangan suami isteri yang baru sahaja bernikah walaupun hakikatnya masih belum sampai waktunya.

Faiq mula membuka topik perbualan dengan Merdhina sambil -sambil Merdhina leka mencari bahan masakan

"erm Dhina abang nak tanya boleh"tanya Faiq

"haa tanya apa bang tanya jer lah"

"Dhina dah ada bf ke"

Merdhina Adelia ketawa kecil apabila ditanyakan soalan begitu.

"haish bang Dhina ni baru umur 18 tau mana la nak ada bf lagi ape la abang ni"

"ouh baguslah"

"hah ,apa yang bagusnya ,kawan -kawan Dhina semua dah ada bf Dhina ni jer yang slow sikit haish apa la nasib "rintih Dhina dalam gurauan

"Ala takpe nanti adalah teman hidup Dhina yang akan menemani Dhina ,dah tak lama dah"seloroh Faiq dalam kebenaran tersembunyi..

"amboi dah macam tukang tilik dah abang Faiq nih,"

Faiq hanya mampu tersenyum, seandainya Merdhina tahu dialah lelaki itu apa reaksi dia agaknya,gumam Faiq

"Dah cukup rasanya barang yang kita beli ,now Dhina nak pergi bayar jom bang"ajak Dhina untuk ke kaunter bayaran

"jom"

Tiba di kaunter bayaran ,baru sahaja Merdhina ingin mengeluarkan kad kreditnya terlebih dahulu Faiq memberikan kad kreditnya kepada jurujual . Merdhina sedikit segan ...

"abang kenapa abang pulak yang bayar tak best la macam ni"

"ala bukannya selalu pun abang belanja,abang bukan nya tak mampu nak keluarkan setakat beli barang ni,abang lebih pada mampu la Dhina jangan la risau"

"betul ni tak menyusahkan abang"

"betul "

"okay tq bang"

"okay dah jom kita balik"ajak Faiq

Mereka berdua beriringan keluar dari pasar raya besar itu menuju ke tempat parkir kereta .Barang -barang yang dibeli tadi dimasukkan ke dalam bonet kereta Faiq

Merdhina terus membuka pintu kereta dan masuk ke dalam perut kereta milik Faiq itu.Faiq mula menghidupkan enjin keretanya dan berlalu pergi meninggalkan kawasan pasar raya itu.

Di dalam kereta ,Faiq memasangkan lagu yang dinyanyikan oleh pasangan duet terkenal pada masa kini iaitu Syamel dan Ernie Zakri dengan lagu mereka takkan terlerai.

Tanpa disangka Merdhina turut menyanyikan lagu tersebut kerana dia sangat meminati lagu kedua penyanyi itu Faiq sedikit terkejut dengan telatah Merdhina yang tiba -tiba menyambung lirik lagu itu.Tidak dinafikan suara lunak milik Merdhina Adelia boleh bernyanyi dengan agak baik.

Faiq hanya membiarkan sahaja Merdhina menghabiskan lirik lagu itu.Dia terus fokus kepada pemanduannya itu.

Tibanya di rumah mereka berdua mengangkut barang - barang yang telah dibeli tadi ke dapur.

Kakak Merdhina iaitu Merina sudah berada di dapur ketika itu.

"haa dah balik dah dua orang ni,mana barang meh akak tengok"

"nah di semua barang -barang yang dah dibeli tadi"sambil Merdhina menghulurkan bahan yang telah dia beli tadi

Merina meneliti satu persatu bahan yang dibeli.

Merdhina menghampiri Faiq dan menyuruh Faiq untuk keluar dulu dari dapur dan berehat di luar.

"abang Faiq keluar dulu yer,kami para wanita ingin beraksi di dapur"pinta Merdhina.

"haa okay la "

Faiq terus keluar dari dapur,ketika dia ingin menuju ke ruang tamu rumah itu,Farif telah memanggil dia dari tingkat atas.Dia berpaling ke arah Farif dan Farif memberikan satu isyarat tangan yang dia faham sangat iaitu bermain gym.Tanpa berlengah Faiq terus menaiki anak tangga menuju ke arah Farif dan mereka berdua beriringan masuk ke dalam bilik gym kepunyaan Farif

Peluh mula mengalir di segenap badan Faiq dan Farif . Keduanya berhenti apabila tekak mereka mula merasa kehausan.

Faiq mula lap dadanya yang sudah dibanjiri dengan peluh .

"eh Faiq kau betul ke suka kan adik aku"tanya Farif.

"Yer lah kalau tak takkan la aku setuju nak memperisterikan dia "terang Faiq

"baguslah kalau macam tu kau jaga adik aku elok ii tau kalau tak mati kau aku kerjakan

"thanks bro "ucap Faiq

"wc"

Mereka berdua kembali melakukan senaman masing masing di dalam bilik gym.Tiba pintu bilik itu diketuk dan muncul Seorang budak perempuan iaitu Qhaleira

Budak itu mula memanggil nama papa nya

"papa "

sambil dia berlari mendapatkan Farif .Farif mula memeluk anaknya itu sambil bertanya

"kenapa anak papa datang sini"

"Leira nak main dengan papa "

Faiq hanya tersenyum melihat gelagat Farif dan anak perempuan nya itu.Sungguh comel budak itu .Faiq mula menghampiri Farif dan menyapa budak itu

"hai awak nama awak sape "tanya Faiq

"Qhaleira"ringkas jawapan Qhaleira yang berumur 3 tahun itu..

"nama uncle Faiq , Qhaleira boleh panggil uncle dengan panggilan uncle Faiq nak tak"

"nak nak"

Farif hanya tersenyum melihat Faiq pandai mengambil hati bakal anak buahnya itu

bersambung

thanks sebab sudi baca , jangan lupa comment ,follow and rate tau,love you all readers comment la banyak ii biar ada kata -kata membangun untuk saya lebih bersemangat untuk berkarya untuk awak semua dan memenuhi masa lapang saya sepanjang cuti ni tq sekali lagi

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience