BAB 13

Fanfiction Completed 5552

Yoongi yang terbaring tidak sedarkan diri di atas hospital bed itu hanya dihantar dengan pandangan matanya. Hanya satu harapan yang dia mahu sekarang, iaitu Yoongi akan selamat.

" Hagsaeng! kamu kawan pesakit tadi? " laung seorang jururawat perempuan, sekali gus menghentikan langkah Jimin yang ingin beredar.

" Ya saya. Ada apa? " Jimin agak hairan dengan kemunculan seorang jururawat itu.

" Kamu ada kenal omma dan appanya ? Kalau ya, tolong tuliskan nombor telefon mereka di sini. " Ujar jururawat itu lalu menghulurkan satu nota kecil berkulit keras dan sebatang pen kepada Jimin.

" Err maafkan saya, saya baru sahaja pindah ke sini. Lagipun omma dan appanya saya tidak pernah bertemu. " Jimin menjelaskan keadaan membuatkan jururawat itu mengeluh kecil.

" Tapi saya boleh ke rumah dia dan beritahu ommanya. " Jimin menyambung.

Jururawat yang dalam lingkungan 30-an itu mengangguk. " Boleh. Sila beritahu tentang anaknya dengan segera. " katanya lagi lalu meminta izin untuk pergi.

Jimin lantas melangkah ke luar hospital. Dia menuju ke arah public phone yang terletak tidak jauh dari tempatnya berada sekarang. beberapa keping duit syiling dimasukkan dan nombor telefon seseorang didail.

" Appa.. "

" Jimin ah! Jimin kat mana? Kenapa appa call tak dapat? Dah nak lewat malam dah ni! " Panggilannya disambut dengan segala persoalan appanya. Jimin tersenyum kecil.

" Appa, ambil Jimin. Jimin di hospital di bandar. " Pintanya tanpa menjawab segala persoalan appanya tadi.

" Mwo? Hospital? Kenapa Jimin boleh ada di situ? " Jelas nada risau terbit dari cara appanya bercakap.

" Ambil lah dulu appa! Banyak tanya pulak. " Jimin merengus. Bukan niat sebenar ingin memarahi appanya sendiri.

" Ah ya! Maafkan appa. Tunggu dekat situ. Appa datang sekarang. " Panggilan diputuskan. Gagang telefon awam itu disangkut semula lalu Jimin mencari bangku kosong untuk melabuhkan duduk.

Kehadiran appanya ditunggu sabar. Kalau boleh, dia mahu menemani Yoongi di sini, namun apabila terbayangkan appanya yang semestinya sedang risau di rumah, hasratnya perlu dilupakan.

Beberapa minit menunggu, kereta yang dia kenali sudah terparkir berdekatannya. Seorang lelaki tegap keluar dan mendapatkan Jimin.

" Jimin, jom masuk. Sejuk kat luar ni. " Appanya, Hyunsik mengajaknya masuk ke dalam kereta.

Suasana agak senyap pada mulanya, namun Hyunsik yang rimas dengan situasi itu lantas bersuara kepada Jimin yang asyik memandang ke luar. " Apa sebenarnya yang dah jadi? Ceritakan pada appa. "

Jimin memandang appanya sekilas. Dia menarik nafas dan ingin bersuara tetapi dipotong oleh Hyunsik.

" Kenapa dengan cermin mata Jimin ?! Kenapa bibir berdarah ni ?! Jangan kata sekarang ni anak appa dah pandai ajak bergaduh! " Tanya Hyunsik cemas.

" Dengarlah apa Jimin nak cakap ni! " Bentak Jimin pula. Agak geram dengan sikap appanya itu.

" Jimin selamatkan kawan Jimin kena culik. Sebab tu Jimin ada di hospital. " Terangnya pendek.

" Jadi anak appa jadi hero untuk kawan Jimin? tapi siapa pukul anak appa yang handsome ni ?" Hyunsik bertanya lagi sambil mata masih fokus kepada jalan raya.

" Hero? " Jimin tergelak kecil. " Entahlah appa. Mestilah penculik tu yang pukul, appa ni. "

Jimin lantas menceritakan kepada appanya kisah yang sebenar. Dari waktu mereka berjalan pulang dari sekolah hinggalah bagaimana dia berada di hospital itu.

" Jimin tahu tak rumah kawan Jimin tu? Tadi Jimin cakap nak beritahu ommanya. " Hyunsik membelokkan kereta memasuki satu perkampungan di mana mereka tinggal.

" Tahu. Jimin akan tunjukkan. "

Setelah beberapa minit menunjuk arah, akhirnya mereka sampai di sebuah rumah yang masih menyala lampunya. Pagar usang rumah itu juga masih belum ditutup dan dikunci.

" Agaknya omma dia tak tidur lagi. " Fikir Jimin dan Hyunsik pula bersetuju. Mereka bersama sama turun dari kereta.

" Jom masuk , appa. " Jimin mengajak appanya dan mereka melangkah masuk ke dalam. Sebaik sahaja mereka masuk, seorang wanita berbaju biru muda yang sedang menyusun besen besen di atas sebuah meja, menyapa pandangan mereka. Tindakan wanita itu membelakangi mereka menyukarkan Jimin dan Hyunsik melihat wajahnya.

" Err, chogiyo. Maaf menganggu malam malam ni. " Tegur Hyunsik berhati hati.

Wanita itu memusingkan badannya dan pandangannya dengan seorang lelaki bertaut. Jelas riak terkejut di antara mereka.

" Min! "

Panggilan dengan nada yang agak tinggi itu menyentak Jimin. Riak pelik terpamer.

" Hyun-- Hyunsik. "

Jimin bertambah pelik!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience