BAB 40

Fanfiction Completed 5552

" Tanda muka surat yang saya tulis kat depan ni. Buat! Siapa tak buat tugasan yang saya beri, saya murka! Tiada maaf bagimu. " tegas sir Seokjin memberi arahan.

Anak anak muridnya mengangguk faham. Selang beberapa minit, bunyi loceng menandakan waktu pulang sudah kedengaran. Jimin yang memang menantikannya bergegas mengemas barang. Dia ada hal yang perlu dibuat.

" Okay, semua boleh ke.. mas... " Sir Seokjin agak ternganga melihat salah seorang anak muridnya yang duduk di belakang sudah berlari keluar mengalahkan the flash.

" Siapa tadi tu? " Soal sir Seokjin.

" Park Jimin, sir. " balas salah seorang daripada mereka.

Sir Seokjin membuat muka.

***

Jimin segera menukar uniform sekolahnya kepada satu uniform lain. Siap berpakaian, dia mengambil sehelai apron yang tersangkut di dinding dan mengikatnya di pinggang.

" Yah budak baru, cepat buat kerja. "

Jimin dikejutkan dengan suara seseorang di bilik salinan itu. Ternyata seorang pekerja di restoran tersebut. Yang lebih lama bekerja di situ.

" Ya. " Jimin lantas bergegas keluar. Jimin berdiri di tepi kaunter bayaran menunggu seseorang mengatakan apa yang perlu dia buat untuk membantu.

" Hei, yang berdiri tepi kaunter tu nama apa? " Seseorang akhirnya menegur.

" Ss--saya Jimin. "

" Oh Jimin! Yah! Kau tolong ambik tugas aku. Aku sebenarnya dah sehari suntuk tahan nak pergi tandas ni! Eh? Eh kau tolong eh? Senang je kau tunggu makanan siap kat tempat tu, pastu kau hantar makanan ikut nombor meja yang ada kat dulang. Ok bye. " Lelaki yang nampak sebaya dengannya itu lantas berlari ke belakang.

Jimin belum sempat mengangguk atau apa. Dia berjalan perlahan ke sudut yang disebutkan. Sesampai sahaja dia disitu, salah seorang tukang masak meletakkan dulang berisi beberapa buah pinggan dengan makanan yang sedap diatasnya. Sehelai kertas dengan nombor 4 tertera diatasnya. Tanpa lengah Jimin lantas membawanya ke meja nombor 4.

" Ini pesanan cik. " Jimin meletakkan pinggan pinggan tersebut dengan berhati hati.

" Terima kasih. Eh saya tak pernah nampak awak dekat sini. Sebab saya tiap tiap hari makan dekat restoran yang sama. Awak orang baru eh? " Soal gadis itu tiba tiba.

Jimin menggaru kepala belakangnya. " Ya, cik. Saya baru masuk hari ni. " jawabnya.

" Oh. Kalau begitu, buat kerja dengan elok ya. Hwaiting! " ujar gadis itu dengan semangat.

" Kamsahamnida. " Balas Jimin sambil melemparkan senyuman ke arahnya.

Dia kembali ke tempat tadi. Menanti pesanan yang sudah siap untuk pelanggan. Tiba tiba seorang lelaki menegurnya.

" Eh budak baru, mana si Taehyung? "

Jimin agak buntu. Taehyung mana ni? Dia sudahlah baru masuk, nama setiap pekerja pun dia belum kenal.

" Taehyung yang mana eh? " Jimin memutuskan untuk bertanya.

" Taehyung yang bertugas hantar order harini. Dia pergi mana? Dia bagi tugas ni kat kau ke? " soal lelaki yang agak gempal itu lagi.

" Oh dia. Ya dia suruh saya ambil tugas dia sekejap sementara dia ke tandas. Haa tu pun dia. " Jimin memuncungkan mulut ke arah lelaki yang bernama Taehyung menuju ke arah mereka.

" Ha budak baru, thanks buat tugas aku tadi. " Kata Taehyung sambil tersengih lebar.

" Eoh? Sihyuk hyung. Hyung bukan tugas susun stor ke? " Taehyung menegur pula lelaki yang datang menegur Jimin tadi.

" Haah. Dah siap. Tu yang hyung keluar. " balas Sihyuk yang lebih tua dari mereka.

" Yah, punyalah bercakap. Kau nama apa, budak baru? Aku Taehyung. " Taehyung perkenalkan dirinya.

" Jimin. Park Jimin. " Jimin memperkenalkan dirinya pula.

" Oh okay Jimin. Harap kita boleh bekerjasama. Kau macam muda sangat je. Bawah umur ke ha? Kenapa kau kerja ni? " soal Taehyung bagaikan inspektor polis.

" Eh taklah. Saya tahun akhir sekolah tinggi. Saya kerja part time ni sebab saya perlukan duit untuk tolong kawan saya . " balas Jimin. Serta merta fikirannya teringat akan Yoongi yang sedang sakit di hospital.

" Kenapa dengan kawan kau? " Sihyuk juga menyibuk untuk bertanya.

" Kawan saya sakit. Kanser hati. Tapi dia tak mampu bayar kos pembedahan. Jadi, saya tolong dia. " Jimin tertunduk.

" Kalau macam tu, berusahalah. "

Jimin hanya tersenyum mendengar kata kata itu.

Niatnya hanya satu, inginkan Yoongi sihat macam sebelumnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience