BAB 2

Fanfiction Completed 5552

Pintu kelas di belakang terkuak , seorang lelaki yang mukanya agak tegang masuk sambil menggalas acuh tak acuh begnya . Seperti biasa , jika lelaki itu masuk , tiada apa apa yang perlu dipandang sangat .

Yoongi terus melangkah ke tempat duduknya yang terletak paling belakang dan hujung tingkap . Dia tiada seatmate kerana dia tidak mahu orang lain berkongsi tempat di sebelahnya . Dia lebih senang duduk berseorangan .

Memandangkan cikgu masih belum menunjukkan diri walaupun masa jadualnya sudah mula , Yoongi mengambil keputusan meletakkan kepalanya di atas meja .

Bukan dia kena buat apa pun , nak bersembang dengan yang lain ? Hm tak ada harapanlah .

" Hoi. "

Satu suara kedengaran . Yoongi tidak hirau suara yang selalu didengarinya itu . Dah naik muak.

" Hoi aku panggil ni . " Satu sepakan yang sengaja dilepaskan pada meja Yoongi .

Yoongi diam lagi .

" Memang nak mam-- "

" Aku ada kacau kau ke? Aku nak tanya sikit , ada aku ganggu kau tadi ? " Yoongi mengangkat kepala . Sengaja dia mengeraskan suaranya .

" Heh .. mwo .. " Minhyuk tersengih bengang .

" Kalau aku tak ganggu kau , baik kau blah je . Aku muak lah tengok kau . " Yoongi tak ada kuasa nak layan , jadi dia meletakkan kepalanya semula ke atas meja .

" Mwo? Hoi kau ingat aku suka sangat ke nak tengok muka kau? Hah?! " Bentak Minhyuk. Hampir sahaja dia menumbuk kepala Yoongi tadi namun sempat dihalang Minhwan.

" Dahlah Minhyuk. Karang tak pasal korang berdua kena berdiri kat padang lagi . " Pujuk Minhwan lembut .

" Murid-murid! "

Cikgu Jaeha masuk membuatkan satu kelas kelam kabut mencari tempat masing masing . Yoongi yang turut mendengar suara Cikgu Jaeha bangkit .

" Bersembang je tahu . Tak ada keja yang berfaedah sikit ke ?" Suara Cikgu Jaeha . Dia memandang setiap pelajarnya untuk memastikan semua hadir hari itu .

" Hari ni semua hadir ya? Tahniah . Dan cikgu ada berita baru . "

Kelas mula bising . Teruja dan tidak sabar mahu tahu berita tersebut.

" Kita ada pelajar baru hari ni . Dia buat laporan semalam bersama ayahnya jadi hari ni, dia rasmi sebagai warga sekolah kita . " kata kata Cikgu Jaeha disambut sorakan oleh yang lain.

Yoongi diam . Dia sudah tahu mesti lelaki yang dia lihat sewaktu dia didenda bersama Minhyuk mangkuk.

" Masuk. " panggil Cikgu Jaeha sebelum seseorang melangkah masuk ke dalam kelas itu.

" Wuu! "

" Huyoo 'Smart'! " jerit Minhyuk di belakang dan disambut gelak tawa yang lain .

Yoongi tahu itu sindiran.

" Okay, introduce yourself to your new friends. " arah Cikgu Jaeha .

Lelaki itu mengangkat cermin mata besarnya yang hampir jatuh ke hidung dengan sengihan lebar .

" Ehe annyeonghaseyo . Park Jimin imnida . Eheuheu . " Jimin menundukkan badannya ke bawah sehingga cermin matanya terlucut .

" Omo, omo. " Jimin lantas mencapai cermin matanya dan memakainya semula lalu sekali lagi tersengih lebar.

Beberapa orang pelajar sudah tergelak melihat gelagat dungu pelajar baru mereka .

Yoongi buat tak heran sahaja. Lebih baik dia pandang keluar . Lebih dia tenang .

" Jimin ah , tali kasut kau terbukak lah . " gurau Minhyuk sambil ketawa . Ketawanya bertambah apabila dia melihat Jimin kelam kabut memandang kasutnya .

" Heuheu. " Jimin hanya tersengih lagi dan mengangkat lagi cermin matanya apabila dapat tahu itu hanya gurauan.

" Minhyuk, tak baik. " Cikgu Jaeha menegur . Bahu Jimin dipegang .

" Jimin ah, tak ada meja kosong sebenarnya . Jadi kamu kena ambik dekat stor hujung laluan ni . Boleh kan? " tanya Cikgu Jaeha .

" Oh boleh boleh. " Jimin mengangguk seraya tersenyum .

" Okay . Hm Yoongi , boleh tolong Jimin angkat meja dan kerusi dia tak? Tolonglah dia sekejap je . " rayu Cikgu Jaeha tiba tiba .

Yoongi yang tadinya memandang luar terus mengalih pandangan ke arah Cikgu Jaeha dan Jimin yang sedang memandangnya .

Anak mata Yoongi tajam memandang Jimin.

" Boleh tak? " tanya Cikgu Jaeha lagi.

Yoongi terus bangun , cakap ya pun tidak dan dia terus melangkah keluar dari pintu belakang .

" Hah Jimin, letak beg kamu tu dekat belakang dulu . Pergi ikut Yoongi tadi . " arah Cikgu Jaeha.

Jimin berlari lari anak ke belakang. Tiba tiba dia hampir tergelincir.

" Omo omo. " Kata Jimin perlahan . Nasib dapat dikawal. Jimin terdengar gelak halus dari pelajar yang lain.

Jimin lantas keluar dan mengejar Yoongi yang sudah agak jauh ke hadapan.

Jimin akhirnya sampai disebelah Yoongi yang mahu memulas tombol pintu stor.

" Hehe annyeonghaseyo! Park Jimin imnida! " Jimin memperkenalkan dirinya sekali lagi tetapi kali ini pada Yoongi sahaja .

Yoongi mengendahkan. Jimin di sebelah tidak dipandang langsung lalu dia menerobos masuk ke dalam stor dengan muka tegang .

" Nama awak apa? Lagi sekali, saya Jimin. " tanya Jimin yang nampaknya sangat teruja.

" Kau boleh diam pastu ambik meja tu je boleh tak ? Aku bawak kerusi. Heh menyusahkan orang. " kata Yoongi lalu keluar dengan tangan kanan mengheret kerusi.

Jimin tercengang. Cermin mata diangkat sekali lagi. Kebiasaan agaknya. Tanpa banyak cakap, Jimin lantas mengangkat meja seorang diri .

Setelah berusaha beberapa minit, dia berjaya sampai ke kelasnya semula. Yoongi dilihatnya sudah duduk semula di tempatnya .

" Hah Jimin, letak meja sebelah Yoongi tu. Kali ini cikgu taknak dengar cakap dia . Awak jadilah seatmate pertama dia . " arah Cikgu Jaeha.

" Cikgu.. " Tajam Yoongi memandang Cikgu Jaeha.

Cikgu Jaeha menggeleng. Tanda tidak mahu dengar rungutan Yoongi.

" erh. " rengus Yoongi sebaik sahaja Jimin menyambungkan mejanya dengan meja Yoongi .

Jimin mendapatkan kerusi dan begnya lalu duduk di tempatnya iaitu di sebelah Yoongi.

" Haa macam ni baru betul . Bodoh bertemu dungu .. kan padan . " Minhyuk bersuara perlahan namun masih dapat didengari Yoongi .

Yoongi tahan sabar. Memang kena tahan . Sabar nak menghadap Minhyuk gila tu dan lelaki rambut belah tengah dengan cermin mata besar bernama Jimin yang masih tersengih di sebelahnya!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience