Bab 9

Romance Series 23385

Faiq tersedar dari lenanya pada jam 5:30 pagi , dia mula bangun menyandarkan badannya di kepala katil bersaiz King itu sebelum dia bangun untuk melakukan rutin harian nya setiap pagi sebelum menunaikan solat subuh.

Kebiasaannya ,dia akan bangun lebih awal untuk melakukan beberapa senaman ringan di pagi hari sebagai rutin penting untuk tubuh badannya.

Dia bingkas bangun dari katilnya dan menuju ke ruang dia melakukan workout di satu sudut biliknya yang luas itu.Setelah hampir 30 minit dia mengeluarkan peluh dia berhenti dan mendapatkan tualanya untuk membersihkan diri bagi menunaikan solat subuh.

Seusai solat subuh ,dia mencapai telefon bimbit nya dan menghubungi Merdhina .

Setelah beberapa saat kedengaran suara halus Merdhina di hujung talian.Senyumam terus meleret di bibir Faiq sambil mulutnya mula membicara

"Assalamualaikum ,sayang "lembut Faiq menyapa di hujung talian

"waalaikumussalam abang ,"

"Dah solat ke "tanya Faiq

"ermm dah bang , kenapa"

"takde lah sajer tanya ,oh btw macam mana jadi tak kita keluar hari ni"

"jadi lah Dhina pun dah mintak izin dengan daddy tadi ,daddy benarkan"

"okay bagus ,nanti lepas zuhur abang jemput sayang kat rumah "

"okay ,ermm tapi abang tak kerja ke hari ni"

"erm tak cuma pagi ni abang ada mesyuarat jer dengan client abang tu jer lah "

"ouh okay ,kita jumpa petang ni eh"

"okay see you "

Talian telefon dimatikan dan masing masing mula melakukan kerja yang patut dilakukan pada awal pagi iaitu breakfast...

Merdhina Adelia terus berlalu menuju ke dapur untuk menolong pekerja nya menyiapkan sarapan pagi.Itu memang benda yang digemarinya sejak kecil lagi.

Ketika Merdhina sedang sibuk menyiapkan sarapan muncul Dayang di situ.Kehadirannya di situ membuatkan pembantu -pembantu rumah lebih cekap melakukan pekerjaan mereka dek kerana mulut Dayang itu suka berleter tak tentu pasal jika mereka tidak melakukan kerja dengan cekap.

Semua pembantu rumah sudah lali dengan setiap butir bicara Dayang yang agak kurang sedap didengar namun mereka diamkan saja kerana wanita itu menantu di rumah banglo ini.

Merdhina juga telah terlalu masak dengan perangai kakak iparnya itu walaupun mereka tidaklah tinggal sekali hanya ketika abangnya pulang untuk menjenguk mommy dan daddy sahaja barulah mereka akan berjumpa kalau nak harapkan jumpa dekat luar memang tak lah.

Dayang mula berbasa -basi dengan Merdhina sedangkan hatinya meluap -luap dengan hasad dengki terhadap Merdhina..

"ermm rajinnya tuan Puteri dekat rumah ni yer ,tolong orang gaji buat sarapan , bangun pagi -pagi ,yer lah kan dah nak kawin "sindir Dayang

Pedih juga kedengaran di telinga Merdhina namun ditahankan sahaja dan dia cuba membalas sindiran itu dengan riak wajah tenangnya.

"Yer lah kak ,Tuan Puteri ni rajin orangnya walaupun masih muda tapi tidak pernah mengharapkan orang sekeliling sahaja untuk menyediakan keperluan diri sendiri selagi kudrat di kandung badan tak elok takut mereput sebab tak pernah buat kerja kan badan tak dapat nak bekerja sangat and up enjin cepat rosak tak gitu Kak "dengan tenang Merdhina membalas sindiran itu

Dayang sudah naik berasap di kepala nya dan dia terus meninggalkan Merdhina di dapur bersama orang gaji untuk menyediakan sarapan.

Dia berselisih dengan suaminya di tangga tapi langsung tidak diendahkan suaminya itu.

Farif hanya menggeleng kan kepala dengan sikap isterinya itu..

Dia terus menuju ke ruang makan untuk bersarapan sebelum berangkat ke pejabat.

Dia melabuhkan punggung nya di kerusi dan Merdhina yang keluar dari dapur terus melabuhkan punggungnya di hadapan Farif sambil mengucapkan...

"Good Morning abang "

"Morning dear ,mana mommy dan daddy tak turun lagi ke "

"belum lagi kejap lagi turun lah tu ,"

"erm okay"

Tidak lama selepas itu muncul kelibat Mommy dan Daddynya di ruang makan itu.

Dato' Fadhil tersenyum melihat keakraban hubungan kedua anak nya itu .

"Haa Farif mana isteri kamu tak turun makan ke "

"entah lah daddy ,suka hati dia lah nak makan dia pandai ii la turun"

"kamu ni Farif tak boleh la macam tu Dayang tu isteri kamu "tambah Datin Fatima

Farif hanya mencebik dan Merdhina tersenyum nakal .Padan la dengan muka Dayang tu asyik nak cari pasal jer kan

Seperti yang telah dirancangkan ,Faiq tiba di rumah Merdhina lebih kurang pada pukul 2:40 petang.Dia melihat Merdhina sudah siap menunggu nya di kawasan taman dalam halaman rumah banglo 3 tingkat itu .

Merdhina yang melihat ,kereta Faiq terus menapak ke arah kereta itu dengan senyuman manis terukir di bibirnya.

Pintu kereta Faiq dibuka dan dia melabuhkan punggungnya di kerusi bersebelahan Faiq.Kereta Faiq terus meluncur laju meninggalkan kawasan rumah banglo itu.

Di dalam kereta , Merdhina terlebih dahulu membuka mulut dengan pertanyaan yang dia teringin sangat nak tahu jawapan dari mulut Faiq

"erm abang ,nak tanya boleh"tanya Merdhina kepada Faiq yang sedang tekun memandu ketika itu

"tanya jer nak tanya apapun tak payahlah segan"

"ermm umur abang berapa "spontan soalan itu terpacul dari mulut Merdhina..

"umur abang sama dengan umur abang Farif 25 kenapa "

"ouh takdelah saje nak tahu jer"

Kini giliran Faiq mula bertanya

"erm Dhina , nanti kalau kita kawin Dhina nak hold dulu ke pasal anak ,abang bukan apa takut Dhina tak bersedia jer untuk jadi ibu pada usia semuda ni"

Terkedu Merdhina ketika itu namun ditahankan kan rasa itu dan dia kembali menjawab pertanyaan Faiq dengan matang

"ermm Dhina tak kisah lah bang pasal anak ni ,kalau dah rezeki Allah nak bagi kita zuriat awal kita terima jer lah sebab Dhina percaya jika Allah nak bagi sesuatu dia akan bagi pada masa yang tepat dan ketika kita sudah bersedia insyaallah, kenapa abang tanya macamtu abang takknak anak ke"?

"ehh tak abang nak sangat zuriat cuma risau Dhina jer kan Dhina nak sambung belajar lagi "

"Dhina okay jer abang sebab ramai jer kat luar sana tu sambung belajar Walaupun anak dah masuk 2 3 orang "

Tergelak Faiq ketika itu namun dia kagum dengan cara pemikiran Merdhina yang jauh lagi matang dari usia sebenarnya.....

Tidak lama selepas itu mereka tiba di pusat membeli belah terbesar di Kuala Lumpur.

Masing masing keluar dari perut kereta dan beriringan masuk ke dalam pusat membeli belah itu.Mereka berdua berjalan menuju ke Panggung Wayang tetapi apabila Faiq ingin membeli tiket , jurujual mengatakan bahawa tiket sudah habis dijual dan Merdhina berasa hampa begitu juga dengan Faiq.

"Takpelah sayang ,next time je lah kita tengok wayang ,"pujuk Faiq dengan lembut apabila melihat kehampaan di wajah Merdhina

"ermm okay "lemah sahaja bicara Merdhina

"Okay why not kalau kita pergi makan dulu And baru kita shopping nak tak"sekali lagi lembut Faiq memujuk

"okay ,nak makan apa "tanya Merdhina

"Kita makan dekat satu restoran Korea nak tingkat atas"ajak Faiq

"ermm okay boleh jer"

"dah jom"

Mereka berdua berjalan beriringan menuju ke restoran Korea itu ..

Setibanya di restoran mereka beriringan masuk ke dalam dan memilih meja untuk mereka berdua makan.

Faiq menarikkan kerusi buat Merdhina duduk almaklumlah gentleman katakan.Merdhina tersipu malu namun dia cuba berlagak biasa.

Tidak lama selepas itu muncul pelayan untuk mengambil pesanan mereka . Merdhina hanya membiarkan Faiq mengambil order mereka berdua sedang matanya melilau ke arah luar restoran sehingga matanya tertumpu ke arah seorang perempuan yang dikenalinya iaitu .......

Bersambung

tq for reading jangan lupa comment dan bagi coins kalau boleh love you all

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience