BAB 41

Fanfiction Completed 5552

Mata Yoongi terkebil kebil memandang siling wad hospital itu. Sesekali dadanya yang sakit dibiarkan reda dengan sendirinya. Bibirnya yang pucat dipaksa mengukir senyuman.

Hakikat yang bakal datang, agak susah untuk dia terima. Air matanya bergenang apabila mengenangkan kemungkinan hayatnya akan tamat dalam beberapa bulan. Ini bermakna dia akan pergi dari hidup orang yang dikenalinya.

Yoongi buntu. Tapi apa yang dia mampu lakukan. Dia tidak boleh memaksa ommanya berkeras mencari duit. Bohonglah kalau dia tak mahu untuk hidup lebih lama.

Pintu wad ditolak membuatkan Yoongi berhenti termenung. Min masuk dengan sebuah kotak hadiah di tangan.

" Nah, Yoongi. Puas hati tak? " Min menghulurkan kotak hadia tadi pada Yoongi.

Yoongi membelek belek kotak tersebut. " Puas hati, omma. Omma belikan hadiah yang Yoongi senaraikan tu sahaja kan? " Yoongi menyoal.

" Yalah. Omma dah minta sekali pekerja kedai hadiah tu balut. Omma tak reti balut balut hadiah ni. " Min tersenyum.

" Okay, omma. Sekarang omma bawak balik hadiah ni, bila dah tiba masa tu, omma bagi dia ya kalau kalau Yoongi tak sempat-- "

" Yoongi akan sempat berikan pada dia. " Pintas Min dengan hati yang tersentuh mendengar anaknya berkata sedemikian.

Yoongi hanya tersenyum tipis.

" Hari ni berapa hari bulan, omma? " tanya Yoongi cuba menukar topik.

" 23 september. "

Yoongi terangguk faham. Kalau begitu tidak sampai sebulanlah untuk Jimin menyambut ulang tahun kelahirannya. Yoongi tersenyum sendiri.

" Omma balik dulu ya? Kalau ada apa apa, cepat cepat tekan butang merah tu. Nanti doktor akan datang. Malam nanti omma datang balik bawa makanan. " Min bangun dari duduknya.

" Ne, omma. Hati hati. "

Min mencium dahi Yoongi sebelum keluar untuk pulang ke rumah.

***

25 september.

Yoongi ketawa hampir tersembur nasi mendengar cerita dari Jimin itu. Jimin turut ketawa apabila menceritakan tentang kekalutan atau hal hal yang terjadi di sekolah sepanjang Yoongi tiada.

" Lagi? " Yoongi berkata dengan sisa ketawa yang masih ada.

" Lagi apa? Aku dah tak tahu nak cerita apa. Yah! Makanlah dulu. Nanti aku bawa kau jalan jalan kat taman hospital bawah tu. " kata Jimin membuatkan Yoongi menjerit keseronokan.

Yoongi menyuap nasi walaupun dia kurang berselera. Hanya untuk menjaga hati sahabatnya itu yang bersusah payah membawa makanan untuk makan bersamanya.

Seusai makan, Jimin mendapatkan satu kerusi roda buat kemudahan Yoongi. Mereka keluar menghirup udara segar di taman hospital.

" Lamanya aku tak keluar. Bosan duduk dalam wad tu. " gumam Yoongi sambil memandang sekelilingnya.

Jimin hanya tersengih sambil menolak perlahan kerusi roda yang diduduki Yoongi. Senang hatinya melihat sahabatnya itu masih mampu tersenyum.

" Kalau bosan duduk dalam wad, kau kena sihatlah. "

Yoongi mengangguk. Entah anggukannya memberi makna atau tidak.

" Janji dengan aku. Yang kau akan sihat macam dulu balik. Aku rindukan saat tu. " Jimin menyerabaikan rambut hitam milik Yoongi membuatkan Yoongi tersengih.

" Maafkan aku kalau aku mungkir janji. "

Itu membuatkan Jimin tertunduk menahan sebak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience