Bab 28:Tak Puas hati

Romance Series 23385

Adrian mundar mandir di rumah pusaka keluarga nya.... Fikiran dia menjadi kusut..teman wanitanya telah ditahan oleh pihak polis pagi tadi ..

Kesemua rancangan yang diatur nya telah musnah serta merta... tambahan pula wajahnya sudah tersebar ke semua platform media sosial dia kini sudah menjadi buruan polis bukan polis sahaja malah SPRM turut memburunya

Setelah puas bermundar-mandir dia mengambil tempat di sofa rumah pusaka itu...

Dia mengepal penumbuk di tangan nya...dendam nya terhadap keluarga Tengku Farif semakin membuak-buak...

"Tak guna ,habis musnah semua rancangan aku"ngomel dia sekarang diri

"Korang semua tunggu aku akan bunuh korang semua satu persatu esok "gumam dia penuh kebencian

"Tapi macamana , diorang semua ada bodyguard ,arhhhhh tak guna punya Farif kau takkan selamat Farif itu sumpah aku"bentak dia sekali lagi

Dia bingkas bangun dari sofa dan menaiki anak tangga rumah pusaka itu

Biliknya dituju dengan pantas...pintu bilik dikuaknya dengan kasar...dia mula melangkah kaki menuju ke meja yang ada laici...

Liaici meja yang ketiga dibukanya kasar...dia tersenyum jahat sendirian...satu pistol miliknya dibawa keluar dari laici itu.....

Pistol itu ditenungnya lama -lama....

"Aku akan guna benda ni untuk bunuh korang sekeluarga ,hahahhahahahah"ujarannya diikuti tawa jahat

Dia merenung dirinya tepat ke dalam cermin di meja itu... keadaan nya yang sudah tidak terurus ditenungnya penuh makna

Seperti yang telah dijanjikan oleh Tengku Farif ,pada hari ini dia dan Tengku Faiq akan ke balai polis untuk bertemu dengan Dayang di lokap...mereka berdua menaiki kereta yang sama dipandu oleh Bodyguard yang mereka bawa bersama untuk melindungi mereka berdua..

Di rumah itu juga Bodyguard sudah berada di sekeliling rumah banglo menjalankan tugas masing-masing...

Tengku Merdhina dan Tengku Merina hanya memerhati sahaja kedua orang pemuda itu berlalu pergi dari arah tingkat...

Tengku Merina memegang bahu adiknya itu....

"Jom kita pergi ruang tamu dik"ajak Tengku Merina kepada adiknya itu.

Tengku Merdhina hanya mengangguk kan kepala dan kakinya mula melangkah ke ruang tamu....

Mereka berdua melabuhkan punggung di atas sofa ....tidak lama selepas itu muncul dua orang budak perempuan dan lelaki sudah pastinya itu Qhaleira anak abangnya dan Zarif anak Tengku Merina....

Qhaleira dan Zarif mula memanjat ke arah sofa di mana Tengku Merdhina dan Tengku Merina berada..

"Mak Ngah mana papa "tanya Qhaleira mencari kelibat papanya

"Papa keluar la sayang kejap lagi papa balik yer"ujar Tengku Merdhina kepada anak buahnya itu

"ouuu okay ,Mak Ngah Leira nak jumpa Mama dah lama Leira tak jumpa Mama ,Leira rindukan mama "ujar Qhaleira agak kesedihan bunyinya

Perkara itu menyentak kan Tengku Merdhina dan Tengku Merina masing-masing kelu ...jawapan apa yang patut diberikan oleh mereka kepada anak kecil yang masih belum mengerti apa-apa

Dalam kesamaran itu ,celoteh Zarif telah membuat kan mereka tersenyum gembira...budak lelaki itu sudah pandai memujuk budak perempuan

"Leira janganlah sedih ..nanti Paklong balik Zarif suruh Paklong bawa awak jumpa mama awak okay"celoteh Farif sungguh mencuit hati Tengku Merdhina dan Tengku Merina...

Masing-masing ketawa dengan celoteh kedua anak kecil itu.....

"Ermmm akak due bersalin bulan berapa"tanya Tengku Merdhina almaklumlah usia kandungan kakaknya sudah hendak memasuki 4 bulan....

"Ermm awal bulan 6 nanti jangka bersalinnya"ujar Tengku Merdhina

"Wah untung Zarif, dah nak dapat adik"ujar Tengku Merdhina kepada anak buahnya itu

"Kamu tak lekat lagi ke dik"tanya Tengku Merdhina kepada adiknya itu

"Belum lagi kak ,takde rezeki lagi "ujar Tengku Merdhina lagipun baru 3 bulan dia dan suaminya berkahwin mungkin Allah nak suruh dia bermanja dulu Kut dengan suaminya itu

"Takpelah usaha lagi"

Tengku Merdhina hanya tersenyum malu...lagipun dia pun masih lagi belajar jadi dia hanya berserah sahaja kepada Allah bila waktu yang tepat untuk dia memiliki zuriat sendiri....dia juga masih agak muda kerana usia nya baru mencecah 19 tahun pada tahun ini

Tengku Farif dan Tengku Faiq sudah tiba dibalai polis ...mereka berdua mula keluar dari perut kereta setelah pintu kereta dibuka oleh Bodyguard mereka berdua

Mereka berdua berjalan beriringan menuju ke pintu masuk Balai Polis itu... Perlahan-lahan pintu dibuka ...

Insp Rafa telah bersedia untuk menyambut kedatangan mereka berdua ..

"Tengku "sapa Insp Rafa apabila Tengku Faiq dan Tengku Merdhina sudah tercegat di hadapannya..

"Saya nak jumpa dia sekarang"ujar Tengku Farif sudah tidak sabar untuk berhadapan dengan pembunuh kedua orang tuanya

"Baiklah ikut saya "ujar Insp Rafa

Tengku Farif dan Tengku Faiq mengekori langkah Insp Rafa dari belakang

Tidak lama selepas itu mereka tiba di satu bilik di mana mereka berdua akan dipertemukan dengan Dayang

Tengku Faiq dan Tengku Farif diminta untuk tunggu sebentar....mereka berdua mengambil tempat di atas kerusi yang disediakan di situ

"Aku nak kau sabar bila cakap dengan dia nanti faham jangan buat kecoh Farif"ujar Tengku Faiq kepada Tengku Farif

"Aku tahulah "

Tidak lama selepas itu ,muncul Dayang yang sedang bergari bersama dengan Insp Rafa

Dayang duduk berhadapan dengan mereka berdua

Perasaan marah makin membuak -buak di hati Tengku Farif dan Tengku Faiq....

Wanita di hadapannya ditenung dengan tajam... sehingga membuatkan wanita itu hanya menunduk takut dengan renungan itu

"Kenapa kau buat macam ni dekat keluarga aku hah perempuan"bentak Tengku Farif tidak puash hati

Tengku Faiq hanya membiarkan sahaja abang iparnya yang bercakap

"eh!perempuan aku tanya kau ni kenapa kau bunuh parents aku "sekali lagi suara kasar milik Tengku Farif menerjah masuk ke telinga Dayang

Dayang masih lagi membisu seribu bahasa...matanya hanya ditundukkan ke bawah

Tengku Faiq cuba untuk menenangkan sepupunya itu merangkap abang iparnya juga

"Relax ,Farif dia akan buka mulut juga nanti"kata Tengku Faiq sebelum menarik lengan Tengku Farif keluar dari bilik itu

Tengku Farif membiarkan sahaja Tengku Faiq menariknya keluar...dia juga sudah tidak mahu berlama-lama di situ ,boleh jadi hantu dibuatnya

"Dah jom balik ,dia takkan buka mulut buat masa sekarang kau Caya la cakap aku"ujar Tengku Faiq

Tengku Farifhanya mengangguk kan kepala sebelum mereka berdua mengatur langkah untuk keluar dari tempat itu

Bersambung

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience