BAB 6

Fanfiction Completed 5552

seorang lelaki berjalan sambil mulut terkumat kamit seperti mengira sesuatu. lelaki itu tidak lain tidak bukan ialah Min Yoongi. seperti kebiasaannya, dia akan mengira langkah dari pintu pagar sekolah hingga ke pintu pagar rumahnya.

dengan cara itu sahajalah dia dapat menghindari rasa sunyinya. yalah, dia bukan berkawan dengan sesiapa. namun, hari itu sedikit memberi tekanan pada Yoongi. hatinya benar benar tidak tenang saat ini. bagaikan ada perkara buruk yang akan berlaku.

" 303, 304, 30--"

kiraan Yoongi terhenti. bukan kerana kehadiran seseorang berkaca mata bingkai besar tetapi terhenti disebabkan bunyi bising yang datang dari satu arah. Yoongi tidak sedap hati lalu mengamati bunyi bising tersebut dan dia terfikir sesuatu.

" Omma! "

jika tadi Yoongi berjalan dengan perlahan, dia kini mengambil keputusan untuk terus berlari menuju ke rumahnya. pintu pagar ditolak kasar dan matanya terbuntang saat terpandang ommanya dalam genggaman seseorang yang dia kenali.

" Appa! lepaskan omma! " Yoongi menjerit sambil bersusah payah menahan tangisan apabila melihat ommanya menangis.

" Oh! anak yang kau banggakan dah balik. kau rasa selamat ya? " lelaki berpakaian tshirt hitam itu masih mengenggam rambut Ahjumma Min, yakni appa kepada Yoongi.

satu tendangan mengena perut Ahjussi Min. lelaki yang agak gempal itu terdorong laju ke belakang . Ahjumma Min terikut jatuh kerana rambutnya tadi dalam genggaman suaminya. namun dia cepat cepat bangun untuk menghalang Yoongi dari terus menendang appanya sendiri .

" kurang ajar punya anak! berani kau tendang appa kau? kau nak mampus ke?! " tengking Ahjussi Min dengan wajah merah padam. senak perut akibat tendangan Yoongi tadi masih terasa .

" kau yang kurang ajar! kau bukan appa aku lah! apa yang kau nak?! " tengking Yoongi semula. kulitnya yang putih bertukar merah akibat amarah yang tinggi hadnya.

" aku nak duit! aku nak duit! perempuan tak guna tu tak bagi aku duit! " Ahjussi Min mula mengamuk lalu mengambil kerusi kayu dan terus membaling objek itu kearah Ahjumma Min namun mengena pada orang lain.

kerusi kayu itu menghentam tubuh Yoongi yang tadinya sempat melindungi ommanya. kerusi kayu itu patah lalu berterabur di atas tanah.

" Haha kau nak tunjuk hero depan aku? kau tunggulah . menyusahkan! baik kau pergi mampus ajelah daripada menghalang aku nak ambik duit! " Ahjussi Min tergelak jahat.

" kau yang patut mampus! menyusahkan orang bila dah tua! " bidas Yoongi lalu mara ke arah appanya, namun apabila pergelangan tangannya dipegang ommanya, Yoongi terhenti.

" kau tunggu aje anak tak guna! hoi perempuan! lepas ni jangan harap kau nak selamat ! aku belum habis dengan kau. ingat tu! "

" blah la tak guna! " tengking Yoongi lagi.

Ahjussi Min tersenyum mengejek lalu melangkah keluar daripada perkarangan rumah. nafas Yoongi turun naik cuba bersabar . Ahjumma Min yang masih diam membisu dipandang,

" Omma tak apa apa kan? " soal Yoongi. Ahjumma Min mengangkat wajahnya memandang Yoongi. muka anaknya yang kacak sudah luka. pada bahagian tulang pipinya , satu garis serta mengeluarkan cecair merah itu jelas di wajah Yoongi. ini tentunya akibat dibaling kerusi sebentar tadi .

" maafkan Omma, Yoongi ah." Ahjumma Min menangis lalu memeluk tubuh anaknya .

" Omma tak pernah salah apa pun pada Yoongi. " Yoongi membalas pelukan hangat ommanya. sedikit sebanyak membuatkan hatinya tenang.

" lepas ni, Yoongi tak akan buat omma disakiti lagi. "

Yoongi masih membiarkan ommanya menangis dalam pelukannya tanpa menyedari ada seseorang melihat kejadian itu tanpa sengaja .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience