BAB 12

Fanfiction Completed 5552

Jimin melangkah perlahan merentasi gelap malam yang makin pekat. Desa Guryeong yang terpencil di Seoul itu sentiasa sunyi dan hanya beberapa buah rumah sahaja yang masih menyalakan lampu. Jimin mula kecut perut apabila sayup sayup bunyi salakan anjing kedengaran samar .

" Mana aku nak cari Yoongi di sini? Gelapnya. " Gumam Jimin perlahan. Dia lantas mengeluarkan telefon bimbitnya dan menyuluh jalan berbekalkan dari cahaya lampu skrin tersebut.

Hanya 15 minit dia berjalan, skrin telefonnya gelap menandakan kehabisan bateri. Jimin mengeluh kasar, kesal dengan keadaan itu sekarang. Sedang dia melilau memandang kawasan sekeliling, matanya tertancap pada sebuah kilang kayu yang mungkin sudah tidak beroperasi, tidak jauh darinya.

" Entah entah, Yoongi dibawa ke sini. " Jimin membuat andaian sendiri.

Namun, andaiannya benar apabila dia terlihat pula sebuah kereta yang dia kenali, iaitu kereta yang membawa Yoongi pergi setelah dipukul. Setelah pasti keadaan itu, Jimin lantas berhati hati mendekati kilang kayu yang agak suram itu.

Lampu samar yang bernyala dari dalam, membuatkan Jimin bertambah pasti ada manusia di sana. Tetapi, Jimin kekurangan idea untuk bagaimana dia boleh masuk dan menyelamatkan Yoongi tanpa tercedera.

" Ya bunuh je! Bunuh je aku! "

Jimin agak tersentak dengan jeritan itu. Dia lantas menyorok di sebalik pintu yang tidak ditutup rapat. Jimin tidak mengintai di balik pintu tersebut tetapi di celahan papan papan yang dibuat dinding, kerana ianya dibina sedikit jarang.

" Memang kami nak bunuh kau pun. " Ujar seorang lelaki berbadan agak kurus dengan wajah selamba. Lelaki itu menyalakan puntung rokok lalu asapnya dihembuskan ke muka seorang lelaki yang diikat di kerusi.

Jimin menggigil sedikit. Yoongi kelihatan sedang menahan marah.

" Apa yang kau tunggu? Bos kau nak sangat kan? Kau bunuh je aku sekarang! Tembak je aku dengan pistol pistol tu! " Yoongi membentak sebelum pipinya ditumbuk dua kali oleh lelaki kedua. Ternyata ada tiga orang lelaki semuanya.

" Heh, itu je? Kerja senang tak nak senangkan. Susah ke nak tembak aku terus? " Yoongi seolah olah mengejek. Pedih rahang pipinya cuba dihiraukan.

" Tak menarik. Bos kami nak kau rasa sakit. Kalau aku tembak, kau mampus terus. " Lelaki yang menghisap rokok tadi itu bersuara.

Yoongi tersenyum sinis sebelum pipinya ditumbuk buat kali kedua. Kedua dua belah pipinya juga ditumbuk beberapa kali oleh seorang lelaki berbadan agak sasa sehinggakan Yoongi mengotorkan baju sekolahnya dengan tompokan darah. Sesekali Yoongi menyeringai sakit.

Jimin gementar. Kakinya lemah seolah olah tidak dapat berdiri tegak. Fikirannya buntu.

Ikatan tali yang selama ini mencengkam tubuh Yoongi dibuka lalu tubuh Yoongi yang makin lemah itu disepak sehingga lelaki itu jatuh ke lantai. Jimin dapat melihat Yoongi yang masih cuba untuk bangun pertahankan diri.

' Ah aku kena kuat! ' Jimin bermonolog.

Lelaki yang menghisap rokok tadi bangun setelah membuang puntung rokok, menghampiri Yoongi yang sedang cuba berdiri. Rambut Yoongi dicengkamnya sebelum mengheret tubuh Yoongi ke dinding. Dengan sekuat tenaganya, Kepala Yoongi dihentam ke dinding sehingga kayu kayu kecil yang reput jatuh berkecai ke lantai.

Yoongi terbaring lesu. Kepala, mulut, pipi dan sebahagian anggota badannya cedera dan berlumuran darah. Pandangan Yoongi mula kabur, dan samar samar dia melihat lelaki itu menghampirinya lagi sebelum kepala lelaki itu dipukul seseorang.

Jimin mengenggam kayu yang digunakan untuk memukul kepala lelaki tadi dengan berhati hati. Matanya mula berkaca akibat perasaan takut bercampur risau.

" Kau siapa hah budak ?!"

Kayu yang Jimin pegang tadi ditepis kuat lalu muka Jimin ditumbuk sehingga lelaki itu jatuh berguling. Dia melangkah ingin mendapatkan Jimin semula tetapi langkahnya terhalang apabila suasana mula riuh rendah dengan siren polis.

Tiga orang lelaki penjahat upahan itu kelam kabut mencari tempat untuk melepaskan diri. Mereka ke pintu belakang namun masih tidak selamat kerana kilang kayu itu sudah dikepung pihak polis.

Jimin mencapai dan memakai semula cermin matanya yang jatuh tadi, tetapi penglihatan mata sebelah kanannya agak terbatas kerana cerminnya retak. Jimin menghiraukannya dan lantas merapati Yoongi yang masih terbaring.

" Yoongi ah.. "

Kepala Yoongi diangkat lalu diletakkan ke atas pahanya. Darah yang hampir menutup seluruh wajah Yoongi itu dilap dengan tangannya sendiri. Setitis air matanya jatuh. Peristiwa satu ketika dulu terimbas.

" Yoongi ah, awak dengar suara saya kan? " Jimin masih mengelap darah di wajah Yoongi.

Yoongi perlahan lahan membuka matanya. Pandangan mereka bertaut seketika sebelum salah seorang anggota polis mendekati mereka.

" Hagsaeng! Kan kami dah kata bahaya! Ini ke kawan yang kamu maksudkan? " Tanya polis yang dijumpanya sebentar tadi.

" Ya Tuan. Tolong selamatkan kawan saya. " Jimin merayu.

" Minta bersabar. Ambulans dalam perjalanan ke sini. Jangan risau, kawan kamu akan selamat. " Bahu Jimin ditepuknya tanda minta Jimin tabah.

" Yoongi , awak dengar tu? Ambulans akan ke sini. Awak akan selamat. " Jimin menekup luka di kepala Yoongi akibat dihentak ke dinding dengan tapak tangannya, berharap darah Yoongi tidak terlampau banyak yang keluar.

" Jimin ah.. " Suara Yoongi perlahan.

" Cermin mata kau retak. Pergi beli baru. " Sambungnya lagi.

" Bukan sekarang saya nak fikir tentang cermin mata! Saya perlu utamakan awak dulu dalam situasi ni. " Jimin bersuara dengan nada agak tinggi.

" Biarkan je lah aku mati. " Kata Yoongi membuatkan Jimin membulatkan matanya.

" Fikirkan omma awak di rumah. Risaukan awak yang masih belum balik. Jangan cakap macam tu lah, omma awak cuma ada awak sekarang. Jadi , awak tak boleh pergi. " Kata kata Jimin itu membuatkan Yoongi sedikit tersedar. Dia merindui ommanya.

" Sabarlah. Saya akan jaga awak. "

Yoongi cuba mengukir senyuman nipis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience