Bab 7-Syarat

Romance Series 23385

Kereta range rover milik Faiq mula memasuki perkarangan rumah banglo milik Dato' Fadhil.Dia memarkir kan keretanya di satu sudut rumah itu.

Enjin kereta dimatikan dan dia mula keluar dari perut kereta.Kaki nya mula melangkah menghampiri pintu masuk banglo itu.Loceng rumah ditekannya,tidak lama selepas itu pembantu rumah membukakan pintu dan mempersilakan Faiq untuk masuk ke dalam

"Assalamualaikum bik"ucap Faiq sebaik sahaja pintu dibuka

"Waalaikumussalam Tuan Faiq ,tuan masuklah Dato' dan Datin dah tunggu di ruang tamu"

"terima kasih bik saya masuk dulu"pinta Faiq sambil dia tersenyum sebagai tanda hormat kepada pembantu rumah itu

Faiq terus berlalu masuk ke dalam rumah banglo itu dan mula mencari kelibat ramai orang sehingga matanya tumpu ke arah satu sudut di mana orang ramai berkumpul.Dia melangkahkan kaki menghampiri mereka semua dan memberikan salam

"Assalamualaikum"ucap Faiq

"Waalaikumussalam "jawab Dato' Fadhil sambil tersenyum lebar ke arah pemuda itu

Datin dan Farif turut senyum di bibir tapi tidak dengan Dayang isteri Farif dia hanya menunjukkan mimik muka mengjengkelkan entah apa yang tidak dipuashatinya

"Faiq duduklah nanti maklong panggil Merdhina di bilik"

Sambil mengangguk Faiq melabuhkan punggungnya di salah satu sofa yang masih kosong.

Datin sudah berlalu menaiki anak tangga untuk mendapatkan anak perempuan nya yang berada di bilik

Pintu bilik Merdhina Adelia diketuknya ,tidak lama selepas itu wajah cantik berseri Merdhina Adelia sudah ada di depan pintu.

Merdhina sudah yakin dengan jawapannya yang telah dia berikan,namun perasaan gusar tetap terpendam di hati.

"haa Dhina jom turun ,Faiq dah sampai "ajak Puan Fatima

"jom mommy "

Mereka berdua berjalan beriringan menuruni anak tangga.Dari jauh mata Merdhina tidak lekang dari memandang ke arah Faiq yang rancak berbual-bual dengan wali -walinya.

Faiq mula menyedari kehadirannya yang sedang menuruni anak tangga sekaligus mereka bertentangan mata.Faiq mengukirkan senyuman ke arah Merdhina membuat hati Merdhina semakin cair

Tanpa di sedari kini dia telahpun melabuhkan punggungnya di sofa bersebelahan dengan Faiq.Mereka berdua berbalas senyuman.

Dato' Fadhil mula bersuara

"haa Merdhina cakaplah apa syarat kamu"pinta Dato' Fadhil

Merdhina menarik nafas panjang dan hatinya membaca Bismillah

"okay ,Dhina Ada dua syarat jer"

Faiq tekun mendengar bicara dari Merdhina

"Syarat yang pertama Dhina nak sambung belajar dan syarat yang kedua lepas habis belajar Dhina nak kerja Dhina takknak jadi suri rumah sepenuh masa"terang Merdhina

"Baik abang Faiq setuju dengan kemahuan Merdhina "ujar Faiq

Mereka yang lain hanya menggangguk kan kepala sungguh mereka mengetahui impian Merdhina untuk menjadi wanita yang bekerjaya walaupun dia hidup dalam keadaan serba mewah

Merdhina Adelia menarik nafas lega apabila syarat -syarat nya diterima baik oleh Faiq.Sekali lagi dia bersuara menanyakan Faiq ,adakah Faiq pun ada syarat -syarat nya.

"abang Faiq macamana ada tak syarat"

"abang takde apa-apa syarat cukuplah Merdhina mengizinkan abang untuk mencintai Merdhina hingga ke akhir hayat abang"

Terkedu Merdhina ketika itu,hatinya semakin cair dengan setiap bicara Faiq bakal suaminya itu.

Dato' Fadhil sekali lagi bersuara

"kalau dah masing masing mencapai kata sepakat ,kita dah boleh buat persiapan untuk majlisnya nanti"
"bukan ke majlisnya akhir tahun ni daddy"tanya Merdhina seakan terkejut.

"Memang la tapi sekarang dah bulan 10 dah tak lama la tu"

Merdhina hanya mendiamkan diri dan Faiq terbelah kecil dengan mimik muka Merdhina itu.Hatinya teras lebih tenang ketika ini.Merdhina Adelia bakal menjadi permaisuri hatinya tidak lama lagi

Jam sudah menunjukkan pukul 10:30 malam,Faiq meminta izin untuk pulang ke rumahnya kerana sudah terlalu malam dan tubuhnya juga sudah kepenatan.

"Paklong ,Faiq balik dulu dah lewat ni"pinta Faiq

"Yer lah ,elok -elok bawak kereta"

Faiq bingkas bangun dari sofa dan menyalami tangan bapa saudaranya itu.Merdhina turut berdiri untuk mengiringi Faiq hingga ke pintu setelah mommy nya memberi isyarat tangan.

Faiq hanya tersenyum dan membiarkan sahaja Merdhina mengekori nya hingga ke pintu.Sebaik sahaja sampai ke pintu sempat Faiq memesan kepada Merdhina untuk mimpikan dia.

Merdhina hanya mengjenggilkan matanya ke arah Faiq , tambah pula dengan mukanya yang merona merah.Melihat muka Merdhina yang kemerahan Faiq sekali lagi menyakat

"blushing nyer pipi dia tu malu ke sayang"sakat Faiq

"ehh ehh mana ada Dhina malu ada-ada jer abang Faiq ni"

"Yer lah sayang,Dhina tak kisah kan kalau abang panggil Dhina sayang"

'tak kisah itu hak abang lagipun tak lama lagi seluruh jiwa dan raga Dhina akan jadi milik abang hingga ke Jannah insyaallah"ujar Merdhina tanpa takberselindung

"terima kasih sayang ,abang pergi dulu"

"okay , hati-hati"

Faiq terus berlalu dengan senyuman tidak lekang di bibirnya

Tanpa mereka sedari ,Dayang sudah pun jadi pemerhati mereka dari tadi

Dayang mengetap bibir menahan marah... meluat dia dibuatnya..

Sepanjang perjalanan balik ke rumah , hati Faiq berkembangan bunga.Sungguh dia gembira tidak terkata ucapan Merdhina sebentar tadi masih terngiang-ngiang di benak fikiran nya


"tak kisah itu hak abang lagipun tak lama lagi seluruh jiwa dan raga Dhina akan jadi milik abang hingga ke Jannah insyaallah"ujar Merdhina

Setiap kali dia teringat akan kata-kata itu bibirnya akan tersenyum sampai ke telinga

Setibanya di rumah dia terus masuk ke biliknya dan membersih diri untuk menunaikan solat Isyak tetap dia tunaikan walaupun sudah agak lewat.....

Seusai solat Isyak dia membaringkan tubuhnya di atas katil empuk miliknya sambil fikiran nya menerawang ke kayangan matanya sudah terpejam dan dia hanyut dalam mimpi indah

bersambung

terima kasih kepada para pembaca yang budiman yang sudi baca novel ini harap anda semua suka dan tinggalah komennya di ruangan di bawah okay love you all

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience