BAB 31

Fanfiction Completed 5552

Semuanya berubah.

Yoongi tidak dapat mempercayai apa yang berlaku sekarang.

Tiada Jimin yang dahulu.

Yoongi hanya mampu menghantar Jimin yang berjalan menuju ke kantin dengan pandangan dari jauh. Entah bagaimana Jimin boleh seperti rapat dengan Minhwan dan Haewoo.

Pada pendapat Yoongi juga, Jimin berubah 100%. Penampilannya lebih baik berbanding dulu. Walaupun masih berkaca mata, Jimin masih bergaya. Rambutnya tiada lagi yang belah tengah. Bajunya juga sudah rapi. Ringkasnya, Jimin sudah pandai bergaya!

Yoongi akur yang Jimin tidak ingat pada dirinya. Dia akur dengan takdir yang menentukan Jimin hilang ingatan akibat dilanggar tempoh hari. Tapi sejujurnya, dia rindukan sahabatnya itu.

Sedang mengelamun, bahu Yoongi ditepuk dari belakang. Yoongi lantas memandang empunya tubuh dan mendapati Haewoo sedang berdiri.

" Yoongi ah. Boleh aku duduk disini sekejap? " pinta Haewoo.

Yoongi hanya mengangguk menandakan ya. Pandangan dialihkan sebaik sahaja Haewoo mengambil tempat di bangku yang diduduknya sekarang.

" Aku tengok kau macam asyik termenung je? " Haewoo membuka perbualan.

Tiada balasan daripada Yoongi.

" Yoongi, aku.. bukan niat aku dengan Minhwan nak rapat dengan Jimin. Kami tahu dia kawan baik kau. Tapi, kenapa sekarang korang.. "

" Apa maksud kau tak ada niat nak rapat dengan dia? Tolonglah jangan cakap macam tu. Tolong kawan dengan dia ikhlas. Korang janganlah tak ada niat nak berkawan dengan dia. And pasal aku dengan dia tu.. " Yoongi terdiam sejenak.

" Okay maafkan aku. Tapi kau tahu, dia macam lupakan kau. Aku nak tegur tapi takut kau dengan dia cuma ada pergaduhan antara korang je. Aku tak mahulah masuk campur. Tak patutlah Jimin buat macam tu. " pintas Haewoo pula.

" Yah, jangan marahkan dia. Dia tak salah. Untuk pengetahuan kau, dia kemalangan dua minggu yang lepas. Dan dia disahkan hilang ingatan. " terang Yoongi agak memeranjatkan Haewoo.

" Seolma.. yah Yoongi. Kau tak main main kan? "

" Kau tengok aku tengah main main ke? " Yoongi melemparkan riak serius.

" Jadi.. dia lupakan kau? "

Yoongi tertunduk lemah lalu mengangguk perlahan. Ternyata Jimin memang telah melupakan Yoongi. Jimin berubah. Tetapi Yoongi tak akan menyalahkan Jimin walau apapun yang jadi.

" Yoongi, aku akan tolong kau. Aku tahu kau pun tak sanggup hilang satu satunya kawan pertama dan terakhir kau tu kan? Ala macam aku dengan Minhwan lah. "

Mata Yoongi disinari kebahagiaan huyoo.

" Betul kau nak tolong aku? Tapi macam mana.. Jimin dah lah semakin handsome daripada dulu. " Yoongi kedengaran sikit berputus asa.

" Apesal? Kalau dia handsome dia tak patut jadi kawan kau? Begitu? " duga Haewoo cuba membuat Yoongi berfikir.

" Gomawo, Haewoo ah. "

***

Yoongi keluar dari tandas sekolah selepas selesai membasuh tangan. Saat itu, seseorang yang dia amat kenali lalu di hadapannya.

Kakinya kaku tidak bergerak saat melihat lelaki itu berjalan melintasi hadapan Yoongi. Hatinya sedikit terasa apabila seseorang itu langsung tidak menoleh ke arahnya.

" Ji-jimin. "

Jimin berhenti. Dia berpaling ke arah suara yang menegurnya.

" Ya? Wae? " soal Jimin.

Yoongi agak kehilangan kata kata. " An-annyeong. "

Jimin tersenyum nipis lalu menundukkan sekejap kepalanya sebelum berpaling semula menyambung langkah. Yoongi seperti mahu memberhentikan Jimin, namun dia tahu itu hanya sia sia. Jimin masih belum ingatkan dia.

Jimin melangkah masuk ke kelas dan sekarang dia menjadi lelaki pujaan di kelas malah sekolahnya. Semuanya gara gara penampilannya berubah. Jimin mendekati Minhwan dan Haewoo.

" Yah, kau orang tahu kan student lelaki kelas kita yang duduk sebelah aku tu? Kenapa aku tengok dia pelik sangat? Dia selalu pandang aku dari jauh. Tadi pun dia tegur. Dia gay ke? " soal Jimin agak memeranjatkan Minhwan dan Haewoo.

" Wuish. Tak lah. Mana ada si Yoongi tu gay. Kau ni pun. " pintas Minhwan.

" Tak ada lah. Aku tengok dia pelik sangat. " Ujar Jimin lagi.

" Dia nak berkawan dengan kau lah tu. Eh kau tak nak berkawan dengan dia ke? " Soal Haewoo.

" Kenapa? Dahtu? Kau orang tak kawan dengan dia? " Jimin menjawab dengan soalan.

" Kami.. err kami kawan lah jugak. "

Jimin menjongket bahu. Lalu mengambil tempatnya untuk menyambung kerja sekolahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience