Bab 27-Kena tangkap

Romance Series 23432

Setelah hampir 2 bulan polis melakukan siasatan untuk kes pembunuhan Dato' Fadhil dan Datin Fatima akhirnya mereka berjaya mengumpulkan bukti -bukti untuk mensabitkan orang yang berada di bawah pemantauan mereka sejak kes pembunuhan itu dibuka lagi

Insp Rafa dan beberapa orang nya bergegas keluar dari balai polis untuk membuat penangkapan ke atas pembunuh yang membunuh Dato' Fadhil dan Datin Fatima ,orang itu adalah bekas menantu mereka sendiri Dayang bersama seorang lagi lelaki ahli perniagaan yang bernama Adrian atau lebih tepat lagi teman lelakinya ..

Insp Rafa juga telah memaklumkan perkara tersebut kepada Tengku Farif dan Tengku Faiq,mereka sekeluarga selama lebih kurang 2 bulan ini masih berada di bawah perlindungan bodyguard upahan ..... untuk melindungi mereka sekeluarga

Kereta yang dinaiki oleh Insp Rafa diikuti oleh beberapa kereta peronda lain dari arah belakang...

Selang 30 minit ....Insp Rafa telah tiba di kondominium mewah milik Adrian ...
Mereka segera mengambil langkah menuju ke pintu masuk kondominium itu.... Pintu diketuk bertalu-talu oleh Insp Rafa.

Selang beberapa saat pintu dikuak...sekujur tubuh ramping sudah ada di muka pintu...wajah yang amat dikehendaki oleh Insp Rafa pada ketika itu iaitu suspek utama kes ini Dayang...

"Awak semua ni siapa memekak jer ketuk pintu kondo orang pagi -pagi buta ni dah kenapa "marah Dayang apabila lenanya diganggu sebegini tambahan lagi lelaki -lelaki yang berada di depannya itu langsung tidak dikenalinya

"Cik Dayang ,saya Insp Rafa "ujar Insp Rafa kepada Dayang

Ternganga Dayang selepas itu,matanya yang masih mengantuk terus sahaja hilang dengan serta merta apabila mengetahui siapakah lelaki di depannya

"Insp ?"tanya Dayang sedikit gugup , mukanya sudah mula naik pucat

"Ye betul ,saya Insp Rafa dari PDRM ,Cik Dayang awak ditahan di atas pertuduhan membunuh bekas Mertua awak beserta pemandu nya pada 2 bulan yang lepas ,ini waran tangkap sila ikut kami ke balai sekarang juga "ujar Insp Rafa kepada Dayang

Dayang sudah hampir rebah di situ... adakah semuanya akan berakhir di sini ...Dia kembali memandang Pegawai polisi itu...

Insp Rafa mengarahkan orangnya untuk menggari tangan Dayang , manakala dia dan beberapa orang nya yang lain menyerbu ke dalam rumah untuk menangkap seorang lagi suspek iaitu Adrian teman lelaki kepada Dayang...

Namun kelibat Adrian langsung tidak kelihatan di dalam kondominium mewah itu.....

Insp Rafa keluar semula dari kondo itu menuju ke arah Dayang yang sudah digari yang berada di bawah pantauan Detective Adlan

"Mana Adrian "tanya Insp Rafa kepada Dayang

Dayang tidak mahu membuka mulutnya,dia hanya berdiam diri tanpa sikit pun memandang ke arah Insp Rafa...

Melihatkan Dayang tidak mahu memberikan kerjasama Insp Rafa menghela nafas dengan penuh kesal

Selepas itu dia mengarahkan orangnya untuk membawa Dayang ke balai polis terlebih dahulu sementara dirinya dan beberapa orangnya yang lain untuk follow dia ke syarikat milik Adrian...

"Detective Jay awak bawak dia balik balai dulu ,yang lain ikut saya"arah Insp Rafa

Sambil dia sudah mula meninggalkan kondominium mewah itu dan menaiki keretanya diiringi oleh beberapa detective yang lain

Di rumah banglo 3 tingkat milik keluarga Tengku Merdhina dapat disaksikan suasana yang cukup suram..

Tengku Farif duduk di atas sofa di ruang tamu rumah banglo itu...bersama dengan Tengku Farif dan Tengku Merdhina.. masing-masing hilang kata-kata apabila dalang disebalik pembunuhan ibubapanya berpunca daripada dendam bekas menantu mereka sendiri malah bersama dengan Adrian skandalnya

Setelah lama berdiam Tengku Merdhina mula bersuara

"Tak sangka sebab dendam ,nyawa mommy dan Daddy tergadai"ujar Tengku Merdhina menahan sebak

Melihatkan keadaan itu Tengku Faiq terus sahaja memeluk isterinya untuk menenangkan wanita itu.

"Sudah la sayang jangan nangis "ujar Tengku Faiq lembut kepada isterinya

"Betul tu dik ,benda dah jadi yang penting sekarang pembunuh tu akan dapat pembalasan nya "ujar Tengku Farif menahan geram

Tidak lama selepas itu pintu utama rumah banglo itu dikuak ...

Tengku Merina dan Dr Zakwan sudah tercegat di muka pintu...bersama anak lelakinya

Tengku Merina terus sahaja melangkahkan kaki menuju ke arah mereka yang berada di ruang tamu

Tengku Merina memeluk adik lelakinya Tengku Farid sedang air mata sudah membasahi pipi...

Tengku Farid mengusap lembut belakang kakaknya...sudah pasti emosi wanita ini sekarang sangat mudah tersentuh kerana dia sedang hamil 3 bulan...

Dr Zakwan mula melabuhkan punggung di sebelah isterinya selepas berjabat tangan dengan Tengku Farif

"Sudah la tu sayang jangan sedih sangat ingat anak dalam perut tu"ujar Dr Zakwan lembut

"Mama janganla nangis nanti adik dekat dalam perut mama pun akan nangis "celoteh anak sulong Tengku Merina sangat mencuit hati sehingga kan tawa meletus di mulut mereka

Tengku Merdhina mendapat kan anak buahnya dan diletakkan di dalam pangkuannya ..pipi anak itu diciumnya berulang kali

Esakan mereka mula terhenti apabila terdengar bunyi deringan telefon rumah

Tengku Farif segera melepaskan tangannya dari memeeluk kakaknya dan dia bingkas bangun ke arah telefon rumah..

Panggilan dijawab ..... kedengaran suara Insp Rafa dihujung talian...

"Tengku Farif"sapa Insp Rafa

"Yer saya Insp macamana ,dah dapat tangkap mereka berdua"tanya Tengku Farif

"Dayang kami sudah berjaya tahan tetapi tidak dengan Adrian ..dia berjaya larikan diri semasa kami tiba di pejabatnya sebentar tadi dan tujuan saya menelefon Tengku ni untuk memberi pesanan untuk Tengku sekeluarga lebih berhati-hati selepas ini mungkin Adrian akan melakukan perkara yang di luar jangkaan kita lepasni saya harap Tengku dapat berhati hati"ujar Insp Rafa panjang lebar

"Baiklah kalauac tu kalau ada apa -apa perkembangan terkini tolong maklumkan kepada saya "ujar Tengku Farif

"Baiklah Tengku "

Panggilan telefon dimatikan dan Tengku Farif menghela nafas kesal sambil dia menatap ahli keluarganya yang lain

Mereka saling berpandangan sehinggalah Tengku Farif melabuhkan semula punggungnya di atas sofa ... perlahan -lahan dia mula membuka mulut

"Adrian terlepas"itu sahaja yang dia ungkapkan

"Hah macamana boleh terlepas"tanya Tengku Faiq tidak percaya

"Entahlah aku dia berjaya larikan diri masa polis cuba nak tahan dia tadi"jawab Tengku Farif

"Habis tu macamana sekarang ni"tanya Tengku Merdhina

"Insp Rafa minta kita untuk lebih berhati-hati lepas ni"teranh Tengku Farif

Mereka sekeluarga saling berpandangan antara satu sama lain

Tengku Merdhina kembali menyandarkan tubuhnya ke belakang sofa...dia sekarang sudah tidak tentu arah apabila pembunuh mommy dan Daddy nya berjaya lepaskan diri

"Abang nak pergi jumpa Dayang dekat lokap "ujar Tengku Farif

Mereka yang berada di situ terus sahaja menatap ke arah Tengku Farif ...mereka pasti tentu Tengku Farif sedang marah ketika ini...bekas isterinya menjadi punca dia kehilangan orang tersayang

"Abang nak buat apa pergi jumpa dia "tanya Tengku Merdhina perlukan kepastian

"abang nak tengok dia sengsara "ujar Tengku Farif,dia akan melakukan apa sahaja untuk pastikan kematian mommy dan daddy nya terbela

"Aku teman kau Farif,"ujar Tengku Faiq

"Okay esok kita pergi "ujar Tengku Farif membenarkan adik iparnya itu mengikut nya esok, sebagai peneman takut dia hilang kawalan esok

Mereka hanya menggangguk kan kepala ...hanya Tengku Farif dan Tengku Faiq sahaja akan pergi ke lokap pada esok hari...

Tengku Merina dan Tengku Merdhina masih belum bersedia untuk bersemuka dengan pembunuh mommy dan daddy nya

Sakit itu masih terasa ... kehilangan orang yang kita sayang sangat perih rasanya...Tengku Merdhina mula mengimbau kembali nasihat-nasihat mommynya sebelum terlibat dengan kemalangan...

Nasihat itu akan tersemat di hatinya untuk Selama-lama nya

Mereka sekeluarga masih lagi di bawah jagaan pengawal peribadi yang diupah sejak 2 bulan yang lalu untuk melindungi mereka sekeluarga

Terasa lebih selamat dengan jagaan mereka yang tersangat profesional

Bersambung

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience