Bab 21-bersanding

Romance Series 23389

Pada malam itu... Pasangan mempelai tiba di Hotel Crown Garden tempat mereka melakukan persandingan....

Tengku Merdhina Adelia tampil anggun dengan gaun berwarna biru muda , bermahkotakan Tiara dan veil di kepala ..dengan gaun panjang berleret di belakang mencecah lantai ...sungguh menampakkan kejelitaan sebenar pengantin baru...

Di sisinya ,dia merangkul lengan suaminya Tengku Faiq...Tengku Faiq juga tidak kurang nya tampan dengan baju yang di pilihnya untuk majlis persandingan mereka berdua pada malam ini

Mereka berdua berjalan beriringan menuju ke Pelamin mereka yang direka Khas daripada Wedding Planner Profesional..

Tepukan gemuruh yang tidak henti diberikan kepada mereka sebagai tanda Tahniah di atas perkahwinan ini..

Mereka tiba di pelamin ...dan kedua belah pihak memulakan acara pertama yang dilakukan pada setiap acara persandingan

Dimulakan dengan Tengku Merina dan Tengku Farif yang naik ke pelamin..Tengku Faiq menyalami tangan abang iparnya itu begitu juga dengan Tengku Merdhina menyalami tangan abangnya diikuti dengan kakak nya Tengku Merina

Ucapan Tahniah berhamburan ke telinga mereka berdua sepanjang majlis berlangsung....

Ramai jemputan yang hadir termasuklah sanak saudara dan rakan niaga syarikat mereka berdua.. untuk meraikan hari bersejarah dalam hidup Tengku Faiq dan Tengku Merdhina

Mereka juga telah mendapat banyak usikan daripada saudara mara..

antara usikan yang hinggap di telinga mereka adalah

"lepas ni boleh la kamu berdua tu bagi zuriat dekat keturunan kamu tu , kalau boleh setahun sekali pun takpe lagi banyak lagi bagus meriah sikit rumah kami berdua yang dah macam istana tu,"usik salah seorang Mak sedara yang datang pada malam itu

Naik merona wajah Tengku Merdhina apabila diusik sebegitu....haish apala nasib

Majlis Persandingan mereka berakhir menjelang 12 tengah malam selepas para tetamu sudah pulang sepenuhnya...

Tengku Merdhina berasa sangat penat dan gembira namun tetap ada kekosongan di hatinya apabila majlis yang bersejarah dalam hidupnya diraikan tanpa kehadiran daripada mommy dan Daddynya

Tengku Faiq menunduk dan membukan heals yang dipakai isterinya dan menukarkan kepada selipar berbulu yang lebih selesa...sudah semestinya kaki isterinya sudah sakit ketika itu kerana majlis yang berada agak lama tadi...

Tengku Merdhina hanya tersenyum ... dibiarkan sahaja suaminya itu melakukan apa -apa

Seperti biasalah pasti ada sahaja yang akan mengusik mereka berdua..tidak lain dan tidak bukan pastinya abangnya yang sudah pernah melalui saat ini suatu tika dulu

"amboi sweet nya pengantin baru , cemburu titew"seloroh Tengku Farif

Tengku Merdhina memberikan jelingan tajam kepada abangnya itu...

"Kau tu boleh jugak kalau nak merasa lagi sekali lagi saat indah macam ni kalau kau tu kawin lagi "ujar Tengku Faiq Mengusik

"Kawin dengan sape masalahnya"seloroh Tengku Farif

"Tu"sambil tangan Tengku Faiq menunjuk ke arah adiknya Tengku Khalisa

Muka Tengku Farif merona merah menahan malu dengan usikan itu

"haa betul tu bang ,Khalisa tu kan dah la cantik ,pandai lepastu kan dia pandai berdikari"usik Tengku Merdhina setelah sekian lama jadi pemerhati antara abangnya dan suaminya dari tadi..

Tengku Farif hanya tersenyum malas dah dia melayan adiknya itu takut makin melarat Aje
malu dia nanti

"dah jom balik"sampuk Tengku Merina yang baru sahaja menyelesaikan urusannya dengan pihak hotel.

Mereka akhirnya tiba juga di rumah...Tengku Merdhina terus sahaja mengambil langkah naik ke bilik...dia sudah tidak tahan dengan pakaian nya yang agak merimasakan itu..tak senang nak cantik katanya ada jugak penyeksaan yang perlu ditempuhi

Setibanya di bilik dia mula menanggalkan Tiara dan Veil nya , seterusnya dia masuk ke dalam bilik air untuk menanggalkan gaunnya

Setelah semuanya selesai ,dia keluar semula dari bilik dengan hanya membaluti tubuh badan nya dengan Kain tuala

Tanpa disedari suaminya sudah pun berada di sisi katil sambil membuka butang bajunya...baju mula dilurut dari badannya ..Tengku Merdhina menelan air liur dan terus sahaja menuju ke almari pakaian miliknya
Terserlah tubuh badan yang sasa milik suaminya yang sebelum ini belum pernah dilihat nya

"abang ,bila abang masuk"tanya Tengku Merdhina

"Baru je Sayang...kenapa "tanya Tengku Faiq sambil tersenyum

"Takde lah ,saje tanya "

"Abang pergi mandi dulu ..."ujar Tengku Faiq sambil tersenyum lebar

Tengku Merdhina hanya menggangguk kan kepala... badannya terasa sangat letih ..tapi dia perlu menjalankan kewajipan dia sebagai isteri pada malam ini...jadi dia terpaksa menahan keletihan itu...

Bersambung

comment as a readers

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience