Bab 31:Masa yang berlalu

Romance Series 23385

3 tahun kemudian .......

Kini sudah lebih 3 tahun Tengku Merdhina dan Tengku Faiq mendirikan rumah tangga namun mereka masih lagi hidup berdua masih belum dikurniakan zuriat sedangkan Tengku Farif dan Tengku Khalisa sudah mempunyai anak sendiri...

Tengku Merdhina sedang duduk di atas katil memangku lututnya....rambut nya diuraikan begitu saja....Mood nya agak tidak stabil sejak balik reunion bersama kawan -kawan lamanya

Tidak dapat dia nafikan. air matanya sedang menitis pada ketika ini ...namun cepat-cepat dia sapu menggunakan tangan apabila pintu biliknya dikuak

Pintu biliknya dikuak..... suaminya Tengku Faiq berjalan menuju ke arahnya yang berada di atas katil....

Melihatkan suaminya sudah pun berada di hadapannya.. sambil merenung ke arahnya dengan senyuman yang amat manis ...dia menyalami tangan suaminya itu..

"Bila abang balik"tanya Tengku Merdhina

"Abang baru jer sampai ,masuk bilik tengok sayang duduk atas katil macam ni kenapa ada masalah ke sayang "tanya Tengku Faiq kepada isterinya yang sedang melonggarkan tali leher baju kemejanya...

"Takdelah ,Sayang cuma tengah fikir ,"ujar Tengku Merdhina kepada suaminya

"Sayang fikir apa "tanya Tengku Faiq kepada isterinya...

"Tengah fikir la abang ,kita dah 3 tahun kawin tapi takde anak lagi...Sayang pun dah setahun lebih habis belajar ,bila Allah dan bagi kita anak "luah Tengku Merdhina...dia berasa sangat sedih sepanjang perkahwinan mereka yang belum dikurniakan cahaya mata

Tengku Faiq menarik tangan isterinya duduk di atas ribanya yang sudah dilabuhkan di atas katil

"Sayang dengar sini ,sebaik -baik perancangan adalah perancangan Allah sayang,jangan pernah nak pertikai kan apa yang Allah dah tetapkan untuk kita"ujar Tengku Faiq kepada isterinya ..pipi isterinya ditampar manja

"Abang tak kisah ke kalau kita tak dikurniakan zuriat lagi"tanya Tengku Merdhina kepada suaminya

"Abang tak kisah Sayang ,abang akan tunggu ,bila dah tiba masanya nanti insyaallah ada rezeki kita untuk ada zuriat sendiri"ujar Tengku Faiq

"Terima Kasih Abang ,Sayang minta maaf sebab tak bagi abang zuariat lagi"ujar Tengku Merdhina memeluk tengkuk Suaminya

"Tak perlu minta maaf dekat abang,bukan salah sayang pun ini semua ujian untuk kita"ujar Tengku Faiq cuba untuk menenangkan fikiran isterinya..

"Bang kalau tahun ni sayang still tak mengandung ...Sayang Izinkan abang untuk kawin lain.."ujar Tengku Merdhina jauh di dalam sudut hatinya ..... walaupun dia tak rela.

Tengku Merdhina mengemam senyuman di bibirnya...

"Dah jom kita solat dulu"ajak Tengku Faiq selepas meleraikan pelukan antara mereka berdua..

"Okay...Abang pergi la mandi dulu"ujar Tengku Merdhina kepada suaminya

"Sayang takknak mandi sekali dengan abang ke"usik Tengku Faiq sambil menanggalkan butang baju kemejanya. ..

"Taknak abang pergi la mandi dulu "ujar Tengku Merdhina kepada suaminya itu

"Yer ke Sayang"usik Tengku Faiq sekali lagi..sambil cuba merapati isterinya.

Tengku Merdhina mengundur ke belakang tapi kakinya hampir tersadung dan menyebabkan suaminya merangkul pinggangnya...dan tanpa rela tubuhnya sudah dicempung masuk ke dalam bilik air ....dia pasrah kerana bersuami kan lelaki ini . .

Selesai menunaikan solat maghrib ....Tengku Faiq menadah kan tangan untuk berdoa kepada Allah SWT. ..

' Ya Allah sesungguhnya aku hanya mampu berdoa dan menunggu untuk mendapatkan zuriat ku sendiri bersama isteri ku Ya Allah....Kau berikan kami Zuriat kami pada masa yang tepat Ya Allah sesungguhnya hamba yakin Engkaulah maha mengetahui segalanya Amin ...'pinta Tengku Faiq dalam doanya

Selepas itu...Tengku Merdhina menyalami tangan suaminya..dan mula menanggalkan Telekungnya

Sejadah nya dan sejadah suaminya dilipat bersama-sama dalam satu lipatan dan diletakkan di atas Rak bersama Telekungnya....

"Sayang ,jom turun makan "ajak Tengku Faiq apabila menerima Messenger daripada Tengku Farif ya g meminta nya turun ke bawah

"Okay ,Jom abang"ujar Tengku Merdhina sambil meraih tangan suaminya. ...

Mereka berdua keluar dari bilik dan menuruni anak tangga menuju ke arah meja mak

Setibanya di meja makan ....mereka duduk secara bersebelahan....

Makanan yang berada di dalam pinggan Tengku Merdhina agak tidak terusik...Dia langsung tiada mood untuk makan....

Mood nya menjadi tidak teratur sejak bertemu dengan kawan-kawan lamanya di sekolah dulu....

Masing-masing sudah mempunyai anak -anak.. tapi tidak dengannya.....kata -kata salah seorang daripada mereka sangat mengguris hatinya.

'Dhina you mandul ke"kata -kata itu sangat melukakan hatinya. ...ramai yang menganggap dirinya mandul kerana masih lagi tiada anak walaupun sudah 3 tahun lebih berkahwin

Hakikatnya dia langsung tiada masalah itu bahkan suaminya juga ..mereka telah melakukan pemeriksaan kesihatan dan terbukti tiada apa-apa masalah pun dengan diri mereka....

Tengku Merdhina tersentak apabila tangannya dipegang oleh suaminya..

"Kenapa ni Sayang,kenapa tak makan "tanya Tengku Faiq apabila isterinya lebih menghabiskan masa dengan mengelamun di meja makan

"Hah,takde apa-apa lah,Sayang dah kenyang la abang,Sayang naik bilik dulu k"ujar Tengku Merdhina terus sahaja bingkas bangund ari atas kerusi

Tengku Faiq hanya mengangguk kan kepala...dia agak pelik dengan isterinya pada hari ni

"Faiq kenapa dengan Dhina tu "tanah Tengku Farif..dia juga perasan dengan tingkah adiknya sejak di meja makan

"Aku pun tak tahu.. bila aku balik tadi. ....dia dah takde mood "ujarnya

"Hah serius arhhn "ujar Tengku Farif

"Haa aaa...kau tengok aku macam tengah main -main ke"Perli Tengku Faiq kepada abang ipar nya itu

"relax aaaa ,dia datang bulan kut..."TebakTengku Farif

"Kepala hotak kau.. elok jer kitorang solat jemaah tadi. "ngomel Tengku Faiq

"ahhh lantak kau lah..."ujar Tengku Farif sudah malas dia mahu bertikam lidah...

Sesudah itu Tengku Faiq terus sahaja berlalu menaiki anak tangga untuk me menuju ke bilik... dia perlu melihat keadaan isterinya itu....

Pintu bilik dikuaknya secara perlahan-lahan....Kelibat isterinya kelihatan di satu sudut... iaitu di beranda bilik....

Dia berjalan ke arah isterinya tanpa memberi salam...

Tiba di belakang isterinya....dia merangkul pinggang ramping milik isterinya...

Membuatkan Tengku Merdhina terperanjat...Tengku Merdhina mengucap panjang dan mengurut dadanya untuk mengusir debaran di dada akibat terkejut

"Abang ni kan suka sangat terkejutkan saya "ngomel Tengku Merdhina sedang matanya masih merenung di luar beranda....

"Ala sayang ....abang gurau jer janganla marah..."ujar Tengku Faiq sambil meletakkan dagunya di atas bahu Tengku Merdhina yang masih membelakangi dirinya

"Yer lah ..lain kali jangan buat lagi ...."ujar Tengku Merdhina cuba untuk mendepani suaminya...dia cuba untuk senyum walaupun sangat pahit

"Okay Sayang, tapi kenapa ni kalau ada masalah cerita la dengan abang "ujar Tengku Faiq sambil memegang bahu isterinya....dia tahu jauh ke dalam mata isterinya terdapat seribu satu kegusaran yang melanda di jiwanya...

"Takdelah....abang Sayang nak cakap sikit boleh "tanya Tengku Merdhina kepada suaminya tangan suami nya diraih lembut

"apa dia Sayang cakaplah,i'm here to hear Averything Sayang just tell me what your problems"ujar Tengku Faiq

"Abang Macam mana kalau abang kawin lain ....cari perempuan yang boleh bagi abang zuriat"ujar Tengku Merdhina cuba menahan sebak di dada

Tengku Faiq agak tergamam dengan permintaan isterinya itu...dia tidak mungkin kawin lain semata untuk mendapatkan Zuriat....tak mungkin berlaku

"Sayang kenapa cakap macam ni ....tolong la abang tak suka Sayang cakap macam ni"marah Tengku Faiq

"Tapi Abang kita dah 3 tahun lebih kawin ....still tak dapat zuriat jugak ....Saya g kesiankan abang itu jer "ujar Tengku Merdhina seraya air mata sudah mula membasahi pipinya

"Noo Sayang,abang tak kisah....abang takkan kawin lagi....abang dah takknak dengar Sayang cakap pasal benda ni lagi Faham "ujar Tengku Faiq selepas itu dia melepaskan tangan isterinya menuju ke katil....

Dia membaringkan tubuhnya di atas katil... sementara isterinya baru melabuhkan punggungnya....Tengku Faiq tidur membelakangi isterinya tidak seperti selalu sebagai tanda protes....

Tengku Merdhina terus sahaja membaringkan tubuhnya.. tangannya mendakap tubuh suaminya walaupun suaminya tidur membelakangi dirinya...

"Abang ,Sayang minta maaf...Sayang janji dah takkan cakap macam ni"ujar Tengku Merdhina lirik

Tengku Faiq masih lagi membelakangi isterinya....dia mahu isterinya pujuk dengan lebih kuat....
Walaupun sebenarnya hatinya dah mula cair dan sejuk tapi kali ini dia perlu ego. .... sungguh dia marah apabila isterinya minta dia untuk berkahwin lain sedangkan mereka hidup bahagia walaupun tanpa kehadiran cahaya mata ..

Bersambung

Korang rasa apa masalh mereka

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience