BAB 24

Fanfiction Completed 5552

Min yang berkerja sebagai setiausaha di sebuah syarikat swasta di Seoul, mengemas mejanya. Sudah hampir 10 malam, dan dia perlu pulang dengan segera.

Beberapa fail berkulit keras dijinjing kemas lalu melangkah keluar dari tempatnya bekerja. Suasana luar agak lenggang dengan orang , membuatkan Min tenang. Tidaklah dia perlu bersesak dengan orang ramai seperti selalu.

Hari itu, Min mengambil keputusan untuk pergi dan pulang kerja dengan berjalan kaki. Rumahnya tidak jauh dengan syarikat tersebut, hanya mengambil masa 15 minit berjalan kaki.

Jalan masih terang benderang dengan lampu. Min melangkah dengan berhati hati, namun tidak semena mena, sebuah kereta melanggar sisi badannya membuatkan Min terjatuh ke atas jalan.

Seseorang keluar setelah memberhentikan keretanya. Lelaki berkemeja putih lengkap bertali leher itu merapati Min yang sedaya upaya untuk bangun.

" Awak okay? Maaf, saya tengah cari telefon saya yang terjatuh ke bawah tempat tekan minyak dan brek, saya tak perasan yang awak ada berjalan di tepi ni. " jelas lelaki itu seraya meminta maaf.

" Uh? Tak apa. Saya okay je. " Min agak terpegun dengan kekacakan lelaki berkemeja itu lalu menyambut huluran tangannya yang cuba membantu Min bangun.

" Betul ni? Ada luka kat mana mana? " soal lelaki itu prihatin.

Min hanya tersenyum menjawab soalan lelaki itu. Handsome!

lelaki itu tunduk dan bertindak mengutip fail fail berkulit keras yang agak berterabur dan memulangkannya pada Min.

" Kamsahamnida. "

Lelaki itu tersenyum menyerlahkan kekacakannya.

" Rumah awak kat kawasan ini ke? Mari, saya boleh hantarkan. " pelawa lelaki berkulit putih itu.

" Eh tak apa, menyusahkan encik saja. " tolak Min, lembut.

Lelaki itu tergelak halus. " Tak payahlah berencik bagai. tak menyusahkan pun. Lagipun, anggaplah ni tanda maaf atas kejadian tadi. "

Min pada mulanya serba salah, bersetuju untuk menumpang lelaki itu.

" Encik pun tinggal di kawasan ni? " soal Min pada manusia yang sedang memandu.

" Tak, saya tinggal di Incheon. Saya ke sini untuk jumpa kawan saya. Dan janganlah berencik dengan saya. Nama saya, Min YoonGa. ( Lol, author ni takde nama lain ke huh?! Tampa jugak kang diriku ini. ) Panggil saya Yoon. " Yoon memperkenalkan dirinya.

" Oh, Yoon. Panggil saya Min sahaja. "

" Min, secantik tuan empunya nama. ChiaChi-- "

" Yoon, Tikusssss! "

Mendadak Yoon membrek keretanya. Uish dia tidak sanggup keretanya melanggar haiwan berbulu itu.

" Tulah, lain kali fokus betul betul. " Min mengurut dadanya.

" Tak boleh fokus. Sebab ada awek cantik di sebelah saya. " Yoon masih mahu berchiachia. Min hanya sabar dari menchiachiakan tengkuk Yoon.

" Rumah saya depan tu je. Awak boleh turunkan saya disini. "

Yoon menurut dan menghentikan keretanya tidak jauh dari rumah Min. Sebelum Min melangkah pulang, mereka sempat bertukar tukar nombor telefon.

Dan episod cinta mereka akan bermula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience