BAB 16

Fanfiction Completed 5552

Dua hari berlalu. Saat ini Yoongi sudah dibenarkan keluar dari hospital. Dan dua hari itu juga, hubungan Yoongi dan Jimin bertambah baik. Sebaik sahaja keluar dari wad, Jimin mengajak Yoongi untuk singgah di rumahnya.

Pada mulanya Yoongi menolak, tetapi apabila Jimin mengatakan ini adalah permintaan appanya, Yoongi menurut.

" Besarnya rumah kau, Jimin. " puji Yoongi sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam perkarangan rumah Jimin. Banglo dua tingkat itu agak menakjubkan di mata Yoongi. Mana taknya, ini kali pertama dia jejakkan kaki ke dalam rumah mewah.

" Taklah. Biasa aje bagi aku. Masuklah, Yoongi. Buat macam rumah kau sendiri. " Jimin tersenyum.

" Buat macam rumah aku sendiri? Betul ni? Kalau macam tu, aku nak bakarlah. " Yoongi tersenyum jahat yang dibuat buat.

" Woah, kau ni biar betul. Bahaya lah. " Jimin tergelak di hujung ayat. Dia tahu Yoongi hanya bergurau.

Jimin lantas melangkah ke dapur dan matanya terlihat satu nota yang diselitkan dibawah hiasan magnet di peti sejuk. Nota berwarna kuning itu diambil lalu bait bait ayat dibacanya.

' Jimin ah, tiba tiba appa ada meeting penting di syarikat. Pandai pandailah ya cari makanan untuk Jimin dan Yoongi. Sayang, appa. '

Jimin megeluh perlahan. Matanya dialihkan ke arah meja makan. Kosong daripada pinggan mangkuk yang diisi dengan pelbagai jenis lauk. Ah, dia pula tak tahu memasak.

" Yoongi ah, mari lah ke dapur. " Yoongi yang sedang jakun menilik pasu bunga kaca di meja ruang tamu dipanggil. Dan lelaki itu berjalan ke arahnya.

" Appa aku tak sempat masaklah. Dia ada meeting. Tambah pulak, aku tak reti memasak. Ini je lah yang aku sempat sediakan. Harap kau tak kecil hati. " Jimin mengajaknya duduk di hadapan semangkuk koko krunch yang sudah diisi dengan susu segar.

Yoongi lantas memandang Jimin yang sudah menyuap sesudu koko krunch dalam mulutnya. " Ini apa? "

Tersembur Jimin dibuatnya. Wajah Yoongi yang benar benar tidak tahu apakah yang berada dalam mangkuk di hadapannya dipandang dengan pandangan tidak percaya.

" Ini bijirin. Bijirin koko krunch , Yoongi. Takkan kau tak pernah jumpa? " Soal Jimin.

" Ya, ini pertama kali aku tengok makanan dengan campur susu ni. Tak apa, aku cuba. " Yoongi segera memasukkan sesudu koko krunch ke dalam mulut.

Lantas kotak sederhana besar berwarna coklat yang berada di atas meja tidak jauh darinya itu diambil.

" Hmm sedap. bijirin berperisa beruang. Beruang ,Jimin ?! " Wajah terkejut Jimin dipandang meminta kepastian. Tangannya sudah bersedia untuk menghempuk kepala Jimin dengan kotak bertulis koko krunch itu kerana dia telah diberi keropok berperisa beruang campur susu oleh Jimin.

" Yoongi! Kau ni. Itu cuma model atau ikon jenama makanan ni. Bukan diperbuat daripada binatang pun. Dan ini bukan beruang!" Jimin bangun lalu mencapai satu kotak berwarna biru dan ditunjukkan kepada Yoongi.

" Ini baru beruang. Itu tikus agaknya. " Kata Jimin teragak agak. Dia sendiri tidak pasti binatang apa yang tepapar pada kotak koko krunch itu.

" Oh.. Tikus. Tikus?! bijirin berperisa tikus kau bagi aku? "

Jimin menepuk dahi.

" Kan aku dah cakap tadi. Itu cuma model atau ikon jenama makanan ni. "

Yoongi terangguk faham. Iyalah, dia bukanlah orang berada untuk merasai semua makanan seperti ini. Setiap hari, lauk yang menemani dia dan ommanya hanya kimchi dan ikan goreng. lauknya tidaklah sehebat orang berada dan orang lain yang mampu.

" Terima kasih. " ucap Yoongi.

" Sama sama. " Jimin tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience