BAB 14

Fanfiction Completed 5552

Hyunsik tertunduk dari tadi. Min ( dalam chapt berapa tah author tulis ahjumma kan? author malas nak tulis dah, jadi author gunakan 'Min' saja untuk omma Yoongi ni ) juga begitu .

" Err ahjumma, boleh saya tumpang ke bilik air ?" Pertanyaan Jimin yang tiba tiba itu agak mengejutkan Min dan Hyunsik. Seketika dia mengangguk lalu meberitahu arah untuk Jimin ke sana. Jimin lantas pergi dari situ , sebenarnya dia bukanlah mahu ke bilik air sangat. Dia dapat rasa yang appanya dan omma Yoongi saling mengenali. Dia mengambil langkah tersebut untuk memberi peluang mereka berbual.

" Min, kau sihat? " soal Hyunsik.

Min hanya mengangguk namun masih tertunduk. Wajah Hyunsik agak berat untuk dipandangnya. Hyunsik hilang kata kata. Ideanya kurang untuk berbual dengan wanita yang cukup dikenalinya itu.

" Wajah kau tak berubah langsung dari dulu. Aku yang seusia dengan kau pun nampak lebih tua. " Hyunsik cuba untuk memulakan perbualan.

" Macam mana kau boleh ada di sini? " Min cuba menghiraukan kata kata Hyunsik tadi. Sebenarnya dia tidak sanggup untuk berhadapan dengan lelaki itu.

" Aku baru pindah ke sini. Dan aku tak tahu pulak yang kau jugak menetap kat sini. Yang tadi tu, anak aku. Park Jimin. Dia kawan kepada anak kau, Min.. "

" Yoongi, anak aku, Min Yoongi. " Sambung Min laju.

" Oh ya. Aku lupa. "

Suasana kembali senyap. Jimin yang sedari tadi duduk di balik dinding itu sabar menunggu.

" Kenapa kau bertutur baik pada aku? Bukankah-- "

" Min, kau tak pernah bersalah dalam hal ni. Aku dan isteri-- tak, mendiang isteri aku tak pernah salahkan kau dalam hal ni. Tolonglah, aku tak mahu ungkitkan kisah lama. Kalau kau anggap kami berdendam, kau salah. Aku cari kau selama ni, dan aku bersyukur anak kita temukan kita semula. " Jelas Hyunsik panjang lebar.

" Jihyun.. dah pergi ?" Hyunsik terlihat air mata yang bergenang di pelupuk mata Min. Perlahan sahaja Hyunsik mengangguk, mengiyakan soalan Min tadi.

" Ya, seminggu selepas kau pergi jauh dari kami. " Terang Hyunsik membuatkan Min berbah riak.

" Maafkan aku. " Min mengeluh perlahan.

" Dah berapa kali aku cakap, semua ini bukan salah kau, Min. " Hyunsik memandang wajah Min yang bersih dari sebarang jerawat. Cuma debu debu sikit melekat di kulit putihnya.

" Kalau aku tak telefon dia masa tu, dia mungkin hidup lagi bersama kau. Sebab tu aku rasa bersalah, Hyunsik. " Air mata Min gugur.

" Dah lah, Min. Tak guna kau ingat dan ungkitkan kisah lama. Sekarang ni, anak kau ada di hospital. Dia cedera selepas dibelasah penculik. " ujar Hyunsik lagi. Kali ini, mata Min terbuntang luas.

" Macam mana.. "

" Anak aku yang hantarkan dia ke hospital. Dan sebenarnya tujuan aku dan anak aku kesini untuk beritahu hal ini lah. Dan aku masih tak sangka kita boleh berjumpa semula. "

" Aku nak ke sana sekarang. " Min bangun dari duduknya. Namun Hyunsik cepat cepat memegang lengan Min dan menghentikan langkah wanita itu.

" Esok sahajalah kau ke sana. Ini dah lewat malam. "

" Tak. Aku akan pergi jugak. Yoongi tu anak aku tahu? Sebagai omma, aku risaukan dia. " Min menepis tangan Hyunsik yang menggenggam lengannya tadi lalu melangkah ke pintu pagar.

" Bahaya Min! Biar aku hantarkan! "

" Tak perlu, aku akan ke sana sendiri. Kau baliklah. Anak kau perlu berehat. Sampaikan terima kasih pada Jimin. " Ujar Min lalu berlari keluar, sebelum tubuhnya hilang di balik pintu pagar.

" Biarlah, appa. Ahjumma mesti risaukan Yoongi. " Jimin muncul di balik pintu. Bahu appanya di sentuh.

" Yalah, jom balik. "

Lantas mereka menyambung perjalanan pulang ke rumah. Hyunsik hanya mendiamkan diri sepanjang waktu itu dan Jimin memberi ruang untuk appanya bersendirian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience