Bab 11-maklumat

Romance Series 23385

Di sebuah Cafe , kelihatan keadaan begitu tegang dengan setiap tutur kata yang serius diungkapkan.

Merdhina berasa lega apabila dia telah menemui penyiasat persendirian yang akan mencari bukti kukuh tentang kecurangan yang dilakukan oleh Dayang terhadap abangnya.

Dia berharap agar penyiasat itu dapat mencari bukti dengan cepat .Dia tidak mahu lagi melihat abangnya diperbodohkan sebegitu rupa oleh orang yang dicintainya.

"Baiklah Tengku Merdhina Adelia ,kami akan cuba buat yang terbaik , berikan kami sedikit masa "ujar Syakir selaku ketua pasukan penyiasat itu.

Syakir merupakan seorang penyiasat persendirian yang dikenalkan oleh Tengku Faiq kerana Syakir merupakan kawan kepada Tengku Faiq sejak di zaman universiti lagi.

Semalam Faiq telah menghubunginya untuk menemui Tengku Merdhina pada hari ini untuk beberapa kerja yang penting

Syakir juga telah dimaklumkan bahawa Merdhina merupakan bakal isteri Faiq ye lah kan takut di Syakir ni berkenan pulak dengan Merdhina bala la jawabnya.

"Terima kasih Encik Syakir sudi luangkan masa untuk memenuhi kehendak saya pada hari ini"ucap Merdhina

"Sama -sama TengjjMerdhina ,lagipun bakal suami Tengku tu kawan saya jadi apa lah sangat dengan tugas kecil macam ni takde hal lah"tambah Syakir lagi

"Baiklah kalau macam tu saya mintak diri dulu "ucap Merdhina

"Baik Tengku"

Merdhina terus bangun dari kerusi di Meja Cafe itu menuju ke kereta mewah miliknya di tempat parkir kereta kawasan itu.Dia sudah mempunyai lesen pemanduan sejak berumur 16 tahun lagi.

Di dalam kereta ,Merdhina termenung seketika kemudian dia mengambil keputusan untuk terus pulang ke rumah

Sepanjang perjalanan pulang ke rumah , fikiran dia tidak lepas dari memikirkan tentang perasaan abangnya jika dia mengetahui hal sebenar .

Dia juga sudah berasa penat untuk pendam benda ni sorang -sorang jer mau boleh naik gila dibuatnya.Dia mengambil keputusan untuk menceritakan masalah ini kepada seseorang yang dia percayai iaitu Faiq.

Dia terus menukarkan arah kenderaannya untuk menemui Faiq di pejabat Faiq.Hatinya berasa sedikit berdebar - debar kerana ini kali pertama dia akan menjejakkan kaki ke syarikat bakal suaminya itu.

Lantas dia mencapai telefon bimbitnya di sebelah kerusi penumpang untuk menghubungi Faiq

Nama Faiq atau abang Faiq segera dicarinya di kenalan telefon bimbit miliknya.

Dia mula menghubungi Faiq dan beberapa saat kemudian terdengar suara Faiq di hujung talian

"Hello , assalamualaikum abang"ujar Merdhina

"Waalaikumussalam sayang kenapa call abang ni , macamana mana dah jumpa ke penyiasat yang abang cakap tu dan siapa sebenarnya yang Dhina nak siasat tu macam serius jer"bertubi -tubi soalan yang Faiq lontar kan

"ermm Dhina dah jumpa dia dan semua nya dah settle cuma boleh tak Dhina nak jumpa abang ,ada benda Dhina nak cakap dan memang Dhina dah tak larat nak pendam sorang-sorang,boleh tak kalau kita jumpa"ujar Merdhina

"Boleh lagipun abang tengah free ni tapi abang ada kat pejabat lagi"

"haa takpe abang stay jer kat situ biar Dhina yang pergi sana okay"pinta Merdhina lembut

"okay sayang hati -hati drive jangan bawak laju sangat kan tak kawin kita dibuatnya "sempat Faiq menyakat

"Yer lah abang ade-ade jer dia tu,bang kalau jodoh kita panjang jodoh kita panjang bang jangan la risau yer "sempat Merdhina balas sakatan Faiq

"hahhahahah Yer lah sayang ,bye"

"bye"

Merdhina terus mematikan talian dan meneruskan pemanduan dia ke syarikat milik Faiq.

Begitu juga dengan Faiq terus sahaja dia matikan taliannya dan kembali mengadap komputer nya sementara menunggu Merdhina sampai

lebih kurang 20 minit pemanduan Merdhina tiba di Syarikat milik Faiq.Terus sahaja dia memarkir kan kerata mewah miliknya di parkir VIP

Dia keluar dari perut keretanya dan berjalan masuk ke dalam bangunan itu dan menuku ke pejabat Faiq.

Dia tiba di pejabat Faiq dan menuju ke arah wanita hamil yang berada di meja bersebelahan bilik Faiq.Mungkin wanita itu merupakan setiausaha kepada Faiq gumam dia

"erm assalamualaikum Puan boleh saya jumpa Tengku Faiq Danial"pinta Merdhina kepada wanita hamil itu

"Waalaikumussalam Cik,boleh saya tahu cik ade buat apa -apa temu janji ke dengan Tengku"tanya wanita itu

"Saya takde buat temujanji tapi saya dah call dah dia tadi "

"ouh kalau macamtu Cik tunggu sekejap saya call Tengku"

"baiklah Puan "Merdhina hanya menurut

Wanita itu terus mencapai gagang telefon dan menghubungi Tengku Faiq Danial selaku bisanya

"Hello bos ,ada perempuan nak jumpa boss boleh saya benarkan dia masuk "

"Boleh benarkan jer dia masuk "

"baik boss "

Wanita tadi terus meletakkan gagang telefon dan memandang ke arah Merdhina Adelia

"Cik ,Cik boleh masuk sekarang"ujar wanita itu

"baiklah terima kasih "ucap Merdhina sambil dia berlalu masuk ke dalam bilik Faiq

Dia melihat Faiq sedang memandang ke arahnya seraya dia melangkahkan kaki ke dalam bilik itu.

Merdhina menutup pintu bilik itu .

Dia mula melabuhkan punggung nya di atas sofa yang berada di dalam bilik itu

Faiq turut melabuhkan punggung dihadapan Merdhina .

"So ,sayang now you should tell me what was happened sampai sayang upah penyiasat persendirian"tegas Faiq

"okay macam ni abang ingat tak masa kita pergi shopping mall baru -baru ni"

"ingat la kenapa"
"okay macam ni........

Merdhina terus menceritakan segala -gala nya kepada Faiq tanpa berselindung

Faiq sedikit tergamam dan kesal dengan sikap Dayang yang tidak pernah berubah.Dulu Dayang pernah cuba untuk menggoda nya tapi tidak dilayan kerana dia tahu pada ketika itu Dayang sudah mempunyai teman lelaki iaitu Farif .

Dia tidak menceritakan kepada Farif ketika itu dengan harapan agar Dayang tidak mengulanginya lagi tapi kesal sungguh hatinya ketika ini.......

Dayang patut terima akibatnya jika dia telah memilih jalan ini .... lelaki baik seperti Farif tidak patut diperlakukan sebegini rupa oleh seorang wanita yang tiada apa -apa suatu tika dulu tapi telah berubah serta merta disebabkan olehnya

"apa salah abang Dhina bang sampai dia sanggup buat macam ni dekat abang Dhina"luah Merdhina

"Farif takde salah yang salah dia yang tak reti nak bersyukur dengan segala yang telah Farif beri pada dia"jelas Faiq kesal

Pada masa yang sama Merdhina menarik nafas lega apabila dia telah menceritakan masalah ini kepadaku seseorang . Masalah yang berlegar di kepala nya terasa lebih ringan pada masa ini.

Tidak lama selepas itu muncul setiausaha Faiq dengan dua cawan air yang sudah siap dibancuh

"Boss ni air coffee yang saya dah bancuh "

"haa baiklah letak lah dulu terima kasih Adina "ucap Faiq

Merdhina hanya memberikan senyuman kepada setiausaha Faiq

Adina terus keluar dari bilik bossnya itu dengan penuh tanda tanya .. Siapakah wanita itu ,adakah bakal isteri boss ke kawan jer tapi macam mesra lain macam gumam dia seorang diri.

Adina terus melabuhkan punggung di kerusi milik nya sedikit termengah-mengah dia tatkala perut yang sudah semakin membesar tunggu masa jer nak meletup ni ...

Merdhina terus menikmati air coffee itu ..tekaknya sungguh haus ketika itu selepas banyak bercerita.

Begitu juga dengan Faiq

"okaylah abang Dhina balik dulu lega rasanya lepas share dengan abang tapi abang kena ingat jangan bagitau sape -sape selagi tak jumpa bukti kukuh tau"

"Yer Saya abang janji"

Merdhina terus bangun dari sofa dan meminta diri untuk balik ke rumah

Faiq hanya mengangguk kan kepala

Bersambung

comment jer

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience