Bab 1-permulaan

Romance Series 23385

Riuh rendah suasana di dalam banglo 3 tingkat milik Dato' Fadhil dan Datin Fatima yang sedang mempersiapkan majlis meraikan ulang tahun ke -18 anak bongsu mereka Tengku Merdhina Adelia.

Pembantu -pembantu rumah sibuk ke hulu ke hilir untuk menyiapkan kerja masing-masing.Ada yang memasang langsir baru dan ada yang sibuk menggantungkan belon untuk memastikan kemeriahan majlis sambutan hari jadi yang akan berlangsung pada malam ini berjalan lancar yang dipinta oleh tuan punya badan Tengku Merdhina Adelia.

Walaupun Merdhina ini tidaklah terlalu cerewet dan tidak lah memaksa pembantu-pembantu rumah nya untuk memberikan kesempurnaan 100% namun mereka tetap mahukan yang terbaik untuk hari bahagia Tengku Merdhina Adelia.

Tengku Merdhina Adelia yang baru sahaja selesai solat mula turun semula ke tingkat bawah rumahnya untuk membantu apa yang perlu.Walaupun dia adalah Tuan Puteri di dalam rumah itu namun dia seorang yang sangat berdikari dan tidak mahu terlalu menyusahkan orang upahan ibu bapanya dalam menangani hal ini sebegitu rupa.

Dia mula menuruni anak tangga dan mendapatkan kakaknya Merina yang sedang sibuk menghias kek di dapur.

"hai kakak ,nak adik tolong apa -apa tak"pinta Merdhina
"hah okay adik tolong susunkan buah-buahan yang dah dihiris kat atas kek tu akan nak menyusukan anak akak jap ,dari tadi lagi merengek nak susu"

"ouh okay ,pergilah susukan Zarif tu kesian dia lapa"

Terus Merdhina mencuci tangan nya dan tangan dia mula mencapai buahan yang telah dihiris untuk disusun kan di atas kek buatan kakaknya.
Sememangnya dia lebih menggemari kek buatan kakaknya berbanding kek yang dibeli diuar dek kerana tekaknya yang tidak menggemari makanan luar.

Seusai sahaja dia menyusun buah buahan di atas kek satu ciuman hinggap di pipinya dengan ucapan selamat hari jadi ,.Tidak bukan lagi itu semestinya abang dia yang sangat kacak dek warna kulit yang putih dan berbadan tegap bukan itu sahaja abangnya juga merupakan suami dan ayah yang penyayang buat isterinya Dayang dan anak perempuan nya Qhaleira.

"Selamat hari jadi adik kesayangannya abang"ucap Farif sambil mencium pipi mulus Merdhina

"auw so sweet abang tq,so mana hadiah"seloroh Merdhina

"hadiah ada nanti malam ni abang bagi okay"

"okay abang"

Tidak lama selepas itu Merina muncul kembali di dapur dan menyedari kehadiran kakaknya Farif mula menyalami tangan kakaknya dengan senyuman di bibir

"haa Farif bila sampai"tanya Merina

"baru jer "

"isteri kamu mana "

"ada dekat bilik tengah susukan Qhaleira"

"ouh takpelah"

"kak ni Dhina dah siap susun buah langkah seterusnya akakla yer yang handle ,bye"ucap Merdhina sebelum berlalu pergi menuju ke ruang tamu banglo yang luas itu

keringat -keringat peluh mula membasahi tubuh badan Faiq yang sudah hampir 30 minit bermain gym di gym persendirian dia .Dia memang jenis yang jaga badan sejak umur nya mencecah 18 tahun dan kini sudah mencecah 25 tahun.

Tekaknya terasa haus dan dia mula meneguk airnnya yang berada di tempat letak air

Telefon bimbitnya berbunyi dan dia segera mencapai telefonnya untuk melihat panggilan dari siapa

Tertera nama Paklong nya di skrin telefon.Dia segera menjawab panggilan telefon itu tanpa banyak soal

"assalamualaikum ,Faiq " ucap Dato Fadhil

"Waalaikumussalam ye paklong ada apa call Faiq ni"

"malam ni jangan lupa datang rumah paklong ada jamuan sikit"

"insyaallah paklong kalau takde aral melintang saya datang "ujar Faiq dengan lembut

Sememangnya Faiq ini seorang yang soft spoken dengan orang sekelilingnya tambahan lagi orang yang lebih tua darinya.

"haa yelah , paklong letak dulu yer Faiq"

"baik paklong"

Talian dimatikan dan Faiq terus melakukan kerjanya yang terhenti sebentar tadi ,Satu senyuman diukir kan apabila dia terkenangkan Tengku Merdhina Adelia

Seusai sahaja ,Faiq menunaikan solat maghrib dia mula bersiap -siap hendak ke jamuan di rumah Tengku Merdhina Adelia .

Dia mengenakan seluar jeans biru dan baju t-shirt kegemarannya yang berwarna putih.Rambut dia disikat supaya tampak lebih kemas dan segak.

Sebaik sahaja selesai dia mencapai telefon bimbitnya dan kunci keretanya .Dia menuruni anak tangga rumahnya dan sempat pesan kepada pembantu rumahnya untuk tidak perlu menunggu dia pulang kerana dia kemungkinan akan pulang lewat pada malam ni

"Mak ti tak payah tunggu saya balik la yer malam ni ,Makti tidur jer dulu sebab saya bawak kunci rumah ni"

"baik tuan ,hati -hati di jalan"

Di rumah itu hanya Ada Faiq dan adiknya Khalisa bersama dengan 2 lagi pembantu rumah Faiq .Ibu bapanya telah meninggal dunia ketika usia Faiq 19 tahun manakala Khalisa 16 tahun.Sejak daripada itulah Faiq bertanggungjawab sepenuhnya dalam urusan syarikat dan menjaga adik perempuannya yang kini berada di universiti

Kereta mewah milik Faiq terus meluncur meninggalkan kawasan rumahnya itu.Kini hatinya sangat teruja untuk menemui Merdhina Adelia gadis yang dicintainya...

Walaupun gadis yang dicintainya itu baru berumur 18 tahun ,tapi gadis itu terlihat sangat la matang dari umur sebenarnya.....

imbas kembali ~~10 tahun lalu

"abang Faiq jangan la kacau Dhina nak buat hw ni "

Bersambung

Second karya please support me~okay jangan lupa comment dan rate saya dan juga follow saya agar saya lebih bersemangat untuk berkarya

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience