BAB 23

Fanfiction Completed 5552

Yoongi memberi sedikit masa untuk Min yang sedang termenung memikir masa lalu. Min akhirnya mengeluh perlahan lantas membuka mulut.

" Semuanya bermula.. "

16 Tahun lalu..

" Min! "

Min berpaling memandang ke arah belakang , seorang lelaki berkaca mata tersenyum menghampirinya.

" Hyunsik ah! Lama tau aku tunggu kau! " Min agak memberontak. Memuncung mulut tanda merajuk .

" Alaa mianhae , aku melawat Jihyun di balai polis tempatnya berkerja. Ingat nak ajak dia sekali lunch dengan kita. " ujar Hyunsik sebagai alasan.

" Oh? Bosanlah tak ada Jihyun. Kenapa kau tak culik je dia? " cadang Min sekadar berseloroh.

" Aku risau dia tembak aku je. Tak sempat aku nak melamar kau nanti. " Hyunsik tersengih di hujung kata.

" Haha kau ni tak habis habis gurau lamaran kau tu ." Ada tona merah jambu di pipi Min yang berkulit putih melepak.

" Min- ah. "

Min mengangkat wajah memandang Hyunsik yang berubah menjadi lebih serius. Anak mata Hyunsik dipandang.

" Aku tak pernah bergurau dengan lamaran aku. " Hyunsik bersuara dengan nada serius mungkin.

Min kehilangan kata kata mendengar luahan dari Hyunsik tadi . Namun matanya menangkap sesuatu yang boleh menjauhkan rasa kurang senangnya.

" Jihyun-ah! Ingatkan tak nak lunch sama tadi. " Min melambaikan tangan ke arah Jihyun yang tersenyum manis melangkah ke arah mereka.

" Yah! Tadi aku ajak punyalah banyak alasan. Tup tup timbul je. " Hyunsik menegur rakan baiknya itu yang sudah duduk di sebelah Min.

" Eleh, aku ingatkan tak nak lah kacau pasangan ni.. " usik Jihyo lalu terjerit kecil apabila Min pantas mencubit lengannya.

" Pasangan apanya Jihyo. Aku nak lamar dia, dia fikir aku bergurau. " Hyunsik seakan merajuk.

" Boleh tak korang tukar topik? " Min agak terganggu dengan tajuk yang dibual.

" Eh Min! Untunglah kalau mamat ni jadi suami kau tau! " Jihyun masih mahu mengusik rakan baiknya itu. Pipinya semakin merah akibat malu.

" Tapi tunggu dulu. Tunggu sampai aku naik pangkat nanti. " Hyunsik lantas menghirup air yang sudah diorder awal tadi oleh Min.

" Korang ni kan. Aku baliklah! " Min lantas mengangkat begnya untuk pulang namun Jihyun lebih pantas menahan gadis itu.

" Okay okay kami tukar topik. Janganlah merajuk. " Jihyun memujuk dan akhirnya Min kembali duduk.

Min tersenyum suka ke arah kedua dua kawan baiknya itu. Mereka berkenalan bukan setakat 2 - 3 tahun tetapi sudah berkawan baik sudah hampir 20 tahun .

" Eh Jihyun ah! Kau cuba untuk pujuk omma kau tak? " Soal Hyunsik pada Jihyun yang sudah menunjukkan riak pelik.

" Oh pasal benda yang mengarut tu eh? Aku dah cuba. Reaksi setuju atau tak setuju aku kurang pasti. Kau? Cubalah pujuk omma kau pulak. " Jihyun merengek.

" Aku pun dah cuba. Omma aku berkeras jugak dengan keputusan dia. " Hyunsik menghirup air dengan tenang tanpa sedar membuatkan seorang makhluk sedang meloading apa yang dua lagi makhluk berbual.

" Wait, wait. Mende korang ni? "

Min kurang sabar. Wajah Hyunsik dan Jihyun dipandang silih berganti.

" Oh mian! Kami lupa nak ceritakan pada kau. " Jihyun mengangakat tangannya seolah olah menyerah.

" Ya mian, Min. Actually, kami ada masalah sikit. " Hyunsik tersenyum paksa.

" Masalah apa? Aku ada hak nak tahu tak? " Min menyoal seraya mengharapkan mereka menceritakan apa yang menjadi masalahnya sekarang.

" Omma dengan appa Hyunsik datang ke rumah aku minggu lepas. Diorang datang tujuannya nak satukan aku dengan anak dia yang poyo ni. " Jihyun mula bercerita.

" Ya, Min. Aku tak setuju dan Jihyun pun sama. Aku mahukan kau dan Jihyun pulak dalam proses nak bercinta dengan senior masa belajar di Universiti dulu. " Hyunsik menambah penerangan.

Min kaku sejenak.

Dia mengaku ada rasa cemburu yang hadir.

" Eh korang kahwin jelah. Omma dan appa kau pilih Jihyun mesti yang terbaik untuk kau, tau? Tengok Jihyun, dia cantik. Mata mengancam. Tak suka? " Min membuat penerangan tentang Jihyun pada Hyunsik secara tiba tiba.

" Kau tak faham, Min. Aku sayangkan oppa senior aku tu. Dan mamat poyo ni sayangkan kau. " Jihyun memuncung mulut.

Min diam seribu bahasa. Hyunsik yang sedang merenung wajahnya dihiraukan.

Sekarang, dia keliru dengan perasaanya sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience