Dengan tiba -tiba tubuh badan Tengku Farif jatuh ke lantai.Dia pengsan akibat terlalu stress.
Tengku Farif menjerit memanggil nama sepupu nya itu membuatkan Datin Fatima dan Tengku Khalisa tersentak.
Mereka berdua seiring berpusing ke arah bunyi jeritan itu.Manakala Tengku Faiq terus sahaja mendapat kan Tengku Farif yang sudah tidak sedarkan diri .
Datin Fatima dan Tengku Khalisa juga berlari mendapatkan mereka berdua
Datin Fatima sudah hampir menangis melihat anak lelakinya itu yang begitu tidak bermaya
Tengku Faiq cuba untuk menyedarkan sepupu nya itu.Dia menampar -nampar pipi Tengku Farif dan memanggil namanya namun tiada tindak balas
Kedengaran keadaan yang begitu kelam kabut di luar menyedarkan Tengku Merdhina Adelia dan Tengku Merina yang berada di dapur menghidangkan makan malam.
Mereka berdua saling berpandangan antara satu sama lain dan mengjongkitkan bahu sebelum masing-masing memutuskan untuk melihat ke luar perkara yang berlaku
Mereka berdua melangkah kan kaki ke luar dan terkejut apabila mendapati Tengku Farif sedang terbaring Kaku di atas lantai .
Terbeliak biji mata Tengku Merina dan Tengku Merdhina Adelia ketika itu.Langkah mereka berdua terus dihayun mendekati Tengku Farif.
Air mata sudah mulai mengalir di pipi Tengku Merdhina dan Datin Fatima.Sungguh mereka tidak kuat melihat Tengku Farif dalam keadaan sebegitu
Melihatkan keadaan itu ,Tengku Faiq Danial cuba untuk memapah tubuh badan Tengku Farif untuk naik ke bilik.Nasih baik lah tubuh dia itu agak sasa kalau tak memang naya la jawabnya
Diiringi Tengku Merina dan yang lain tetapi Tengku Merina mendahului anak tangga untuk mendapatkan suaminya Zakwan atau lebih tepat lagi Dr.Zakwan.
Dia berlari ke arah biliknya sementara Tengku Faiq memapah tubuh badan Tengku Farif menuju ke bilik
Pintu bilik dikuak tanpa memberi salam membuatkan Dr.Zakwam terperanjat dek kerana ketika itu dia hanya mengenakan boxer ketat.Nasib baiklah bini dia yang masuk kalau tak mahu berlakunya perang rumah tangga.
Tengku Merina tidak menghiraukan keadaan itu sebaliknya dia cemas dan mula mengatur ayat dengan nafas tercungap-cungap
Dr. Zakwan sedikit pelik
"Sayang you ni dah kenapa " Tanya Dr .Zakwan apabila melihat isterinya ingin terputus nafas itu
"Biy ,Farif "berulang kali dia menyebut nama Farif dengan nafas yang masih tidak teratur
"Kenapa dengan dia ada masalah ke"sekali lagi Dr.Zakwan bertanya ,pelik dia dengan kelakuan isterinya itu
"Dia pengsan la biy"akhirnya dapat juga dia luahkan segalanya
"Hah ,pengsan "terkejut Dr Zakwan ketika itu,dengan pantas dia menyarungkan baju dan seluar ke badan dan alat rawatan dia diambil di satu sudut dan dia berlari keluar dari bilik menuju ke bilik Tengku Farif adik iparnya
Tengku Merina hanya mengikut dari belakang jejak suaminya itu.Nasib baiklah dekat rumah ni ada doctor boleh diguna pakai kalau emergency case macam ni
Dr .Zakwan mula cek nadi Tengku Farif dan tiada masalah ditemui.Dia dapat mengagak benda ni jadi sebab adik iparnya itu terlalu stress dan mungkin sebab dia tidak menjamah sebarang makanan lagi sejak petang semalam.
Dia memberitahu kepada yang lain untuk tidak terlalu risau
"Mommy , Daddy jangan la risau takde apa-apa ya g serius pun "ujar Dr .Zakwan
"Terima kasih Zakwan lega kami"ujar Dato' Fadhil
Tengku Faiq dan Tengku Khalisa menarik nafas lega begitu juga Tengju Merina dan Tengku Merdhina
Mereka semua meninggalkan bilik tempat Tengku Farif berada menuju ke bawah..
Masing-masing masih lagi berada dalam kerisauan.Melihatkan keadaan itu Tengku Fariq mendapat kan Tengku Merdhina Adelia untuk cuba menyedapkan hati wanita itu.
Dapat juga dia melepaskan rindu antara mereka.
"Dhina,okay tak"Tanya Tengku Faiq
"i'm okay tulah cuma risau sikit pasal abang ,ni semua sebab perempuan tu"marah Tengku Merdhina
"Maksud ,Dhina Dayang ke"..
"haa yelah sape lagi , perempuan tu lah yang buat abang Farif jadi macam ni "
"ermmm dia kat mana sekarang ni"tanya Tengku Farif.
"entahlah lepas mommy bagi diaa cek 1 juta hari tu terus lenyap"
"kenapa mommy bagi dia duit "
"sebab takknak dia tuntut hak penjagaan Qhaleira"
"hah tapi tu kan anak dia jugak"Tengku Faiq seakan tidak bersetuju
"anak ,dia bukan kesah pun pasal Qhaleira sebelum ni asyik suruh pembantu jer yang jaga"
Biar betul perempuan tu tak kesahkan anak ,gumam Tengku Faiq dalam hati
"Takpelah sayang hopely takdelah pulak kes dia nak tuntut hak penjagaan lepasni"ujar Faiq
"harap -harap macam tu lah tapi kalau dia nak tuntut abang mesti naik bangun dan akan buat seribu satu cara untuk halang dia dari dapat Qhaleira"tambah Tengku Merdhina
Tengku Faiq terdiam ,memang betul apa yang dikatakan oleh Merdhina ,Farif mesti akan halang punyalah dengan semua kuasa yang dia ada...
Dia bukan calang -calang orang ...
"Dah jom ,Abang nak naik tengok Farif jap sebelum balik"ujar Tengku Faiq
"jom ,"
Mereka berdua beriringan naik ke bilik Tengku Farif,
Terdengar satu suara tangisan dari dalam bilik membuatkan Tengku Merdhina Adelia dan Tengku Faiq tersentak,
Tangisan siapa tu
Mereka terus sahaja membuka pintu bilik dan terkejut apabila mendapati Qhaleira sedang teresak-esak menangis sambil melentokkan kepala ke atas dada papanya
Dada Tengku Merdhina serasa sebak,anak buahnya terpaksa melalui benda ni tatkala dia masih kecil langsung tidak memahami apa -apa
Tengku Faiq mendapat kan Qhaleira dan membawa dia kedalam dakapannya,dibelai rambut Qhaleira dengan lemah lembut membuatkan Tengku Merdhina tersentuh .
Tengku Faiq membisikkan sesuatu ke telinga Qhaleira membuatkan esakan dia terhenti
"Leira janganlah nangis papa tidur kejap jer nanti papa bangun okay"bisik Tengku Faiq kepada Qhaleira
Qhaleira hanya mengangguk mengerti
Tengku Merdhina hanya tersenyum dan senyuman antara dia dan Tengku Faiq bertaut mereka saling berpandangan antara satu sama lain.
Jantung Tengku Merdhina berdegup dengan sangat kencang pada ketika itu.Tanpa mereka sedari Qhaleira telah lena dalam pelukan Faiq
Tengku Merdhina terus sahaja mengambil anak buahnya dan meletakkan Qhaleira di sebelah abangnya Farif
"Terima Kasih sebab dah tenang kan Leira bang"
"sama -sama "
"okaylah abang turun dulu nak balik dah lewat "
"okay hati-hati "
Tengku Faiq terus menuruni anak tangga mendapatkan adiknya Khalisa yang berada di ruang tamu bersama Paklong dan Maklongnya
"Paklong , Maklong kami balik dulu"ujar Tengku Farif
"dah nak balik ,okaylah tunggu kejap"
Datin Fatima terus bangun dari sofa menuju ke dapur ,selang beberapa minit dia keluar semula dengan makanan nya g dibungkus.
Lalu dia menyerahkan kepada Tengku Khalisa
"ni jangan lupa makan ,"ujar Datin Fatima
"Baiklah Maklong kitorang pergi dulu"
Selepas menyalami tangan bapa dan ibu saudaranya terus sahaja Tengku Faiq dan Tengku Khalisa keluar dari rumah Banglo itu menuju ke tempat kereta.
Tengku Faiq terus meluncur laju keluar dari perkarangan rumah menuju ke jalan besar
Di dalam kereta Tengku Khalisa membuka topik bicara
"bang ,nak tanya boleh"
"tanya jer lah"
"apa yang jadi sebenarnya dengan abang Farif tadi mana isterinya tak nampak pun"tanya Tengku Khalisa"
"bercerai"ringkas jawapan Tengku Faiq
"hah bercerai ,bila "terkejut Tengku Khalisa ketika itu
"baru jer semalam ,bini dia main kayu tiga "
Sekali lagi Tengku Khalisa terdiam ,haish handsome macam tu pun kena curang ,apalah bodoh sangat bini dia tu
Sempat dia memikirkan sesuatu yang membuatkan dia geli hati
"kamu ni dah kenapa , tersenyum -senyum"tanya Tengku Faiq apabila melihat adiknya tersenyum macam tu
"adelah"
Tengku Faiq dapat mengagak benda yang bermain di fikiran adiknya itu,kalau betul pun apa salahnya kan
bersambung
Share this novel