Bab 12-Australia

Romance Series 23385

Tengku Merdhina Adelia sedang tekun memandu di lebuh raya menuju ke rumahnya.Setibanya dia di satu simpang ,sudah kelihatan rumahnya dari jauh yang tersergam indah .Di luar pagar rumah itu dapat dilihat seorang wanita menaiki sebuah Audi A6 mewah yang menunggu nya di luar pagar rumah itu.Tidak dapat disangkal lagi bahawa wanita itu adalah Dayang.

Entah ke mana hendak ditujunya dengan hanya memakai pakaian seolah olah berbikini langsung tidak mempunyai sifat malu.

Abangnya Farif juga sudah muak untuk berleter dengan cara pemakaian isterinya yang kadang kala membuatkan abangnya Farif hilang sabar.Langsung tidak mahu menjaga air muka suami Ketika keluar di khalayak umum.

Bukannya mereka tidak mengetahui siapakah Tengku Farif bin Dato' Fadhil.Walaupun di usiayang muda namun abangnya itu sudah berjaya membangunkan sebuah syarikat sendiri yang semakin berkembang pesat .

Ramai orang yang memperkatakan kerjaya abang nya yang setaraf dengan bapa nya Dato' Fadhil.Tidak lekang juga mulut -mulut yang mempersendakan abangnya ,empunya badan bukan main lagi berjaya tapi isteri tak pandai didik ,itulah yang sering masyarakat perkatakan terhadap abangnya disebabkan oleh sikap keras kepala Dayang yang tidak ingin menutup aurat dengan sempurna

Akhirnya abangnya Farif sudah lali dengan kelakuan Dayang yang langsung tidak mahu mendengar nasihat.

Kereta Audi A6 yang membawa Dayang tadi sudah jauh hilang dari pandangan Tengku Merdhina Adelia.Dia terus sahaja membelokkan kenderaannya di simpang jalan tadi menuju ke rumah banglo 3 tingkat milik keluarganya itu.

Setelah dia membunyikan hon kereta laju sahaja pagar terbuka dengan sendirinya.Dia terus meluncur masuk ke perkarangan rumah dan mula keluar dari kereta Mercedez benz miliknya.

Dia terus menuju ke pintu masuk utama dan pembantu rumah menyambut dia dengan senyuman.Dia juga tidak lupa melemparkan senyuman kepada pembantu rumah nya itu dan mula bertanya

"Mak som ,abang ada tak mana semua orang "tanya Merdhina

"Tengku Farif takde ,Tengku dan Dato' dan Datin baru jer keluar pergi majlis katanya"terang Mak Som pembantu rumah Merdhina

"ouh tq Mak Som , saya naik dulu lah kalau macamtu"

"Baik Tengku"

Merdhina terus berlalu menaiki anak tangga sambil dia menggeleng kan kepala .

Patutlah bukan main lagi betina tu tadi keluar dengan pakai baju tak serupa orang rupanya tiada orang yang boleh tegur memandangkan tiada orang di rumah yang hanya ada pembantu rumah yang tidak berani menegur Dayang.

Dia sudah hilang sabar dengan sikap Dayang yang semakin menjadi jadi.

Takpe Dayang kau enjoy jer dulu hidup kau ,nanti bila semua rahsia kau dah terbongkar baru padan dengan muka kau ,gumam Merdhina

Setibanya dia di bilik ,dia merebahkan badannya di atas katilnya.Fikiran dia mula menerawang entah ke mana .

Pelbagai benda yang difikirkannya termasuk majlis perkahwinannya pada bulan 12 ini . Sekarang sudah masuk bulan 11 maksudnya lagu satu bulan majlisnya itu bakal berlangsung.

Persiapan perkahwinan kebanyakan nya diuruskan oleh mommynya dan kakaknya Tengku Merina dia hanya mempersiap dirinya dan begitu juga Faiq.

Mereka akan berjumpa untuk pemilihan baju dan tema yang akan Mereka gunakan pada hari perkahwinan itu nanti dan adakalanya mereka akan keluar Dating untuk mengenali satu sama lain

Tengku Faiq Danial baru sahaja selesai bermesyuarat ,di pejabatnya dengan beberapa kakitangan untuk beberapa projek penting.

Dia terpaksa pergi ke luar negara untuk beberapa hari dalam minggu ini dan tiket penerbangannya adalah pada malam ini.Dia mula menutup komputer nya untuk balik mempersiapkan pakaiannya yang akan di bawa pada malam ni ini.

Dalam keadaan kelam kabut sempat dia mencapai telefon bimbitnya untuk menghubungi Tengku Merdhina Adelia bagi mengkhabari keberangkatan dia ke Australia pada malam ini.

"Assalamualaikum sayang ,abang nak bagitau yang malam ni abang terpaksa pergi ke Australia urgent sangat so mungkin dalam beberapa hari ni kita tak dapat jumpa "ujar Faiq

"Waalaikumussalam abang ,ermm takpelah abang settlekan kan kerja abang and balik sini cepat banyak benda lagi nak kena settle untuk majlis nanti "pinta Merdhina

"Yer abang janji habis jer kerja kat sini abang terus balik"ucap Faiq

"okay ,bye "ucap Merdhina

"Bye ,love you "ujar Faiq lembut

"k"ringkas jawapan Merdhina

"balas la sayang"Rengek Faiq apabila Merdhina tidak membalas ucapan i love you nya

"balas apa "Merdhina bingung

"Ala yang abang cakap tadi Tula "

"ermm i love you to abang"Merdhina hanya menurut walaupun dia masih tak pasti apakah sebenarnya perasaan dia terhadap Faiq

"okay bye "

Talian dimatikan dan Faiq terus bergegas pulang ke rumahnya....

Tepat pukul 9 malam Faiq sudah menaiki pesawat nya untuk ke luar Negara bagi menyelesaikan beberapa masalah perniagaan di sana.

Sebelum Faiq menaiki pesawat ,sempat dia menerima panggilan telefon daripada Merdhina yang menyuruh dia menjaga diri apabila tiba di sana..

"abang nanti bila sampai sana jaga diri t au ,makan tepat waktu tidur biar cukup okay"ujar Merdhina lembut

"Yer sayang ,sayang pun jaga diri tau "

"okay abang bye"

"bye"

Walaupun hanya sekejap sudah cukup membuatkan di tersenyum sepanjang tempoh penerbangan ke Australia

Merdhina yang berada di balkoni biliknya ,mula mengelamun selepas dia mematikan talian dengan Faiq.

Angin malam bersepoi-sepoi bertiup mengenai tubuh badan Merdhina yang hanya ditutupi dengan sepasang baju tidur nipis .

pelbagai benda bermain di fikirannya , gemuruh di dada semakin terasa dek kerana lagi sebulan dia bakal bergelar isteri kepada Tengku Faiq Danial

Dia sentiasa berdoa agar Allah memberikan dia hati yang cekal untuk menerima apa sahaja dugaan berumah tangga yang akan mendatang.

Setelah puas mengelamun dia mula menuju ke katilnya untuk tidur memandangkan sudah larut malam.......

bersambung

comment jer

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience