BAB 18

Fanfiction Completed 5552

Jimin menghulurkan satu choki choki kepada Yoongi yang berjalan seiringan dengannya. Lelaki itu tersenyum terlebih dahulu sebelum menyambut huluran Jimin tadi.

" Kenapa kau tak kira macam selalu? " Jimin menyoal apabila dia tersedar yang Yoongi hanya bediam diri dan tidak mengira langkah seperti biasa.

" Aku buat macam tu dulu sebab aku sorang sorang. Sekarang.. aku kan dah ada kawan. " Perlahan sahaja ayat yang ditutur Yoongi.

Jimin hanya tersenyum. Dia tahu yang Yoongi pertama kali mendapat kawan dan sama juga dengannya. Yoongi adalah kawan yang pertama dia ada. Iyalah, siapa yang nak berkawan dengan orang nerd seperti dia.

" Eh Yoongi, kau nak ke mana? Jalan nak ke rumah kau sebelah sini lah. " Jimin menegur apabila Yoongi melangkah laju masuk ke lorong kiri.

" Jimin ah! Ikut ajelah. Cepat. " Yoongi membuat isyarat tangan agar Jimin berlari ke arahnya.

Jimin yang kurang pasti dengan situasi itu, berlari ke arah Yoongi.

" Kau nak ke mana ni? Jalan ni kan nak ke bandar? " Jimin menyoal.

" Adalah. Kau ikut je eh? "

Jimin mengeluh seperlahan mungkin. Langkah diatur supaya seiringan dengan Yoongi dan beberapa minit selepas itu, mereka tiba di satu lot kedai di bandar.

" Kedai cermin mata? Kau dah rabun ke? " Anak mata Yoongi dipandang minta kepastian.

" Bukan aku rabun tapi kau. Kau ingat aku ada suruh kau beli cermin mata yang baru? Selama beberapa hari ni, aku perhati je kau masih jugak pakai cermin mata yang dah pecah kat hujung tu. Jom masuk. " Yoongi melingkarkan tangannya di bahu Jimin lalu memaksa lelaki itu melangkah masuk ke dalam kedai.

" Tak payah lah Yoongi. Aku boleh beli nanti. Aku akan pergi dengan appa aku. " Jimin mengangkat cermin matanya yang hampir jatuh ke hidung.

" Tengok ni? Power kau berapa? Design macam mana yang kau suka? Bagi aku janganlah besar sngat. " Yoongi 100% menghiraukan apa yang dikatakan Jimin sebentar tadi.

" Err. Aku suka yang besar sikit. Terang pun terang. "

Yoongi tersenyum lalu meminta pekerja kedai tersebut mengeluarkan sepasang cermin mata yang menarik perhatiannya.

" Jimin ah, cuba ni. " Cermin mata yang baru itu dihulurkan pada sahabatnya.

Jimin nak tak nak menanggalkan cermin matanya sebelum mencuba cermin mata yang baru itu.

" err jelas. Macam cermin mata aku yang sekarang ni. "

" Okay, kita beli. "

" Eh Yoongi. Aku lupa yang aku tak bawak duit lebih. Lain kali kita-- " ayatnya tergantung apabila melihat Yoongi sudah menghulurkan beberapa helai duit kertas kepada pekerja kedai tersebut.

" Yoongi ah.. "

Dengan bangga, beg kertas kecil berisi cermin mata baru itu dihulur ke arah Jimin. " Nah, untuk kau. Pakai tau. "

Perlahan lahan Jimin menyambut beg kertas itu. Lalu langkah Yoongi yang sudah keluar dari kedai dikejar.

" Yah Yoongi, mana kau dapat duit ni. Cermin mata ni bukan murah tau. "

Yoongi tergelak kecil. " Duit belanja aku. Duit yang omma aku bagi untuk belanja kat sekolah aku tak pernah guna, dan aku simpan sampai aku tak tahu nak guna untuk beli apa. Anggaplah ni aku balas jasa kau tolong aku tempoh hari. "

Jimin terdiam seribu bahasa. Perlahan lahan satu senyuman terukir di bibirnya.

" Gomawo Yoongi ah. "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience