Bab 19-kenyataan

Romance Series 23385

Kaki Tengku Merdhina Adelia begitu lemah untuk melangkah masuk ke dalam bilik pengecaman mayat kedua orang tuanya,begitu juga dengan kakak dan abangnya ...Mereka sekeluarga masih lagi tidak dapat nak menerima kenyataan bahawa ibu bapa mereka sudah meninggal dunia

Dunia mereka terasa sangat kelam pada ketika itu... untung sahaja Tengku Faiq dan Tengku Khalisa banyak memberikan kata semangat kepada mereka untuk menerima kenyataan ini walaupun sangat pahit

Tengku Faiq berjalan seiring dengan sepupunya Tengku Farif sambil tangan tidak lepas dari menggosok-gosok belakang Tengku Farif pada ketika itu

Manakala Tengku Khalisa berjalan seiring dengan Tengku Merdhina dan kakaknya Tengku Merina

Dia juga tidak lepas dari tidak mengalirkan air mata apabila mendapat khabar berita yang amat sadis itu..

Kereta Velfire yang dinaiki maklong dan Paklongnya terbabas masuk ke dalam gaung dan meletup di tempat kejadian..... sungguh mengerikan buatnya ....

Mereka melangkahkan juga kaki masuk ke dalam ....pegawai yang berada di dalam mengeluarkan 3 sekujur mayat yang rentung..... Tengku Merdhina hampir jatuh terduduk di situ namun sekujur tubuhnya sempat disambut oleh abangnya Tengku Farif..Tengku Faiq tidak dapat melakukan apa-apa kerana mereka berdua belum sah bergelar suami isteri...

Air mata Mereka jatuh berhamburan di pipi Tengku Merina mendapat kan pelukan suaminya... Dia begitu tidak kuat pada ketika itu...Dr Zakwan memeluk isterinya itu dengan erat...

Kini perlahan -lahan Tengku Farif untuk cuba mengangkat adiknya dan dibantu oleh Tengku Khalisa....Mata Tengku Merdhina sudah terlalu bengkak pada ketika itu akibat menangis yang tidak berhenti....

Disebabkan mereka tidak boleh mengecam mayat itu kerana terlalu rentung Pihak Polis akhirnya membuat cara lain untuk pengenalpastian mayat...Mereka perlu melakukan ujian DNA ..

Mereka hanya bersetuju dan masing-masing mula melangkah kaki keluar dari bilik mayat itu ...sempat Tengku Merdhina berpaling ke arah ketiga -tiga mayat yang terkujur kaku di situ... sungguh sayu hatinya ketika itu benda yang dia paling takut sudah berlaku....

Mereka keluar dan menuju ke tempat untuk proses yang seterusnya...tangan Tengku Merdhina dipegang erat oleh abangnya Tengku Farif yang cuba untuk tampak kuat di hadapan adik beradik nya.. walaupun hakikat yang sebenar hatinya hancur berkecai...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Tengku Merdhina masih lagi tidak berganjak keluar dari bilik sejak mommy dan Daddy nya dikebumikan semalam....

Dia berkurung sejak balik dari tanah kubur semalam...dia juga langsung tidak menjamaj sebarang makanan.

Puas abang dan kakak dia pujuk untuk dia turun makan....namun semua pujukan itu tidak diendahkan ,dunia dia terasa kosong tambahan pula majlis perkahwinan nya dengan Tengku Faiq sudah semakin hampir tinggal beberapa hari sahaja lagi...Di hari bahagia itu tanpa mommy dan daddy nya terasa sangat kosong dan suram buatnya...

Bahkan panggilan telefon dari bakal suaminya turut tidak dijawab...dibiarkan sahaja berdering di tepi katil ....dia langsung tiada mood untuk bercakap dengan sesiapun....

Apa yang lagi pedih apabila dia dimaklumkan dari pihak polis bahawa kemalangan itu disengajakan oleh pihak tertentu yang tidak berpuas hati dengan keluarga dia .....

Dia kembali memejamkan mata dia atas katil sambil tangannya memangku lutut

Di kediaman milik Tengku Faiq,setelah puas cuba menghubungi Merdhina ,Tengku Faiq membuat keputusan untuk pergi ke rumah bakal isterinya itu...

Dia bertambah risau apabila sepupunya Tengku Farif memaklumkan bahawa Tengku Merdhina langsung tidak keluar dari bilik sejak semalam dan tidak menjamah sedikit pun makanan...

Kakinya laju dihayun keluar dari rumah namun disekat oleh adiknya Tengku Khalisa

"Nak pergi mana tu"tanya Khalisa sambil keningnya sengaja ditautkan

"Rumah Tengku Farif"sengaja dia tekankan nama Tengku Farif untuk mengusik adiknya itu

Tengku Khalisa sudah tersenyum nakal

"nak ikut "Rengek Tengku Khalisa

"jomlah "

Terus sahaja Tengku Khalisa membuka pintu Kereta milik abangnya...

Dia sudah tersenyum riang ....

Tengku Faiq menghidupkan enjin kereta dan terus meluncurkan keretanya keluar dari garaj kereta menuju ke jalan besar....

Setelah lebih kurang setengah jam perjalanan dia tiba di rumah Tengku Merdhina

Setelah enjin kereta dimatikan laju langkah nya dihayun menuju ke pintu utama masuk rumah banglo 3 tingkat....Kini segalanya telah berubah , kebiasaannya kedatangan dia disambut ceria oleh ibu dan bapa saudaranya namun kini segalanya sudah tinggal kenangan pahit

Dia masuk disambut oleh pembantu rumah itu...Tengku Farif yang ketika itu sedang menuruni anak tangga cuba mengukir senyuman ke arahnya dan adiknya Tengku Khalisa

Adiknya itu sudah seperti ulat bulu gatalnya apabila melihat Tengku Farif di depan mata ,ada sahaja agenda dia untuk menawan hati jejaka duda anak satu itu

Sejak dia mengetahui bahawa Farif sudah bergelar duda terus sahaja melekat niat dia hati untuk menawan hati si Duda anak 1 itu...

"mana buah hatiku"tanya Tengku Faiq sikit gatal

"kat bilik la ,sejak semalam tak keluar -keluar"ujar Tengku Faiq sambil dia mula melabuhkan punggungnya di atas sofa

"ouh ,dia dah makan ke belum"

"belum"

Baru sahaja Tengku Faiq mahu berdiri untuk menuju ke bilik Tengku Merdhina ,Tengku Farif sudah memberi dia amaran

"kau nak pergi mana tu,tak payah ,kau dengan dia tak sah lagi tau Takpayah nak masuk dalam bilik dia aku tumbuk kau kang "ujar Tengku Farif sedikit tegas ,mau tak tegas adik dia Kut

"Yelah "Tengku Faiq mencebik lalu dia melabuhkan kan semula punggungnya

Tengku Khalisa tergelak besar apabila melihat abangnya akur dengan amaran daripada Tengku Farif

Tengku Farif lalu menyuruh pembantu rumahnya untuk naik ke bilik menyuruh Tengku Merdhina keluar

"Bik,ni kunci bilik dia ,bik naik dan buka pintu bilik dia dengan kunci ni ,cakap dekat dia turun sekarang Tengku Faiq ada kat sini"arah Tengku Farif

"Baik Tengku "

Pembantu rumah itu terus sahaja menaiki anak tangga dan menuju ke bilik Tengku Merdhina.. Perlahan-lahan pintu bilik dikuak selepas dibuka menggangguk kunci.. sejujur nya dia agak takut ketika itu

Dia melangkah kan juga kaki masuk ke dalam bilik itu..Tengku Merdhina ketika itu sudah merenung tepat ke arah matanya namun dia gagahkan juga bersuara

"Tengku jom lah kita keluar, Tengku Faiq ada kat bawah dia nak jumpa dengan Tengku "

Tengku Merdhina terpaksa juga akur untuk keluar dari bilik perlahan-lahan dia mendapat kan tudung untuk dipakai dan kakinya dihayun keluar dari bilik.........

Perlahan -lahan dia menuruni anak tangga ,dari jauh dapat dilihat abangnya dan Farif sedang berbual-bual

Akhirnya dia sudah melabuhkan punggung di sebelah abangnya..lengan abangnya dipangku lembut olehnya...

Mata dia sudah seperti panda akibat terlalu kuat menangis dan kurang tidur

Tengku Faiq mula bersuara

"Dhina okay tak "

"i'm okay jangan risau"

Tengku Faiq meminta pembantu rumah untuk mengambil sedikit makanan untuk Merdhina

"Bik tolong ambil makanan sikit boleh untuk Tengku"

"Baik Tengku "

"Dhina jangan macam ni , ikhlaskan pemergian mommy dan daddy"ujar Tengku Farif lembut

"no , pembunuhan mereka perlu diadili kita mesti cari pembunuh tu"ujar Merdhina sambil dia sudah teresak esak menangis

Tengku Faiq dan Tengku Farif berpandangan antara satu sama lain.Tengku Farif memeluk adiknya dengan erat

Tidak lama kemudian muncul pembantu rumah dengan sedikit makanan,Tengku Faiq meminta makanan itu dan dia berdiri duduk di sebelah Tengku Merdhina

Tengku Merdhina hanya membiarkan sahaja dengan jejak bakal suaminya itu.

Sedikit demi sedikit makanan disuap ke mulut bakal isterinya itu..

Tengku Khalisa sudah mencebik , cemburu jugak dia dengan Merdhina tapi nak buat macamana bakal kakak iparnya juga.

Tengku Farif perasan akan benda itu dan dia ingin gelak namun ditahankan sahaja

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience