Bab 30 : Permulaan baru

Romance Series 23385

Kini sudah beberapa bulan setelah Adrian ditangkap pihak polis ..dia pun sudah dijatuhi hukuman mandatori gantung sampai mati ...dan Dayang dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup kerana bersubahat dalam pembunuhan Dato' Fadhil dan Datin Fatima

Pada hari ini ialah majlis hijapkabul Tengku Farif bersama dengan Tengku Khalisa...mereka sudah menjalinkan hubungan yang lebih serius sejak Tengku Farif melakukan surprise Birthday kepadanya beberapa bulan yang lalu

Mereka mula mengambil serius tentang hubungan mereka sejak itu..tambah lagi Qhaleira sangat selesa bersama dengan Tengku Khalisa adik kepada Tengku Farif

Tengku Farif melihat dirinya di cermin biliknya...dia sudah lengkap berpakaian baju melayu berwarna putih dan sampin beserta alat sampingan lain....hanya tinggal songkok masih berada di meja dihadapan nya...

Songkok hitam dicapai oleh nya dan diletakkan di atas kepala...memang tidak dinafikan dia begitu segak pada hari itu... perasaan gementar tetap ada di dalam dirinya walaupun ini sudah kali kedua dia berkahwin...

Tidak lama selepas itu..pintu bilik dikuak ..dia berpusing....Tengku Faiq sedang berjalan ke arahnya dengan senyuman

"Bro, congratulation ,"ucap Tengku Faiq sambil berjabat tangan dengan Tengku Farif...

"Thanks ,Faiq "ujarnya..

"Jaga adik aku elok -elok,ini pesanan aku dekat kau ...aku tak pernah kasar dengan adik aku.... so aku harap kau jangan berkasar dengan dia ingat tu"ujar Tengku Faiq...adik yang dia sayangi akan dia lepaskan kepada jejaka yang dia percayai pada hari ini

"Don't worry Faiq...aku akan jaga adik kau macam mana kau jaga adik aku.. aku faham perasaan tu sebab aku pun pernah rasa bila kau nak lafaz akad dekat adik aku dulu"ujar Tengku Farif memberi jaminan

"Thanks ,dah jom turun semua dah sampai "ajak Tengku Faiq

Mereka berdua beriringan keluar dari bilik dan menuruni anak tangga untuk menuju ke tempat Akad...

Tengku Farif duduk menghadap Tok Kadi ... Pengantin perempuan menuruni anak tangga dipimpin oleh Tengku Merdhina dan Tengku Merina mengikuti dari arah belakang....

Pengantin perempuan mengambil tempat di atas pelamin cantik yang direkanya sendiri bersama Wedding Planner terkenal di Malaysia.

Tidak lama selepas itu ...Tengku Farif mula berjabat tangan dengan Tok Kadi berwalikan Tengku Faiq sebagai abang kandung Tengku Khalisa

Akhirnya Tengku Khalisa sudah sah bergelar isteri kepada Tengku Farif...

Doa dipanjatkan kepada Allah atas segala-galannya... Qhaleira antara yang paling gembira pada hari itu kerana dia sudah mendapat mama baru...

Tengku Farif berjalan menuju ke pelamin merwka berdua ...dia agak terpegun dengan kecantikan isteri nya pada ketika itu.

Dia duduk disamping isterinya dan memegang ubun ubun kepala isterinya....tangan satu lagi ditadah untuk memohon doa di dalam memberkati perkahwinan ini ...

Selepas itu dia duduk di samping isterinya dan mula menyarungkan cincin berlian ke jari manis isterinya...Tengku Khalisa menyalami tangan suaminya.

Dan upacara pertama dilakukan oleh kedua belah pihak keluarga.. ucapan tahniah berhamburan ke telinga Tengku Farif dan Tengku Faiq . ....

Bergambar bersama keluarga turut tidak dilupakan....Tengku Faiq dan Tengku Khalisa mengammbil kesempatan ini untuk merakamkan beberapa keping foto bersama pengantin baru....

Para tetamu mula beransur pulang apabila hari sudah semakin senja.. . pengantin lelaki dan perempuan sudah mahu patah tulang kaki dan segala jenis tulang di badan akibat kepenatan melayani setiap tetamu yang hadir....

Majlis pada hari ini berjalan dengan lancar....Kini sudah tiba waktu malam....mereka juga sudah menukar pakaian dan menunaikan solat maghrib berjemaah beramai-ramai diimamkan oleh Tengku Farif selaku pengantin baru....

Mereka pada ketika ini sedang berada di ruang tamu .. Tengku Faiq merangkul pinggang isterinya Tengku Merdhina dan begitu juga Dr Zafran dan Tengku Farif masing masing merangkul pinggang isteri masing-masing sambil menonton tv

"Akak dah nak bersalin kan"tanya Tengku Farif kepada kakaknya apabila melihat kakaknya sudah tidak senang duduk..mungkin disebabkan sakit pinggang

"haaa..akak pun macam dah tak selesa sangat ni . pinggang asyik sakit ....dan perut pun asyik cramp"ujar Tengku Merina sambil mengusap perut bersama tangan suaminya

"Sabar la sayang dan tak lama dah penderitaan awak akan berakhir"ujar Dr Zafran kepada isterinya yang berada di samping

Tengku Merina hanya memberikan senyuman walaupun dia memang sangat tidak selesa sekarang ni.. pinggang dan kakinya terasa sangat lenguh

Tengku Farif membisik kan sesuatu ke telinga isterinya .....

Tengku Khalisa menarik nafas dalam-dalam...dan meminta diri untuk naik ke bilik terlebih dahulu..mukanya sudah merona merah.....

"Lisa naik dulu "ujarnya sebelum bingkas bangun dari atas sofa

Tengku Farif hanya tersenyum melihat isterinya sudah melangkah naik ke bilik .... pengantin baru akan mula beraksi .....nasib anaknya dah tidur senang nak buat kerja malam ni

"Aku pun nak naik jugak lah"ujar Tengku Farif yang sudah tersenyum nakal... mengikuti jejak isterinya

Mereka yang lain hanya menjeling ke arah Tengku Farif... bukannya mereka tidak pernah melalui saat menjadi pengantin baharu pasti ada Aje yang akan dilakukan pada malam pertama

"Good luck bro"ujar Tengku Faiq kepada Tengku Farif

Tengku Farif hanya mengankat tangan tanpa berpaling ke arah belakang .mukanya sudah merona merah

Dia melangkahkan kaki masuk ke dalam bilik...tidak terlihat kelibat isterinya di dalam...

Bunyi pancuran air di bilik mandi ....dia melihat Pintu bilik air tertutup...

Dia mengambil tempat di birai katil sementara menunggu isterinya selesaikan urusan di bilik air

Tengku Merdhina memeeluk suaminya dengan penuh erat di atas katil ...

"Thanks abang sebab jadi suami sayang"ucap Tengku Merdhina dengan manja kepada suaminya

"Kenapa sayabg cakap macam tu"tanya Tengku Faiq kepada isterinya...rambut isterinya dibelai dengan penuh kasih sayang..

"Saje....abang kurniaan terindah dalam hidup sayang selepas mommy dan daddy meninggal"ujarnya penuh sayu.

"You too sayang ,i love you"sambil bibirnya mengucup bibir isterinya

Tiba tiba pintu bilik mereka diketuk ...

Tengku Faiq menyudahkan kerjanya dari mengucup bibir isterinya untuk membuka pintu

Tengku Merdhina hanya menunggu di katil saja...

Tengku Faiq membuka pintu dan melihat Dr Zafran berada di situ...dia agak pelik mengapa Dr Zafran berada di sini

"Kenapa Zaf"tanay Tengku Faiq

"Faiq ,Dhina mana"tanya Dr Zafran sedikit menggelabah walaupun dia seorang Dr

"Hah,jap aku panggil"

"Sayang sini jap"

Tengku Merdhina bangun dari pembaringan dan mula menyarungkan tudung ke kepalanya

Dia berjalan menuju ke arah pintu...

"Kenapa bang"tanya Tengku Merdhina kepada abang iparnya,

"Tolong tengok kan Zarif boleh tak...abang dengan kakak nak ke hospital...air ketuban ajak dah pecah "ujar Dr Zafran

Tengku Farif dan Tengku Merdhina agak terkejut....bertambah Terkejut apabila mereka terdengar jeritan daripada Tengku Merina

Mereka berlari menuju ke bilik Keberadaan Tengku Merina

Dapat dilihat Tengku Merdhina sudah berpeluh-peluh....

Dr Zafran melihat jam di tangan...air ketuban sudah agak lama pecah .. lalu dia bergegas menuju ke arah isterinya...

Tubuh isterinya dicempung .... untuk dibawa ke hospitak

Tengku Faiq dan Tengku Merdhina hanya mengikuti dari belakang...pintu kereta dibuka oleh Tengku Faiq. ...

Dr Zafran memasukkan isterinya ke dalam kereta.

"Bro aku gi dulu tolong tengokkan Zarif "ujar Dr Zafran sebelum memasuki perut kereta

"Okay jangan risau"ujar Tengku Faiq

Kereta milik Dr Zafran terus sahaja meluncur laju keluar dari perkarangan kereta

Tengku Faiq menghampiri isterinya....

"Jom masuk "ajak Tengku Faiq

"Jom "Tengku Merdhina merangkul lengan suaminya itu masuk ke dalam rumah...

Mereka baru sahaja ingin melangkah menaiki anak tangga tapi melihat Tengku Farid dan Tengku Khalisa sedang menuruni anak tangga menuju ke arah mereka

"Kenapa ni"tanya Tengku Faiq

"Betul ke akak dah nak bersalin"tanya Tengku Farif

"Haaa aaa diorang baru jer pergi hospital...kita pergi esok jer lah "ujar Tengku Faiq sebelum dia menepuk belakang Tengku Farif sambil tersenyum

"Asal kau senyum..."tanya Tengku Farif

"Takdelah aku tengok korang ni macam pakai dengan tak terurus jer malam ni....rambut korang berdua ni berserabau jer."ujar berselamba sebelum dia menarik tangan isterinya Tengku Merdhina menaiki anak tangga

Tengku Khalisa dan Tengku Farif dibiarkan tergapai-gapai di tangga

Muka Tengku Khalisa merona merah....dan tanpa dia sedari tubuhnya sudah dicempung oleh suaminya menaiki anak tangga

"Abanggg"ujar n Tengku Khalisa separa menjerit

Dugaan sebenar baru akan tiba tidak lama lagi .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience