BAB 3

Fanfiction Completed 5552

batu batu kecil yang berterabur di atas jalan itu , Yoongi meyepak tanpa atas sebab yang munasabah . beg sandang sekolahnya dibetulkan apabila hampir jatuh . sekali sekala dia mengambil pandang ke atas memandang langit yang mula redup . langkah diperlahankan agar lambat sampai ke rumah .

tali leher sekolah ditarik ke bawah supaya ikatan menjadi longgar kerana terasa rimas . sambil berjalan , mulutnya terkumat kamit seperti mengira sesuatu .

" 213 , 214 , 215 .. "

sudah kebiasaan Yoongi , dia akan mengira langkahnya dari sekolah hingga sampai ke rumah . itu membuatkan dia tidak berasa bosan berjalan seorang diri . setiap kali balik ke sekolah , dia akan pastikan kiraan langkahnya hampir sama . selalunya dalam kiraan 312 hingga 315 langkah , dia akan sampai tepat di pintu pagar rumahnya .

" 223 , 224-- "

" uh? Yoongi ? Yoongi ah, tunggu saya !"

satu suara membantutkan kiraan Yoongi . dia berdiri di tempat itu tanpa berganjak sedikit pun . sebaik sahaja dia mendapati ada seseorang sampai di sebelahnya , wajah diangkat dan memandang empunya tubuh .

" awak memang balik jalan kaki ?" lelaki dengan rambut yang dibelah tengah itu bertanya sambil mempamerkan wajah yang ceria .

Yoongi hanya memandang wajah Jimin beberapa saat sebelum sambung langkah dan kiraannya yang tergendala akibat panggilan Jimin tadi . Jimin agak tercengang dengan layanan Yoongi padanya namun dia masih cuba untuk berprasangka baik . dia terus mengejar langkah Yoongi dan jalan berdampingan dengan lelaki bermuka tegang itu .

" awak kira apa? " tanya Jimin walaupun dia tahu Yoongi tidak akan menjawab apa yang disoalnya . kalau lelaki itu jawab pun , mungkin tak kena dengan soalannya .

sekali lagi Jimin tersenyum kerana Yoongi memang tak menjawab soalannya . susahnya nak ajak berkawan dengan lelaki ini .

" awak mesti tengah kira langkah sampai ke rumah kan ? dulu masa saya sekolah rendah , selalu jugak saya buat macam ni . tak sangka kita ada sama kebiasaan ." kata Jimin cuba ajak berbual .

Yoongi menghiraukan walaupun dia mendengar cerita Jimin itu . kiraan langkah masih belum putus .

" 310 , 311 , 312 , 313 .."

Yoongi berhenti melangkah . kepalanya ditolehkan ke sebelah kiri dan dia terpandang pintu pagar kayu rumahnya .hari ini 313 langkah ,fikir Yoongi .

" dah sampai rumah awak ? oh kalau macam tu , kita jumpa es-- " belum sempat Jimin menghabiskan ayatnya, Yoongi sudah menolak pintu pagar rumahnya dan menerobos masuk tanpa menunggu Jimin habis berkata .

" --esok ." Jimin menjongket bahu dan meneruskan langkahnya .

Yoongi mendekati seorang wanita yang sedang meratakan pes kimchi pada kubis panjang . dia melabuhkan duduk di sebelah wanita itu sebelum bertindak mencium pipinya .

" Yoongi dah balik ? nak rasa pes kimchi yang omma buat ?" tanya wanita yang dikenali Ahjumma Min sambil mengambil sedikit kubis bersalut pes kimchi yang sudah dikoyakkan lalu disuapkan kepada Yoongi .

" Sedap, omma ." komen Yoongi lalu tersenyum sambil mengunyah kubis yang disuap oleh ommanya .

" apa yang omma buat , semuanya sedap . " sambung Yoongi lagi lalu bangun untuk membersihkan diri . sebelum dia menolak daun pintu biliknya , sempat dia menoleh ke arah ommanya semula .

" omma , ada appa balik hari ni ?" tanya Yoongi dengan nada yang boleh dikatakan serius . Ahjumma Min terhenti dari terus menyapu pes kimchi pada kubis panjang setelah mendengar soalan yang ditanya anaknya . lama dia berdiam diri sebelum bersuara .

" Tak. "

" Baguslah. " balas Yoongi lalu terus masuk ke dalam biliknya . Ahjumma Min kembali membuat kerjanya . lengan baju sebelah kanannya di selak lalu lebam biru yang terdampar di kulitnya dipandang sebak .

kalaulah Yoongi tahu tentang lebam ini . aish dia tak boleh tahu . Ahjumma Min tidak mahu Yoongi bertambah benci pada appanya sendiri . dia perlu rahsiakan hal ini . tetapi ,

" kenapa tu , omma?"

cepat cepat Ahjumma Min menutup semula kesan lebam itu . dia mula rasa gelisah jika Yoongi dapat tahu hal ini . Yoongi mendekati ommanya dan melabuhkan duduk di situ .

" Bila Yoongi keluar ? omma tak dengar bunyi pintu dibuka pun ." tanya Ahjumma Min cuba menutup rasa gelabah yang mula bertamu .

" Yoongi tak tutup pintu pun tadi . Yoongi nampak apa omma buat . omma tengok apa pada lengan tu ? bagi sini Yoongi tengok ." Yoongi mencapai tangan Ahjumma Min namun ditepis lembut .

" Tak ada apa apa, Yoongi . Yoongi tak mandi lagi kan ? pergi mandi cepat ,lepas ni kita boleh makan sama sama ." Ahjumma Min menepuk paha Yoongi dua kali menyuruh anak lelakinya itu untuk mandi .

" omma, omma tu omma Yoongi . Yoongi tahu omma ada sembunyikan sesuatu kan ? bagilah Yoongi tengok , kalau sayangkan Yoongi ." desak Yoongi membuatkan Ahjumma Min berbelah bahagi . dalam beberapa saat , barulah dia mendapat keberanian untuk menghulurkan tangan kanannya pada Yoongi .

Yoongi menyinsing lengan baju ommanya dan ternyata mata Yoongi yang tak berapa besar , dibesakan . lebam biru di tangan ommanya itu diusap perlahan .

" kenapa ni, omma ?" tanya Yoongi . matanya mencerlung tajam memandang Ahjumma Min .

" tangan omma tergeliat masa nak ambik besen dekat atas rak tadi . tak apa lah , sikit aje ni ." Ahjumma Min berbohong . namun pandangan mata anaknya itu , dia tahu yang Yoongi tidak percaya dengan kata katanya .

" omma jangan tipu Yoongi . lebam ni bukan lebam tergeliat ke apa . Yoongi tahu ni lebam kena cengkam dengan orang . kan , omma? "

" tak lah , Yoongi . pergi mandi ya , sayang ?"

" betul ke appa tak balik tadi ?"

Ahjumma Min memandang Yoongi . melihatkan raut wajah anaknya itu , memang perlukan penjelasan yang jelas . tapi, Ahjumma Min takut untuk memberitahu Yoongi .

" Appa balik kan , omma?" tanya Yoongi lagi . mukanya sudah merah padam menahan kesabaran yang bila bila sahaja boleh hilang .tangan ommanya digenggam kemas .

Ahjumma Min cuba menahan air mata lalu mengangguk mengiyakan soalan Yoongi tadi . melihatkan anggukan ommanya , Yoongi memegang dahi . air matanya turut bergenang di kelopak mata . wajah Ahjumma Min dipandang .

" Omma, jebal . berapa kali Yoongi pesan , jangan rahsiakan dari Yoongi . tolonglah , Yoongi dah tak larat tengok omma derita macam ni hanya disebabkan perangai kotor appa . omma tahu kan , sekarang ni , Yoongi cuma ada omma. " kata Yoongi panjang lebar . Ahjumma Min hanya merenung membisu .

" kalau Yoongi jumpa appa nanti , tahulah Yoongi nak kerjakan lelaki tak guna tu ." Yoongi sudah mengepal penumbuk .

" jangan, Yoongi . walau seburuk mana pun perangai dia , dia tetap appa Yoongi . cukuplah Yoongi diejek , dipulaukan kawan sebaya Yoongi yang lain . kalau Yoongi buat tindakan pada appa , lain pula yang jadi . kita hidup kita ya ?" pesan Ahjumma Min .

" omma boleh hidup ke kalau dia datang hanya untuk sakitkan omma ?" pertanyaan Yoongi dibiarkan sepi tanpa jawapan . sesungguhnya jawapan yang pasti untuk soalan itu semestinya tidak. sekali gus , Ahjumma Min sedih kerana Yoongi menjadi mangsa keadaan yang diciptakan oleh orang lain .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience