Bab 24 -kes

Romance Series 23385

Setelah 4 hari berbulan madu di Bali,Tengku Faiq dan Tengku Merdhina akhirnya pulang ke tanah air untuk meneruskan kehidupan seperti biasa...

Tengku Merdhina sudah mula sambung belajar di universiti pilihan nya ...dia hanya akan ulang alik setiap hari kerana jarak antara universiti dan rumahnya tidak terlalu jauh ..

Buat masa ni dia dan suaminya Tengku Faiq masih lagi tinggal di rumah banglo peninggalan mommy dan Daddynya bersama abangnya Tengku Farif..manakala Tengku Merina sudah mula tinggal di rumahnya sendiri bersama suaminya Dr Zakwan..

Pada ketika itu , kelihatan Tengku Faiq sedang sibuk menguruskan segala urusan syarikat yang ditinggalkan beberapa hari yang lalu kerana honeymoon bersama dengan isterinya di luar negara...

Jam sudah menunjukkan pukul 12 tengah hari ,baru sahaja dia selesai menyemak dokumen syarikat miliknya namun setiausaha sementara itu mengetuk pintu pejabatnya .... setiausaha nya sebelum ini masih lagi bercuti bersalin ...mungkin lagi 3 minggu dia kembali bertugas oleh sebab itu Tengku Faiq menggunakan khidmat setiausaha peribadi untuk sementara waktu ini..

Setiausaha sementara itu memberitahu kepada nya bahawa ada pihak polis ingin berjumpa dengannya

"Boss ,"panggil Uyaina pembantu peribadi Tengku Faiq

"Yer ada apa "

"Ada beberapa pihak polis nak jumpa boss , katanya mustahak"terang Uyaina kepada bossnya itu

Tengku Faiq menghentikan kerjanya buat seketika...di benak fikirannya mungkin ini berkenaan dengan kes pembunuhan mertuanya

"Baiklah awak benar kan dia masuk sekarang "arah Tengku Faiq kepada setiausaha peribadi nya itu

"Baik boss ,saya keluar dulu"

Uyaina melangkah kan kaki keluar dari pejabat bossnya itu untuk memaklumkan kepada pihak polis bahawa mereka sudah dibenarkan masuk

Setibanya di hadapan pihak polis dia langsung membenarkan pihak polis itu masuk ke dalam pejabat Tengku Faiq iaitu Boss nya

"Tuan boleh masuk sekarang"ujar Uyaina mesra

Dua orang pegawai polis yang agak muda tadi hanya mengangguk kan kepala sebelum kaki dihayun masuk ke dalam pejabat Tengku Faiq

Pintu bilik pejabat dikuak ,Tengku Faiq Danial mempersilakan kedua pegawai polis muda itu untuk duduk di sofa dalam pejabatnya itu

"Sila duduk Tuan "sambil dia berdiri dari atas kerusi nya menuju ke arah sofa

"Terima Kasih Tengku "

"Ada apa Tuan nak jumpa saya ni ,Tuan dah dapat ke sapa yang bunuh mertua saya tu"tanya Tengku Faiq sudah tidak sabar

"Untuk pengetahuan Tengku pihak kami masih lagi sedang melakukan siasatan untuk kes itu ,tujuan kami datang sini kami nak tanya Tengku beberapa soalan ,bolehkan Tengku "Terang salah seorang pegawai polis itu

"Baiklah Tuan boleh tanya apa saja soalan saya akan cuba jawab "

"Terima Kasih Tengku atas kerjasama,soalan pertama saya. ,Boleh saya tahu keluarga mertua Tengku ada musuh tak ,pernah buat orang tersinggung tak ?"tanya Insp Rafa

"Saya tak rasa Mertua saya ni ada musuh sebab mereka ni seorang yang sangat prihatin tak mungkin mereka bermusuh dengan sesiapa "Terang Tengku Faiq

"Tengku Agak -agak la kan mungkin tak ada rakan niaga yang tak puas hati dengan perniagaan Mertua Tengku yang sentiasa berkembang"tanya Insp Rafa sekali lagi

"Yang itu saya tak berapa pasti kalau Tuan nak jawapan yang lebih tepat saya cadangkan Tuan tanya anak lelakinya Tengku Farif Kerna dia yang selalu menguruskan syarikat itu mungkin dia ada beberapa maklumat"jelas Tengku Faiq

"Baiklah kalau macam tu ,kami minta diri dulu Terima Kasih kerana sudi meluangkan masa Tengku bersama kami"ucap Insp Rafa

"Sama -sama ,saya harap pihak polis dapat selesaikan kes ni secepat mungkin kematian Mertua saya perlu diadili dengan segera "tambah Tengku Faiq sebelum kedua pegawai polis itu berlalu pergi

Selepas pegawai polis itu berlalu ,dia menghubungi abang iparnya Tengku Farif untuk memaklumkan perkara tersebut

Selang beberapa saat kedengaran suara Tengku Farif di hujung talian

"Weh bro aku benda benda nak cakap dengan kau "ujat Tengku Faiq

"kau dah kenapa serius jer bunyi dia "tanya Tengku Farif

"Tadi ada polis Datang jumpa aku tanya pasal mommy dan daddy tapi aku tak berani nak cakap lebih la aku suruh diorang pergi jumpa kau untuk tahu lebih lanjut "terang Tengku Faiq.

"Ouh okay , nanti kalau diorang cari aku aku bagitau semua pasal mommy and daddy dekat diorang hopely kes ni cepat selesai dan pembunuh tu temui jalan yang sepatutnya dengan segala perbuatan dia"ujar Tengku Farif menahan sebak dan marah...dia bersimbah takkan maafkan pembunuh ibu bapanya

"Okay bro chaww lu ada kerja "ujar Tengku Faiq mengakhiri kata -kata nya

Talian Telefon dimatikan dan dia kembali menyambung kerja nya yang tergendala sebentar tadi ....

Sekali lagi deringan telefonnya berbunyi... tertera nama beloved wife di skrin telefon...dia sudah mengukirkan senyuman di bibir...

"Hello sayang ,ada apa call abang ni rindu ke tu"seloroh Tengku Faiq..

"Takdelah Dhina call ni sebab nak tanya abang nak makan apa malam ni Dhina nak masak "tanya Tengku Merdhina lembut kepada suaminya itu

"Ouh Ingatkan rindu titew ,"sedikit nada merajuk dia ajukan

"eleh tak payah nak mengada abang ,cakaplah nak makan apa Dhina kat pasar ni singgah kejap lepas abis kelas tadi"terang Tengku Merdhina

"Ermm abang rasa nak makan Kari ayam la sayang "ujar Tengku Faiq kepada isterinya itu

"ermm okay abang malam ni Dhina masakkan ,and btw abang ajakla Khalisa sekali boleh jer dia cuci mata sikit dengan abang Farif "seloroh Tengku Merdhina

"okay sayang nanti abang bagitau dia "

"okay bye take care abang"

"You to sayang love you"ujar Tengku Faiq romantik

Seperti yang telah diminta oleh Encik suami Pada maka malam ini dia telah menyediakan kari ayam dan beberapa lauk sampingan yang lain

Tengku Khalisa juga telah tiba di kediaman mereka .....

Di meja makan dapat dilihat suasana yang romantis buat pasangan pengantin baru itu... manakala Tengku Farif dan Tengku Khalisa hanya dapat jadi pemerhati sahaja keromantisan pengantin baru itu...

Mata Tengku Khalisa juga sering menatap wajah Tengku Farif yang sedang menjamu selera... sungguh kacak jejaka itu di matanya...

Tengku Farif jugak tidak kurang dari sentiasa memerhatikan setiap tindak tanduk gadis itu..yang pasti sentiasa mencuit hatinya. tapi buat masa ni dia belum bersedia untuk membukakan hatinya untuk menerima mana -mana wanita di dalam hidupnya

Seusai mereka makan malam ,mereka berkumpul di ruang tamu rumah Banglo itu...Tengku Merdhina meminta adik iparnya iaitu Tengku Khalisa untuk bermalam di situ pada malam tersebut Kerna hari sudah terlalu malam ..

Tengku Khalisa hanya bersetuju sahaja dengan kemahuan kakak iparnya itu

"Lisa kalau mengantuk naik la tidur dulu akak dah suruh pembantu rumah siapkan bilik untuk Lisa "ujar Tengku Merdhina walaupun dia lebih muda dari Khalisa namun dia perlu membahasakan dirinya sebagai kakak Kerna dia sekarang sudah menjadi kakak ipar kepada gadis itu

"Takpelah kak ,Lisa tak ngantuk lagi "ujar Tengku Khalisa..

"Yer Ker tak ngantuk ,ke nak cuci mata dulu malam ni"sempat Tengku Faiq mengusik adiknya itu

Wajah Tengku Khalisa merona merah menahan malu mahu sahaja dia mencubit abangnya itu tambah malu lagi apabila dia dan Tengku Farif bertaut pandangan sebentar tadi dengan cepat dia meminta diri untuk naik ke bilik... semakin lama makin parah abangnya akan mengusik nanti..haish kesian nak cuci mata lama sikit pun tak boleh

"Sweet dream adikku sayang"sempat Tengku Faiq mengusik adiknya yang sudah menaiki anak tangga

Kini giliran Tengku Farif pula dia mahu membaham namun jejaka itu terselamat apabila Qhaleira menjerit memanggil nama papa nya untuk menidurkan kannya

Tengku Farif laju sahaja mendapat kan anak sulungnya itu ,diangkat gadis itu ke dalam pangkuan nya sebelum dia membawa kanak-kanak itu masuk ke dalam bilik untuk ditidurkan

Kini di ruang tamu itu hanya tinggal Pasangan suami isteri itu sahaja yang masih sedang galak menonton televisyen

Bersambung

Sorry guys kalau ada typo nanti sis betulkan balik

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience