BAB 5

Fanfiction Completed 5552

Setiap langkahnya diatur perlahan . Yoongi agak malas mahu masuk ke kelas awal seperti biasa . Bukan ada apa yang menarik pun .

Sebaik sahaja dia sampai di satu selekoh koridor untuk ke kelasnya , langkahnya terhenti . Terhenti kerana laluannya dihalang beberapa pelajar lelaki yang amat dikenalinya .

" Kau nak apa? " soal Yoongi berbasa basi .

" aku kekurangan wang belanja hari ini. Bagi aku 20 000 won ." Minhyuk menadah tangannya ke arah Yoongi . Entah mengapa dia bencikan lelaki berkulit putih itu .

" Apesal? Omma appa kau dah lari ? Tak bagi duit belanja? Alah kesian kau ." Yoongi melangkah ke hadapan melaga bahu dengan Minhyuk dan menolak dua lagi rakan sekutunya .

" Mayat hidup ni memang nak makan penumbuk aku kan? " Minhyuk naik angin . Pantang ada orang yang menaikkan darahnya .

" Rileks, Minhyuk . Satu hari dia tahulah nasib dia ."

Minhyuk dan dua rakannya hanya memandang Yoongi yang sudah melangkah jauh sebelum pergi ke atap sekolah untuk melepaskan gian merokok .

Masuk sahaja Yoongi di kelasnya , bunyi bising pelajar bergosip dan bersembang kedengaran . Seperti biasa , Yoongi melangkah ke tempat duduknya dan meletakkan kepala ke atas meja .

Jimin, yakni deskmatenya sekarang sedang menulis nota di bukunya . Jimin tersenyum sebaik sahaja dia terlihat Yoongi sudah sampai .

" Hai Yoongi ah! Selamat pagi. " ucap Jimin dengan penuh semangat. Sesekali tangannya sibuk merata rambut yang disikat belah tengahnya agar sentiasa kemas .

Yoongi masih dalam posisi yang sama tanpa menghirau ucapan selamat pagi dari Jimin .

" Awak dah siapkan buku nota yang cikgu arahkan semalam ?" Tanya Jimin walaupun dia tahu apa jawapannya .

Ya, jawapannya ialah Yoongi masih dalam posisi asal .

" Cikgu kata kalau tak siap, kena rotan. " Habis sahaja Jimin berkata , Yoongi mengangkat kepala lalu memandang tajam ke arahnya .

" Aku ada kisah ke semua tu? Dan kau sibuk sangat apehal ? Kau nak apa sebenarnya ?" Keras Yoongi menyoal . Agaknya dia rimas dengan kata katanya , fikir Jimin .

" Maaf. Saya cuma nak berborak. " Jimin agak gerun melihat wajah tegang Yoongi. Dia akan dimakan?

" Tak ada istilah berborak dengan kau dalam kamus hidup aku. Kau boleh tak senyap? Sebab tu aku menyemak nak ada deskmate bagai. " Yoongi bersuara perlahan namun kedengaran keras lalu meletakkan semula kepalanya ke atas meja .

" Ma-maaf. " Jimin dibelenggu rasa bersalah . Dia menjarakkan sedikit mejanya dari meja Yoongi . Dengan harapan dapat mengurangkan tekanan lelaki itu .

Baru sahaja dia mahu menyimpan bukunya ke laci bawah meja , beberapa orang pelajar kelasnya berdiri di hadapan mejanya .

" Uhm hai? " Jimin mengangkat tangan menyapa lelaki berwajah poyo itu . Siapa lagi kalau bukan Minhyuk dan konconya . Agaknya sudah habis merokok .

" Hahaha lurus betullah dia ni. Hai Park Jimin si nerd. " sapa Minhyuk kurang ajar . Lawak bodohnya disambut ketawa oleh dua lagi rakannya yang memang bodoh lembap .

" Err nak apa ya? " soal Jimin agak takut . Takutnya bertambah kerana rakan sekelas yang lain tidak mempedulikan keadaan itu sekarang . Kemungkinan kalau dia dibuli sekalipun, tiada yang akan menolong .

" aku ..nak duit kau sikit boleh tak? Aku lapar ~ kesian kan aku? " Minhyuk menarik perlahan cermin mata Jimin lalu pura pura menjatuhkannya ke lantai . Sekali lagi disambut gelak tawa rakannya atas tindakan Minhyuk .

Jimin terangguk angguk . Dompet duitnya yang ada di poket seluar sekolahnya dibawa keluar . Beberapa keping not 1000 won ditarik dan dihulurkan pada Minhyuk .

Minhyuk yang seronok itu mahu mencapai duit itu namun tidak kesampaian apabila duit itu dirampas oleh orang lain .

" Kejinya perangai kau. Dasar kurang ajar! " suara seseorang itu agak memanaskan cuping telinga Minhyuk . Penumbuk dikepal sebelum mahu dilepaskan pada muka Yoongi yang masih memandangnya . Namun tidak sempat apabila cikgu mata pelajaran waktu itu masuk .

Sewaktu keadaan kelam kabut pelajar mengambil tempat duduk , Yoongi menghulurkan semula duit kepada Jimin setelah Minhyuk juga beredar mengambil tempat .

" Yang kau jadi bengap sangat bagi duit pada orang gila tu pehal ?" Yoongi berkata perlahan .

Jimin hanya mampu tersenyum nipis mendengar kata kata sinis Yoongi . Dia menunduk mengambil semula cermin matanya . Fuh mujur tidak pecah atau patah .

' Yoongi ah .. gomawo. '

Jimin tersenyum lagi .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience