Bab 15 -talak

Romance Series 23385

Dato' Fadhil dan Datin Fatima yang melihat keadaan itu terus sahaja mendapat kan anak menantu nya.

Dato' Fadhil kini sudah berada di sebelah anak lelakinya Tengku Farif ,dia mula bertanya kepada anaknya tentang keadaan yang sedang berlaku ketika itu...

"Farif kenapa ni ,apa dah jadi , kenapa isteri kamu menangis dan melutut macam ni kalau yer pun bergaduh bawak la bincang elok -elok"ujar Dato' Fadhil yang masih tidak mengetahui perkara yang terjadi

Datin Fatima pada ketika diam dalam kegelisahan ,tidak pernah lagi dia melihat wajah anak lelakinya itu begitu bengis sekali

"Daddy,dapat bini perangai macam ni memang tak boleh nak bawak bincang tau tak "bentak Tengku Farif

Dato' Fadhil terkejut dengan suara anaknya yang memecahkan segenap sudut rumah itu

Manakala Dayang sudah kehabisan kata -kata

"Apa maksud kamu ni Farif ,apa yang isteri kamu dah buat sampai kan macam ni sekali kasar nye kamu"tanya Dato' Fadhil ingin tahu

"Apa dia buat ,Daddy tanya lah dia apa yang dia dan buat belakang Farif dia tipu Farif hidup-hidup tau tak"

"Dayang apa yang kamu dah buat ni cuba bagitau Daddy"soalan kali ini dituju pada menantunya

Namun tiada jawapan yang keluar dari mulut menantunya itu...

Farif kembali bersuara

"haa kenapa kau senyap bila Daddy tanya "sekali lagi Tengku Farif menengking

"Daddy tau tak yang dia main kayu tiga belakang Farif"ujar Farif dengan marah

"Astagfirullahaladzim , Dayang apa kamu dah buat ni ,apa salah anak aku dekat kau ,apa yang dia tak bagi dekat kau hah selama ni"tengking Datin Fatima sungguh dia marah ketika itu

Tengku Merdhina Adelia menggosok -gosok belakang Datin Fatima menggunakan tangan untuk menenangkan Mommynya itu

Manakala Dato' Fadhil kehilangan kata -kata , sungguh dia kecewa dengan menantu nya itu

Tengku Faiq menundukkan kepalanya agar setara dengan tubuh isterinya yang jatuh ke lantai , matanya merenung tajam ke arah wanita itu.. membuatkan Dayang gementar.

"Nur Dayang Qalira binti Saiful aku ceraikan kau dengan talak 2 "secara lantang dia melafazkan talak cerai kepada Dayang

Dayang sudah kelu untuk berkata-kata ......

Tengku Farif terus berlalu dari situ menaiki anak tangga menuju ke biliknya....Ketika berada di anak tangga dia melihat anak perempuannya sedang teresak esak menangis di tepi tangga...Sudah semestinya anak kecil itu mendengar pertelingkahan yang telah berlaku antaranya dan Dayang

Dia segera mendapatkan anak perempuannya dan mendukungnya ke dalam pelukan.Lalu anak perempuannya dibawa ke bilik

Di ruang tamu rumah banglo itu kedengaran Datin Fatima meminta Dayang untuk keluar dari rumahnya dan dia menyerahkan sebuah cek bernilai 1 juta ringgit beserta syarat...Dayang tidak dibenarkan untuk menuntut hak penjagaan terhadap Qhaleira

Dayang mengambil cek tersebut dan terus keluar dari rumah banglo itu...Di dalam hatinya dia telah menyumpah seranah Tengku Merdhina Adelia kerana membongkarkan rahsia nya

Dia terus menghubungi teman lelakinya Adrian untuk mengambilnya ,

"hello biy datang ambik i jap"ujar Dayang

"hah ambik you tapi kenapa nak pergi mana"tanya Adrian kehairanan

"i dah kena cerai dia dah tahu semuanya ,dah la you datang jer lah ambik i"

"what seriously macam mana dia boleh tahu"

"nanti i bagi tau la datang la ambik i"

"erm okay jap "

Talian terus dimatikan...Tak guna punya Merdhina siap kau aku kerjakan ,gumam dia di dalam hati

Suasana di meja makan pada malam itu begitu suram ..Tengku Farif langsung tidak mahu turun makan.Sungguh dia kecewa dengan apa yang dah jadi...

Dia hanya ditemani lampu bilik yang suram sahaja pada malam itu... anaknya diserahkan pada pembantu rumah untuk diuruskan
Dia ingin bersendirian pada malam itu

Sakit hatinya masih membara ,kenapa dia begitu bodoh selama beberapa tahun ni ,ditipu macam tu jer dengan perempuan

Tengku Merdhina Adelia menghubungi Tengku Faiq Danial u yuk menceritakan segala hal yang telah terjadi...

"Hello abang "sayu sahaja suaranya ketika itu

"Yer sayang so macam mana tadi "tanya Tengku Faiq ingin tahu

"ermm abang Farif dah jatuhkan talak dah dan perempuan tu pun dah keluar dari rumahnya lepas kena halau dengan mommy tadi"terang Tengku Merdhina Adelia

"ouh yer ke takpelah nak buat macamana jodoh diorang tak panjang"

"betul anggap jer ni semua takdi yang dah tertulis"ujar Tengku Merdhina Adelia

"okay dah sekarang ni kita cakap pasal kita"ujar Tengku Faiq Danial

"about us, kenapa dengan kita ada masalah juga ke"tanya Tengku Merdhina Adelia sedikit bingung

"takdelah ,bukan la kita ni ada masalah cuma kita ni kan dah nak kawin tinggal beberapa minggu jer lagi so nak la borak-borak tentang planning kita lepas kawin"terang Tengku Faiq Danial tanpa berselindung

"okay cakap pasal planning lepas kawin kan , abang tu dah bersedia ke nak memperisterikan Dhina ni,dah bersedia ke nak layan semua karenah Dhina ni bang"tanya Tengku Merdhina Adelia

"abang dah sedia walaupun apapun yang jadi abang akan cintakan sayang walaupun abang tak tau adakah sayang pun cintakan abang, sekurang-kurangnya sayang Izinkan abang untuk cintakan sayang sepenuhnya"terang dan jelas jawapan Tengku Faiq Danial membuatkan Tengku Merdhina Adelia tersenyum sendirian

"Yer lah abang Dhina akan cuba jadi yang terbaik untuk abang dan akan berusaha untuk mencintai abang setulusnya"

Masing masing tergelak kecil dengan perasaan gembira

"Dah la bang tidur esok kan abang dah nak balik sini nanti ngantuk pulak besok"ujar Tengku Merdhina

"okay sayang kita jumpa esok k"

"k bye "

"bye"

Masing-masing terlelap dengan sendirinya selepas talian telefon dimatikan

pagi yang begitu indah buat Tengku Merdhina Adelia dek kerana bakal suaminya baru sahaja memberitahu bahawa dia sudahpun berada di dalam kapal terbang untuk pulang ke sini

Seperti yang telah dijanjikan pada malam ini mereka akan berjumpa tetapi Tengku Faiq hanya akan datang ke rumahnya untuk berborak-borak.

Dia juga dimaklumkan bahawa bahawa Tengku Faiq Danial akan datang bersama adik perempuannya Khalisa juga merangkap sebagai sepupu nya.Sudah lama juga mereka tidak berjumpa dan tidak dapat dinafikan hubungan mereka agak baik dahulunya

Tengku Merdhina Adelia berada sangat teruja dan sabar menanti malam ini...

Ketika dia sedang menyiram tanaman -tanaman bunga yang berada di taman rumah banglo itu kedengaran enjin kereta dimatikan dan mengintai di tepi dinding rumah banglo itu..

Dapat dilihat bahawa Kakaknya Merina sudah sampai apabila dimaklumkan tentang perkara yang terjadi semalam. Memang tidak dapat dinafikan bahawa Kakaknya juga turut kesal dengan apa yang jadi..

Dia terus menghampiri kakaknya dan menyalami tangan kakaknya itu

"Assalamualaikum kak Salam dulu"ujar Merdhina sedikit nakal

"waalaikumussalam nah cium dulu tangan kakak ni ini "ujar Tengku Merina ,apabila dua beradik ni sama -sama masuk air dalam otak

Zakwan suami kepada Tengku Merina hanya menggeleng kan kepala melihat gelagat dua beranak yang ada depan dia

Tengku Merdhina terus menyalami tangan kakak nya dan mengheret kakaknya masuk ke dalam rumah dan membiarkan Zakwan sahaja yang mengangkut barang ke dalam rumah

Bersambung

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience