Bab 16 -Bebelan Si kakak

Romance Series 23389

Di satu sudut rumah banglo itu dapat dilihat ,Tengku Merina sebagai kakak kepada Tengku Farif begitu marah dengan kecurangan yang dilakukan bekas adik iparnya iaitu Dayang.

Apabila Tengku Merina sampai sebentar tadi barulah Tengku Farif muncul kan diri setelah berkurung di bilik sejak petang semalam..Dia terpaksa akur dengan arahan kakaknya Tengku Merina apabila wanita itu mengarahkan dia untuk keluar dari bilik ....

"Farif , kenapa boleh jadi sampai macam ni ,apa yang dia tak cukup sepanjang jadi isteri kamu ,apa pun kemahuan dia kamu ikutkan termasuk lah pindah dari rumah banglo ni kononnya nak ada privasi sendiri tapi hakikatnya senang dia nak melalak ikut suka hati dia jer kan tanpa ada orang boleh larang dia kan ,did i'm right"ujar Tengku Merina sedikit keras

Tengku Farif hanya menundukkan kepala nya sahaja begitu juga dengan Tengku Merdhina Adelia ...... Tengku Farif kelihatan begitu berserabut ketika itu ,

"Dah kenapa pulak kamu Farif diam dah macam tunggul jer ,"sekali lagi Tengku Merina bertanya sungguh dia geram ketika itu sudah seperti bercakap dengan tunggul aje

"Habis tu kakak nak Farif buat apa ,merayu dekat perempuan tu "kali ini Tengku Farif bersuara untuk mempertahankan dirinya

"Bukan la macam tu cuma , takkan la kamu taknak selidik dengan lebih dalam lagi dengan sape dia curang , kalau boleh ajar sikit jantan yang curang dengan dia tu, punya la berlambak perempuan singel kat luar tu dah kenapa bini kamu jugak dia nak rembat"

"ahhhh lantak dia lah malas dah nak fikir dia bukan isteri Farif lagi pun ,talak dah jatuh semalam dia pun dah berambus dari rumah ni"sekali lagi Tengku Farif menegaskan

"Kamu jamin ke yang dia takkan ganggu kamu lagi,dia takkan cuba nak rampas hak penjagaan anak kamu tu nanti"Tengku Merina memperingati

"Tak dia takkan tuntut sebab mommy dah bagi dia satu juta ringgit untuk dia tak tuntut hak penjagaan terhadap Qhaleira semalam sebelum dia keluar dari sini"kali ini Tengku Merdhina Adelia menyampuk setelah lama menjadi pendengar setia bebelan kakaknya.

Tengku Merina hanya tersenyum kelat,dia yakin wanita itu tidak akan berhenti sampai di sini sahaja,pasti akan ada muslihat yang dirancang nya

Jam menunjukkan pukul 5:30 petang dan Faiq baru sahaja menuruni kapal terbang dari Australia.Dia menghubungi pembantu nya untuk menjemput dia di lapangan terbang....

Selang setengah jam pembantu nya tiba.Pembantunya mula memunggah kan bagasinya ke dalam bonet kereta..

Tengku Faiq Danial sudah berada di dalam kereta menunggu pembantunya yang masih lagi memunggah kan barang.

Tidak lama selepas itu , pembantu nya masuk ke dalam perut kereta dan terus meluncur keluar dari lapangan terbang menuju ke atas highway.

Di dalam kereta kedengaran pembantu Tengku Faiq berkata bahawa adiknya Tengku Khalisa sudah pun berada di rumah cuti semester.

"Tengku ,Tengku Khalisa dah ada dekat rumah ,pagi tadi dia sampai"ujar Darwish selaku pembantu peribadi Tengku Faiq Danial

Lelaki itu sudah berumur lingkungan 35 tahun ke atas tetapi segaknya masih kelihatan dek kerana seringkali turun bermain gym bersama Tengku Faiq Danial..Dia juga boleh dikatakan sebagai kawan rapat Tengku Faiq Danial kerana dia yang telah membantu Tengku Faiq Danial menguruskan Syarikat MegaHoldings sejak ibu bapa Tengku Faiq Danial meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.

"Ya saya tahu dia akan balik hari ini ,sebab malam ni kami dah janji nak pergi rumah paklong Ngan Maklong dah lama sangat tak pergi sana"ujar Tengku Farif sambil dia melentikkan kepalanya bersandar ke belakang

"Tengku nak saya jemput dan hantarkan ke malam ni"tanya Darwish

"Tak payah biar saya sendiri yang drive "

"Baik Tengku "

Pada petang itu ,Tengku Merdhina Adelia dan Kakaknya menyediakan makan malam bersama-sama.Bukannua selalu mereka dapat bersama-sama duduk di dapur itu untuk menyediakan makan malam.

Tengku Merina memang handal kalau berada di dapur dan Tengku Merdhina Adelia memang akan meminta pertolongan dari kakaknya jika ingin belajar memasak sesuatu yang baru..

Tengku Merina merupakan seorang Chef yang terkemuka di dalam Malaysia ini bahkan di luar Negara.Wajahnya seringkali menjadi penghias muka hadapan apa -apa majalah masakan yang sering dikeluarkan oleh majalah -majalah masakan di Malaysia ini

Pada petang itu mereka menyediakan juadah Nasi Ayam untuk makan malam nanti bersama dengan Tengku Faiq Danial dan adiknya Tengku Khalisa.

"Dhina nanti ayam ni kamu goreng akak dah siap perap dengan bahan perapan tunggu lagi setengah jam kamu goreng "ujar Tengku Merina

"Baik lah kakakku sayang"

"akak keluar jap nak tengok anak akak okay ke tidak duduk dengan bapak dia tu"ujar Tengku Merina

"pergilah Kak "

Tengku Merina mula mengambil langkah untuk keluar dari dapur dan dia terserempak dengan Tengku Farif yang baru saja ingin masuk ke dapur

Wajah Tengku Farif ketika itu sangat lah pucat dek kerana dia hilang selera makan sejak petang semalam...boleh dikatakan dia langsung tidak menjamah apa-apa makanan lagi

"Haaa Farif dah kenapa kamu ni pucat Aje muka,kamu demam ke " Tanya Tengku Merina agar risau dia ketika itu

"Mana ada demam biasa jer lah ,Farif nak pergi minum air jap "Terus sahaja dia melangkah kan kaki masuk ke dalam dapur meninggalkan Kakaknya yang masih terpinga-pinga

Tengku Merina hanya menggeleng kan kepala dengan perangai satu -satunya adik lelaki dia yang sudah bergelar duda anak 1

Dia terus sahaja keluar dari dapur mendapatkan anak dan suaminya

Tengku Farif membuka peti untuk mengambil jus oren dan dia melihat kelibat adiknya Tengku Merdhina yang sedang menolong pembantu rumah mengemas dapur.Perangai adiknya itu memang tidak berubah ....

Tengku Merdhina Adelia yang mula perasan dengan kehadiran abangnya itu terus sahaja menghampiri abangnya

Dia juga perasan dengan wajah abang Tengku Farif yang tidak berdaya dan kelihatan pucat itu

"bang ,okay tak ni asal muka nampak pucat jer Dhina tengok"Tanya Tengku Merdhina

"Takdelah abang okay cuma stress sikit jer Kut"Tengku Farif berdalih

"Ermm jap Dhina ambil ubat "baru sahaja Tengku Merdhina ingin melangkah kan kaki menuju ke kabinet ubat tangannya disambar oleh Tengku Farif yang ingin melarang dia mengambil ubat

"tak payah abang okay jangan la risau"ujar Farif

"betul ni"tanya Tengku Merdhina ingin kan kepastian

"ia betul"

"ermm yelah"

Tepat jam 8 malam Tengku Faiq dan Tengku Khalisa sudah pun sampai di rumah Dato' Fadhil.Mereka berusia beriringan masuk ke dalam banglo 3 tingkat itu..

Apabila melihat kelibat Datin Fatima terus sahaja Tengku Khalisa berlari mendapatkan Maklong itu.Dia memeluk maklong itu untuk melepaskan rindu setelah sekian lama

Begitu juga dengan Datin Fatima menyambut pelukan anak buahnya itu dengan gembira
Sudah terlalu lama mereka tidak bersua muka akhirnya terlerai juga rasa rindu itu

Tengku Faiq hanya tersenyum melihat gelagat mereka berdua...Sambil matanya melilau mencari kelibat orang kesayangan nya tidak lain tidak bukan Tengku Merdhina Adelia

Tetapi matanya tertumpu ke arah seorang lelaki yang baru sahaja ingin menuruni anak tangga.Tengku Farif menuruni anak tangga menuju ke arahnya dengan senyuman yang cuba dia ukirkan...

Tengku Faiq Danial agak bersimpati dengan apa yang jadi kepada sepupunya itu.Dan wajah Tengku Farif yang pucat menambah kan lagi kerisauan nya

Tiba -tiba Tengku Farif ....... bersambung

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience