Bab 2 -imbas kembali

Romance Series 23432

~~imbas kembali 10 tahun yang lepas~~

"Abang Faiq jangan la kacau Dhina nak buat kerja ni , pergilah main jauh"

"mana ada abang kacau Dhina abang nak tolong Dhina buat kerja la"

"ye lah tu" sindir Merdhina sambil menarik muncung mulut

Berdekah Faiq ketawa melihat muka Merdhina yang menarik muncung itu . Sungguh cantik Merdhina walaupun baru berusia 8 tahun .Merdhina tampak lebih matang dari usia sebenarnya .Benda itu jugalah yang telah menawan hatinya

Lamunan Faiq mula terhenti apabila keretanya kini sudah memasuki kawasan perkarangan rumah Paklongnya

Dia mula memarkirkan keretanya di satu sudut rumah banglo itu.Selepas enjin kereta dimatikan dia mula keluar dari perut kereta

Kedatangan dia di rumah itu disambut ceria oleh Paklong dan Maklongnya yang berada di hadapan pintu menunggu kedatangannya

Faiq menguntum kan senyuman manis di bibirnya dan menyalami tangan bapa dan ibu saudaranya itu

"Assalamualaikum ,Paklong ,maklong"ucap Faiq

"Waalaikumussalam ,sampai pun kamu akhirnya" balas Dato' Fadhil dengan nada ceria menyambut kedatangan jejaka itu

"Dah jom masuk"pelawa Datin Fatima

"okay jom "

Mereka bertiga beriringan masuk ke dalam banglo itu dengan wajah yang manis dipamerkan.

Majlis itu hanya diraikan bersama keluarga sahaja dan sepupu rapat sahaja kerana Merdhina Adelia tidak menyukai untuk berhadapan dengan ramai orang pada hari bahagianya.Cukuplah keluarga setia di sisi nya

Sementara itu , Tengku Merdhina Adelia sedang sibuk mempersiapkan dirinya sebelum dia turun ke bawah untuk memulakan Majlis.Merdhina Adelia mengenakan dress moden yang berwarna putih dan tudung bawal yang sama warna dengan dressnya .Dia kelihatan seperti bidadari dunia yang tidak tertanding cantiknya .

Dia mula menuruni anak tangga rumahnya menuju ke tempat orang berkumpul.

Faiq yang dari tadi sibuk bersembang terus tertumpu ke arah Merdhina Adelia dengan senyuman mula dia ukirkandi bibir.Perasaan ketika itu amat sukar untuk dia gambarkan,keterujaan untuk bertentang mata dengan Merdhina Adelia sekali lagi mencengkam diri dek kerana sudah terlalu lama mereka tidak bersua muka.

Tengku Merdhina Adelia juga tidak kurangnya matanya memerhati Faiq Danial dari jauh.Dia mengakui akan rupa paras sepupunya itu yang memang sedap mata memandang.Orangnya pun berbudi bahasa menghormati orang tua dan juga mempunyai kerjaya yang tetap dalam hidup apa lagi yang diperlukan.

Lamunan Tengku Merdhina Adelia terhenti serta merta apabila matanya dan Faiq mula bertaut .Dia segera melarikan pandangannya ke arah lain.Sungguh dia malu dengan kejadian itu.

Jamuan Hari Jadi Tengku Merdhina Adelia berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancangkan.

Makanan -makanan lazat tersusun cantik di meja makan.Pelbgai hidangan disediakan oleh Tuan Rumah tidak terkecuali pulut kuning air tangan Datin Fatima itu sendiri.Makanan -makanan itu kelihatan sungguh lazat

Pelbagai telatah ditunjukkan oleh para tetamu yang hadir di dalam jamuan itu.Mereka sibuk bersembang tentang pelbagai cerita

Tengku Merdhina Adelia terlihat sedang sibuk mengelamun di satu sudut rumah perkara itu disedari oleh Faiq yang ketika itu ingin mengambil makanan

Faiq segera menghampiri Merdhina Adelia dan menyapanya

"hai Dhina buat apa sorang -sorang dekat sini"tanya Faiq

"eh bang Faiq bila datang sini"

"haa tu la mengelamun lagi abang datang pun Dhina boleh tak perasan

"ala sorry lah bang"

"takpe ,abang faham"

"dah la jom kita masuk tak elok berdua dekat sini"

"jom "

Ketika tetamu yang lain sudah beredar pulang tetapi tidak dengan Faiq.Dato Fadhil bapa saudaranya meminta dia untuk tidur di situ pada malam ini memandangkan sudah terlalu lama Faiq tidak datang menjenguk mereka dek kerana terlalu sibuk.

Faiq hanya mampu bersetuju kerana kebenaran kata-kata bapa saudaranya itu. Memang sudah terlalu lama dia tidak menjenguk orang tua itu dek kerana sibuk dengan urusan syarikat.

"haa Faiq baguslah kamu tu setuju menginap dekat sini satu malam bolehlah kita borak -borak kan"getus Dato' Fadhil

"Ye lah Paklong sekali sekala saya pun memang dah lama sangat tak jenguk paklong ,maklong "

"ouh Faiq nanti aku bagi kau pinjam baju aku ,aku tahu mesti kau tak bawak baju kan"seloroh Farif dalam kebenaran

"thanks bro"

"welcome "

Merdhina Adelia baru sahaja selesai urusan dia menolong di dapur .Dia mula menghampiri ahli keluarganya yang sedang rancak berbual-bual dengan Faiq.

Dia melabuhkan punggungnya di sofa bersebelahan abangnya Farif .

"haa Dhina dah siap ke kemas dapur"tanya Dato' Fadhil

"Dah papa baru jer"

"haa kamu pun nampak penattu pergilah naik ke bilik kamu mandi dulu"

"okay papa "

Mata Faiq dari tadi lagi melirik ke arah Merdhina , sungguh cantik gadis itu dengan dress yang dipakainya dan tudung bawal manis tersarung menutupi auratnya.

Merdhina Adelia terus bangun dari sofa dan menaiki anak tangga,dia hanya tersenyum sendirian apabila mengetahui Faiq akan tidur di situ

"haa Faiq pembantu rumah paklong dah suruh dia kemas bilik kamu ,nanti kamu naik lah yer"

"terima kasih Paklong"ucap Faiq lemah lembut

"Faiq paklong nak cakap sikit boleh tak pasal kamu dan Merdhina,kami setuju tak kalau...

bersambung

tq sudi baca jangan lupa comment dan bagi coins kalau boleh love you all

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience