BAB 7

Fanfiction Completed 5552

Yoongi termenung sendiri . sekali sekala dia bersandar pada bangku yang didudukinya sekarang. suasana taman yang suram tiada orang melainkan dirinya sedikit sebanyak membuatkan Yoongi dapat menenangkan fikirannya.

beberapa helai daun yang gugur ditepis apabila jatuh di bajunya. tiba tiba dia dikejutkan dengan suara seseorang, membuatkan Yoongi berpaling laju ke arah suara itu tadi.

" Yoongi? wah tak sangka kita berjumpa di sini. boleh saya duduk di sini? " gerangan yang telah menganggu lamunan Yoongi tadi bersuara. Jimin masih menunggu jawapan daripada Yoongi bahawa dia boleh duduk di situ ataupun tidak.

" kau duduk ajelah. bukan kena bayar pun. " jawab Yoongi acuh tak acuh seperti biasa.

Jimin tersenyum suka lalu melabuhkan duduk bersebelahan dengan lelaki bermuka tegang itu. suasana agak senyap kerana Jimin tidak tahu bagaimana nak mulakan perbualan dan nak harapkan Yoongi yang bersuara dulu, dia dah tinggal rangka kat situ pun belum tentu lagi.

" Awak okey ke? um macam ada masalah je saya tengok. " Jimin mengangkat muka memandang sisi wajah Yoongi. Kacak, Jimin bermonolog. Namun, dia cepat cepat membetulkan kedudukannya saat Yoongi berpaling memandangnya pula.

" Boleh jangan sibuk hal aku? " suara Yoongi kedengaran perlahan. sengaja dia memandang panas wajah gelabah Jimin. sesekali lelaki itu mengangkat cermin mata besarnya yang hampir jatuh ke bawah.

" Mianhaeyo. saya tak berniat nak buat awak marah. Hm. " Jimin bermain kuku. gerun pula apabila Yoongi memandangnya lama.

Yoongi mengalihkan pandangan ke hadapan. sejak itu, suasana kembali senyap memandangkan mereka tidak dapat memulakan perbualan.

Jimin lantas teringat sesuatu. dia menyelongkar beg sandangnya dan megngeluarkan satu plaster untuk mengubati luka. objek itu dihulurkan pada Yoongi yang mungkin tertanya tanya dengan tingkah laku lelaki bercermin mata itu.

" Untuk apa? " soal Yoongi. matanya berulang alik memandang plaster tersebut dan Jimin.

" Pipi awak luka. jadi, ini.. " Jimin menghulurkan lagi pada Yoongi agar lelaki itu menerimanya.

lama Yoongi memandang plaster itu sebelum perlahan lahan dia mencapainya. tanpa mengeluarkan sebarang kata, dia membuang kertas pembalut plaster sebelum menampalkannya di pipinya yang luka akibat terkena serpihan kerusi sebentar tadi.

" Awak salah tampal. " tegur Jimin apabila matanya terlihat plaster yang ditampal Yoongi tadi tidak diletakkan dengan betul. Yoongi merengus kecil lalu mencabut semula plaster tadi. sesungguhnya, dia tak nampak di mana.

" kalau awak tak nampak dekat mana nak tampal, hm kalau awak tak kisah saya tolong awak? " soal Jimin berhati hati.

mendengarkan ayat Jimin itu, Yoongi berhenti bergerak. wajah Jimin yang tampak ikhlas ingin menolongnya dipandang. perlahan lahan Yoongi menghulurkan plaster dan plaster pun berubah tangan. Jimin mendekatkan dirinya pada Yoongi dan Yoongi pula menghalakan pipinya pada Jimin.

" Perlahan sikit. " pesan Yoongi.

" Ne, kalau rasa sakit, mianhaeyo. " dengan berhati hati Jimin melekatkan plaster tersebut pada luka yang dialami Yoongi. dahi Yoongi berkerut sedikit menahan rasa pedih yang tiba tiba menjalar.

" macam mana kau tahu pipi aku luka? kau nampak apa yang berlaku ke? " Yoongi menyoal namun wajah Jimin tidak dipandangnya.

Jimin terdiam sejenak. memang dia ternampak apa yang berlaku tadi. sewaktu berjalan seorang diri pulang ke rumah, dia terdengar bunyi suara orang bergaduh. memandangkan dia perlu lalu di hadapan rumah Yoongi dulu untuk sampai ke rumahnya, jadi dia tidak sengaja ternampak kejadian itu. Jimin lantas menyorok di sebalik pagar rumah Yoongi dan tertarik untuk mendengar apa yang berlaku.

Sebelum seorang lelaki yang diketahuinya sebagai appa Yoongi melangkah keluar dari rumah tersebut, Jimin bertindak pantas menjauhi rumah itu lalu menuju ke kedai runcit berhampiran membeli plaster. dan sewaktu dia ingin keluar dari kedai, dia terlihat Yoongi sedang menuju ke taman berhampiran. jadi, dia ikut langkah lelaki itu.

" Hei, aku tanya kau ni. "

Jimin terkulat kulat apabila mendengar suara keras Yoongi. cermin mata diangkat lagi.

" maaf, bukan sengaja saya nak tengok semua tu. saya kebetulan lalu. maaf kalau saya buat awak marah pasal ni. "Jimin memohon maaf. bimbang juga jika Yoongi tidak suka dengan apa yang telah dia lakukan.

Yoongi membiarkan kata kata Jimin itu bagaikan angin yang lalu. dia menarik nafas panjang sebelum bangun dan perlahan lahan melangkah menjauhi Jimin.

namun dalam beberapa langkah sahaja, Yoongi berpaling semula ke arah Jimin dengan jari telunjuknya menunjukkan ke arah plaster yang tertampal di pipi. Jimin tertanya tanya mengapa dengan tindakan secara tiba tiba Yoongi.

" Terima kasih. "

Jimin terpaku seketika. bukan dia terkejut mendengar perkataan ' i love you' dari orang dicintai tetapi ucapan 'terima kasih' yang tak dia sangka akan keluar dari mulut Yoongi. tubuh Yoongi yang sudah semakin menjauh dipandang.

" sama sama, Yoongi ah. "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience