BAB 43

Fanfiction Completed 5552

12 Oktober.

Malam itu, Yoongi menguatkan dirinya untuk berjalan menyusuri malam pekat ke taman tasik yang berdekatan dengan hospital tersebut. Sunyi, tiada siapa melainkan dirinya.
Di tangan, terdapat sebuah kotak berbalut berwarna merah hati yang dipegangnya erat. Yoongi melangkah perlahan dengan segala kudrat yang ada menuju ke arah sebatang pokok berbunga kecil merah jambu yang ada disitu.

Kotak merah jambu tersebut diletakkan di celah akar pokok tersebut lalu ditimbun dengan daun daun kering yang gugur ditanah. Serentak itu, Yoongi menangis semahunya.

" Maafkan Yoongi, omma, Jimin, dan Hyunsik appa. Yoongi tak kuat hadap semua ni. Maafkan Yoongi. "

Dia yang dari tadinya melutut di hadapan pokok itu lantas bangun untuk pulang ke wadnya. Sesampai dia ke dalam hospital, Yoongi jatuh akibat masih lemah. Mujur ada seorang jururawat lelaki datang membantunya hingga ke wad dia ditempatkan.

Sebelum jururawat bernama Jihoon itu keluar, Yoongi sempat membisikkan sesuatu.

***

13 Oktober.

" Yah! Korang tahu harini dapat gaji?! " Taehyung terjerit jerit dengan sudip yang masih disapu sabun di tangannya. Jeritannya menarik perhatian pekerja lain termasuk Jimin yang sedang mengelap pintu masuk restoran itu.

" Biar really? Kau prank kami eh? Awal lagi kut. " Ujar salah seorang daripada mereka.

" No no no. Kali ni betul punya. Bos baru cakap dengan aku tadi. Aku tak tahu apa punca dia awalkan tarikh gaji kita. Tapi okaylah kan?! " Taehyung sudah tersenyum lebar.

Namun tidak selebar senyuman Jimin. Lebih awal dia dapat gaji, lebih cepatlah dia dapat menggunakan duit tersebut untuk memulihkan Yoongi.

" Yeah! Jom serang bilik bos! " maka berserbulah mereka ke bilik bos seperti sekumpulan gajah hutan dikejar tikus.

Jimin lantas keluar dari restoran tersebut setelah dibenarkan keluar selepas mendapatkan gajinya tadi. Dia berjalan dengan senyuman yang tidak lekang di bibir. Hala tujunya sekarang adalah menemui sahabatnya.

Sesampai sahaja Jimin di wad Yoongi, dia terserempak dengan appanya dan Min. Senyuman diberikan.

Min membalas senyuman Jimin itu. " Jimin ah, omma baru saja bagi Yoongi makan. Tadi dia ada bagitahu yang dia nak sangat jumpa Jimin. Ingat Jimin balik malam lagi. Pergi lah jumpa dia. " Min melemparkan senyuman sambil tangannya mengusap rambut Jimin.

Jimin mengangguk dengan mulut sedikit ternganga. Masih terkejut dengan gelaran yang digunakan oleh Min. Dia menggelarkan dirinya sebagai 'omma'.

" Teman Yoongi ya sayang. " Pesan Hyunsik pula sebelum mengejar langkah kaki Min.

Jimin terus masuk ke dalam wad. Serentak itu dia tidak sedap hati. Hatinya tidak tenteram apabila terpandangkan wajah Yoongi.

" Yoongi ah, kau.. okay? " soal Jimin risau.

" Aku okay. Sinilah. Duduk sebelah aku. " Yoongi menepuk nepuk tangannya ke ruang katil yang bersebelahannya.

Jimin lalu duduk bersebelahan Yoongi. Dilihat wajah Yoongi amat tenang, tidak setenang hati Jimin saat itu. Dia keliru.

" Yoongi ah, kau betul ni baik baik sajaha kan? "

" Ya, Jimin. Aku baik baik je. Kenapa dengan kau ni? " Soal Yoongi semula.

Jimin hanya menggeleng cuba menyembunyikan rasa risaunya.

" Jimin.. "

Jimin memandang sisi wajah Yoongi.

" Boleh bawa aku jalan jalan kat taman? " pinta Yoongi dengan senyuman nipis.

Jimin lantas mengambil sebuah kerusi roda dan membantu memindahkan Yoongi. Kerusi terus ditolak menuju ke taman yang masih kurang dengan orang ramai.

" Cantiknya cuaca. " komen Yoongi tiba tiba.

" Hari yang baik. Sebab ada orang tu dah semakin tua bila masuknya hari ni. " Ujar Yoongi lagi namun Jimin kurang memahaminya.

" Siapa makin tua, Yoongi? " soal Jimin, bingung.

" Ada lah. Yah! Semua ni tak menyeronokkan. " Rungut Yoongi pula.

" Apa yang tak seronok? Apa yang boleh buat kau seronok? Bagitahu aku, aku akan buat. " Jimin memberhentikan tolakan kerusi roda.

" Tak seronok sebab kau di belakang, dan aku di depan. Aku nak kau di depan. Sebab aku boleh tengok kau. " Kata Yoongi dengan suara lemah.

" Macam mana tu? Takkan aku yang kena duduk atas kerusi ni? " Jimin menggaru kepalanya.

" Kau dukung aku dekat belakang kau. Boleh? " pinta Yoongi.

Jimin tidak membantah malah dia lantas menyuruh Yoongi naik di belakangnya. Mujurlah Yoongi tidak terlalu berat kerana berat badannya turun mendadak sejak disahkan menghidap penyakit.

" Sekarang kau kat depan mata aku. " Ujar Yoongi. Kedengaran lega permintaanya dikabulkan.

" Ada ada sajalah kau ni. " Jimin ketawa kecil. Tangan kurus Yoongi masih memeluk lehernya erat.

" Jimin, kalau ditakdirkan aku pergi cepat, kau jangan sedih tahu? Sebab nanti aku tak tenang. "

Tersentak Jimin dibuatnya. Dia cuba ketawa lagi menutup rasa gelisahnya.

" Aish apa kau ni. Merepek saja. Aku dah dukung kau ni tahu. Dah lah berat. Aku lempar dalam tasik nanti. " Jimin cuba menghiburkan hati.

" Kalau macam tu, kau ceritalah kenangan manis selama kau hidup ni. Boleh jugak aku tahu. Hilanglah rasa sedih tu. " Kata Yoongi lagi.

" Okay kalau tu yang kau nak. Aku akan ceritakan kenangan manis aku. Kenangan manis pertama yang aku ada, saat dengan omma aku. Tapi tak lama manisnya. Sejak aku masuk alam persekolahan, aku asyik kena buli. Entah kenapa aku tak lawan apa yang diorang buat pada aku. Tak ada siapa yang nak kawan dengan aku. " Jimin tersenyum sebelum menyambung.

" Sampailah satu hari tu, aku pindah ke sekolah. Aku ternampak seorang lelaki tengah kena denda di padang sebab bergaduh. Esoknya kan, kau tahu aku jumpa lelaki tu lagi dalam kelas baru aku. Tapi dia sombong pada aku masa tu. "

" Macam kenal. " Kata Yoongi perlahan.

" Kau kenal? Hmm. Namanya Min Yoongi. Kau kenal dia? Wah dia bukan calang calang orang juga ya. Sebab kau pun kenal dia. Kau tahu aku teringin nak kawan dengan Yoongi tu sebab aku tengok dia senasib dengan aku. Tapi susah sebab dia tak mahu berkawan. Aku agak sedih tapi aku tak mengalah. Dan selepas satu kejadian, kami berkawan. Sejujurnya, masa tu aku rasa macam dilahirkan semula. Kami keluar sama sama. Tangkap gambar, main badminton. Aku rindu betul saat tu. "

Yoongi tersenyum dengan matanya ditutup.

" Tapi semua tak tahan lama. Aku sedih sangat sangat. Sebab.. sebab dia sekarang sakit. Aku sedih sangat tengok dia sakit. Kami tak dapat jalan ke taman tema macam dulu, main badminton lagi. Dia sakit, kau tahu. "

" Maafkan aku. " Kata Yoongi seakan membisik.

" Dia asyik mintak maaf. Maaf, maaf, maaf. Dia tak pernah cakap yang dia akan sembuh. Terkilan sangat. Tapi, yah! Dia tak akan ting-- " Kata kata Jimin terhenti apabila tiba tiba tangan Yoongi yang memeluk lehernya dengan erat tadi semakin longgar dan akhirnya jatuh terkulai di atas bahunya.

" --galkan aku. Kan? Dia tak akan tinggalkan aku kan? Jawablah. Yah! " Namun tiada sahutan. Jimin lantas menangis semahunya apabila merasakan kepala Yoongi terbaring di bahunya. Tiada sebarang suara dari Min YoonGi.

" Dia tipu. Min Yoongi tu tipu. Dia kata tak akan tinggalkan aku. Jadi dia tak akan tinggalkan aku kan? Betul tak, Yoongi? KAU TAK AKAN TINGGALKAN AKU KAN?! " Jimin menghiraukan air matanya yang keluar mencurah.

" Kau tahu selama ni aku kerja untuk dapatkan duit semata mata nak sembuhkan kau? Aku rindu Yoongi yang sihat, kau faham ke tak ni?! "

Hampa, Yoongi betul betul tidak bersuara.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience