Bab 26-bodyguard

Romance Series 23385

Tokkkk tokk,pintu pejabat diketuk

Seorang wanita melangkahkan kaki masuk ke dalam pejabat itu ....

"Tengku maaf menganggu ada pihak polis nak jumpa Tengku "ujar Raisa setiausaha Tengku Farif

"Baiklah Raisa benarkan mereka masuk"jawab Tengku Farif kepada setiausaha nya itu

"Baik Tengku"

Raisa terus sahaja melangkahkan kaki keluar dari pejabat Tengku Farif mendapatkan pegawai polis yang berada di ruang menunggu..

"Tuan berdua boleh masuk sekarang"ujar Raisa kepada pegawai polis tadi

"Baiklah Terima Kasih"ucap pegawai polis itu

Kedua -dua pegawai polis itu pun melangkahkan kaki masuk ke dalam pejabat Tengku Farif

Mereka berdua dipersilakan oleh Tengku Farif untuk duduk di sofa dalam pejabat itu....

Kedua pegawai polis tadi mula mula mengkhabarkan berita tentang siasatan yang mereka telah lakukan selama ini terhadap kes pembunuhan Dato' Fadhil dan Datin Fatima ibu bapa kepadanya

Pegawai polis tadi menceritakan kepada nya antara sebab ataupun kronologi kes ..punca mengapa ibubapanya dibunuh...

Setiap butir bicara yang keluar dari mulut pegawai polis tadi diambil serius oleh Tengku Farif...

"berdasarkan siasatan awal kami begitulah kronologi kes yang dapat kami simpulkan... pembunuhan ini mungkin disebabkan oleh dendam daripada pihak yang tidak berpuas hati dengan keluarga kamu dan mungkin akan ada lagi sesuatu yang buruk akan berlaku kepada keluarga kamu berdasarkan siasatan yang telah kami lakukan"ujar salah seorang pegawai polis itu

"Tuan tahu tak sape punya angkara semua ni"Tanya Tengku Farid sudah tidak sabar untuk mengetahui siapakah pembunuh ibu bapanya

"Buat masa ni ada beberapa orang di dalam pemantauan kami berdasarkan siasatan yang telah kami lakukan dan analisis maklumat yang keluar masuk dalam syarikat ni"ujar Insp Rafa

"Siapa mereka "tanya Tengku Farif sekali lagi

Kedua pegawai polis tadi saling berpandangan antara satu sama lain dan memandang semula ke arah Tengku Farif dan melontar kan satu hujahan yang agak mengecewakan Tengku Farif

"Kami tak dapat nak bagitau lagi perkara ni kepada Tengku kerana perkara ini masih samar -samar "ujar Insp Rafa

Tengku Farif meraup wajahnya menggunakan telapak tangan

Sebelum Insp Rafa dan seorang lagi pegawai keluar dari pejabatnya sempat dia berpesan sesuatu kepada Tengku Farif .....

Tengku Farif hanya mengangguk kan kepala tanda faham...

Tengku Faiq Danial sudah tiba di rumahnya pada jam 6 petang...

Enjin kereta dimatikan dan dia mula melangkahkan kaki keluar dari perut kereta...

Dia agak terkejut apabila mendapati ada beberapa orang lelaki berpakaian serba hitam sedang berkawal di kawasan rumah banglo itu

Dia terus sahaja keluar dari perut kereta untuk masuk ke dalam rumah itu...hatinya agak berdebar-debar ketika itu entah apa yang sedang berlaku...

Lelaki -lelaki tadi hanya menundukkan kepala tanda hormat kepadanya...

Kakinya terus sahaja dihayun masuk ke dalam rumah untuk mencari isterinya...

Setelah matanya melilau mencari di ruang tamu namun tidak ada ...terus sahaja kakinya dihayun menaiki anak tangga untuk menuju ke bilik

Setibanya dihadapan pintu bilik terus sahaja dia membuka pintu bilik itu...dari jauh dapat dilihat isterinya berada di beranda bilik...

Dia menarik nafas lega ...terus sahaja dia meletakkan briefcase di di atas katil dan menapak ke arah isterinya itu...

Pinggang isterinya Tengku Merdhina dirangkul lembut...

Tengku Merdhina tersentak apabila pinggang nya dirangkul...terus sahaja dia berpaling..

Dia agak terkejut kerana suaminya sudah balik...entah bila suaminya masuk sehingga kan dirinya tidak menyedari kehadiran suaminya itu..

"Abang bila balik"tanya Tengku Merdhina lembut

"Baru jer sayang , mengelamun apa ni abang balik pun tak sedar "tanya Tengku Faiq

"Sorry tak perasan "ujar Tengku Merdhina lembut kepada suaminya sambil tangannya mula menyalami tangan suaminya yang baru pulang dari kerja itu

"Takpe ,sayang tak jawab lagi soalan abang kenapa mengelamun ada masalah ke"tanya Tengku Faiq

"Takdelah cuma tadi abang Farif balik dengan bodyguard yang dekat luar tu ,dia cakap lepas ni Bodyguard tu yang akan jaga kita "terang Tengku Merdhina kepada suaminya..

Tengku Farif mula teringat semula akan lelaki yang berada di bawah tadi..dia sudah hampir terlupa akan hal itu

"Ouh patutlah ramai jer lelaki kat bawah tu,tapi kenapa Farif nak diorang jaga kita "tanya Tengku Faiq pelik

"Entah la ,Yang tu abang Farif tak bagitau pulak kenapa "ujar Tengku Merdhina

"Ouh yer. Ker takpelah nanti abang tanya dia"

"okay abang ,dah sekarang ni abang pergi mandi bersihkan diri dulu"ujar Tengku Merdhina kepada suaminya

"Okay sayang "sambil dia mencium pipi mulus isterinya itu dan mengenyit kan mata

"ngada -ngada "ujar Tengku Merdhina apabila suaminya membuat aksi nakal

Tawa kecil di mulut Tengku Faiq meletus jua ...dia terus sahaja mendapat tuala nya dan masuk ke dalam bilik air

Pada malam malam itu ...Tengku Faiq mula bertanya kepada Tengku Farif mengapa dia mengupah bodyguard untuk menjaga mereka sekeluarga

"Farif ,kenapa kau nak pasang bodyguard bagai ni ,ada masalah ke"tanya Tengku Faiq

"Kita cakap berdua kejap lagi "bisik Tengku Farif ke telinga Tengku Faiq tidak mahu adiknya mengetahui hal yang sedang berlaku ketika ini

Tengku Faiq terus sahaja mendiamkan diri apabila dibisikkan sebegitu

Untung sahaja Tengku Merdhina tidak perasan akan perbincangan mereka tadi kerana asyik dengan makanan nya..

Tengku Faiq dan Tengku Farif berbincang di dalam bilik kerja untuk mengelakkan daripada Tengku Merdhina terdengar perbualan mereka..

Tengku Faiq sudah berpesan kepada isterinya untuk menunggu dirinya didalam bilik sahaja..

Dia dalam bilik kerja

Mereka berdua melabuhkan punggung di atas sofa di dalam bilik kerja itu..

"Kenapa ni"tanya Tengku Faiq

"Tadi ada polis datang jumpa aku , diorang dah bagitau aku kronologi kes pembunuhan mommy dan Daddy"ujar Tengku Farif

"Apa diorang bagitau"tanya Tengku Faiq

"Diorang cakap ada beberapa orang di bawah pemantauan mereka tapi diorang tak boleh bagitau lagi sape dan diorang jugak pesan untuk kita berhati-hati mungkin kita sasaran seterusnya"terang Tengku Farif selepas itu dia meraup wajahnya menggunakan tangan

"Kalau aku tahu ni semua kerja sapa memang cari mati la"ujar Tengku Faiq sambil dia meraup wajahnya..

Dia agak risaukan keselamatan isterinya ketika itu ...

"Macamana dengan Merina "tanya Tengku Faiq yang teringatkan kakak iparnya itu...

"Merina aku dah settle kan ,aku dah suruh Zakwan upah bodyguard , everything dah settle "ujar Tengku Farif

Bersambung

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience