BAB 27

Fanfiction Completed 5552

5 Tahun berlalu.

Inilah kebahagiaan. Hyunsik bersyukur dengan kebahagiaan yang dinikmatinya bersama isteri tersayang, Jihyun. Lagi lagi kebahagiaan itu diserikan lagi dengan kehadiran cahaya mata mereka, Park Jimin yang tersangat comel!

Jimin baru berumur 5 tahun. Petah berkata kata dan manja terlebih. Telatah Jimin sedikit sebanyak menghilangkan rasa penat setelah Hyunsik dan Jihyun pulang berkerja.

" Appa! "

Hyunsik yang mendengar laungan anaknya itu lantas mendapatkan Jimin.

" Wae? wae? "

" Tadi ada froggie dalam kasut Jimin. Tapi Jimin dah baling dalam kolam ikan. " kata Jimin lalu jari telunjuk kecilnya menunjukkan ke arah kolam mini di sudut pekarangan rumah.

" Haish! Kenapa baling dia? " Hyunsik menyoal.

" Sebab Jimin suruh dia mandi. "

Hyunsik menepuk dahi. Macam macamlah budak kecil ini. Jimin didukung lalu dibawa ke dapur. Tangan anaknya dibasuh.

" Jimin dah sarapan belum? Omma suruh minum susu tadi kan? " Hyunsik meletakkan satu mangkuk dan sudu kecil di hadapan Jimin. Lantas kokokrunch dituang.

" Haah Jimin lupa lah! Lekas, lekas! Nanti omma turun! Habislah, nanti Jimin masuk penjara! " kelam kabut Jimin mahukan segelas susu.

Hyunsik tergelak melihat gelagat Jimin. Segelas susu segar dihulurkan dan Jimin meneguknya secara perlahan.

" Yeobo! Jimin sayang! " Jihyun yang sudah siap beruniform polis turun dan lantas mendapatkan Jimin. Kepala anaknya dicium penuh kasih.

" Jihyun ah, saya tak ke pejabat hari ni. Saja nak luangkan masa dengan Jimin. " jelas Hyunsik lalu dahi isterinya dicium.

" Ya? Baguslah tu. Nanti nanti saya pulak ambil cuti. " Jihyun tersenyum manis.

" Haa Jimin. Omma nak pergi kerja dulu. Jangan buli appa. " Jihyun mencuit hidung anaknya.

" Ne omma! " Jimin mengangkat tangannya dan diletakkan ke atas dahi. Terkekek dia ketawa selepas itu.

" saya pergi dulu ya. " Jihyun merapati Hyunsik lalu memeluk tubuh lelaki itu. Entah mengapa dia merasakan sesuatu yang kurang enak.

" ya sayang. Kenapa ni? " pelukan Jihyun dibalas kemas.

" Entahlah. Saya cuma tak sedap hati sikit. " pelukan pada tubuh Hyunsik diketatkan.

" Perasaan awak saja tu. Jangan fikirkan sangat. " ubun kepala Jihyun dicium. Tak keruan pula melihat gelagat Jihyun yang tiba tiba begitu.

Pelukan dilerai. Jihyun merapati Jimin lalu didukungnya. Jimin yang mengerti lantas memeluk leher ommanya.

" Jimin anak yang baik. Omma sayang sangat anak omma yang seorang ini. " pipi Jimin dicium beberapa kali.

" Jimin lagi sayang omma. " kini pipi ommanya pula dicium bertalu talu.

Jihyun meletakkan Jimin di bawah. Dia melambaikan tangannya ke arah kedua dua manusia yang amat disayanginya sebelum keluar dari rumah. Hyunsik hanya mampu mendoakan yang baik-baik sahaja pada isterinya.

***

" Jihyun ah! Mana fail yang atas meja ni tadi? " soal Husin, lelaki Malaysia yang berkhidmat sebagai polis disini. Kepalanya kekiri kanan mencari fail yang diperlukan.

" Itu fail kau ke? Aku letak kat rak fail no 2 tu. " Jihyun yang sedang sibuk menulis sesuatu tadi menunjukkan rak yang dimaksudkan.

" Oh okay. Haa kau tak keluar ke harini. Dah lama aku tengok kau tak keluar dengan kawan baik kau tu, apa namanya.. Min kan kalau tak silap? " Husin tiba tiba menyoal.

Perbuatan Jihyun terhenti. Satu peristiwa terimbas sebaik sahaja Husin menyebut nama Min. Minggu lepas, dia terlihat dari jauh satu manusia yang amat dikenalinya sedang membeli nasi bungkus di belakang sebuah kedai makan. Dia yakin itu adalah Min, tetapi dia amat pelik.

Pakaian Min tak ubah seperti seorang pengemis. Wajahnya masih bersih walaupun tercalit sedikit kotoran. Di samping Min, ada seorang budak lelaki berusia lingkungan sebaya Jimin.

Dia bertambah pelik apabila teringatkan yang suami Min, si Yoonga bukankah seorang anak kepada pasangan yang kaya raya? Takkanlah pakaian Min boleh sebegini? Bukankah sepatutnya Min dipakaikan baju yang mewah, membawa beg tangan dan memakai kasut yang berjenama?

Hasrat untuk menyapa Min saat itu terbantut apabila dia menerima panggilan untuk menjalankan tugas. Sejak itu, dia tidak terlihat Min lagi.

" Woi mengelamun pulak. " Husin mengetuk meja Jihyun mengembalikannya ke alam realiti.

" Eh mianhae. "

Tidak semena mena, pintu balai polis itu ditolak seseorang. Husin terkejut begitu juga Jihyun. Namun Jihyun terkejut berlipat ganda apabila menyedari manusia yang menolak pintu tadi adalah Min.

" Min! " pantas Jihyun mendapatkan wanita itu.

" Jihyun ah! " air mata Min mengalir.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience