BAB 46

Fanfiction Completed 5552

Sebuah majlis makan malam diadakan di rumah Hyunsik sempena meraikan perkahwinannya dengan Min. Hatinya sangatlah gembira apabila akhirnya dia dapat bersama dengan wanita yang dicintainya di samping menyempurnakan amanat yang disampai Jihyun, mendiang isterinya.

Min masih melayan tetamu dengan wajah yang manis. Walaupun dia sudah dalam lingkungan umur tua, wajahnya masih kelihatan remaja.

" Hyunsik ah, mana Jimin? " Min menyoal sambil matanya melilau mencari kelibat Jimin yang sekarang sudah menjadi anak tirinya itu.

" Dia ada di ruang tamu. Tadi baru je saya nampak dia. " Hyunsik menujukan jarinya ke arah dalam rumah. Min tersenyum lantas meninggalkan Hyunsik untuk mendapatkan Jimin.

Sesampai di ruang tamu, kelihata Jimin sedang termenung di atas sofa. Min terus mendapatkan Jimin.

" Jimin ah.. " Min menyapa.

" Omma.. " Jimin lantas melemparkan senyumannya. Wajah Min yang cantik dipandang.

" Jimin dah makan ke? Kalau belum, jom makan dengan omma? " ajak Min.

Jimin menggeleng perlahan. " Tak apalah, omma. Jimin tak lapar. Omma, Jimin nak tanya sesuatu. "

" Ya tanyalah. "

" Yoongi mesti gembira, kan? Sebab harapan dia nak tengok omma dan appa Jimin bersatu. Tapi, dia tak ada di sini. " Jimin tertunduk.

" Mestilah dia gembira, Jimin. Ingat, walaupun alam kita dan Yoongi berbeza, dia tetap ada dengan kita. Yoongi mesti sedih kalau Jimin sedih macam ni. " Pujuk Min. Dia mengusap rambut lebat Jimin.

" Ne, omma. Entah kenapa, Jimin rasa macam dekat sangat dengan Yoongi. Macam dia akan datang jumpa Jimin. Dan Jimin pun akan datang jumpa dia." Jimin tersenyum di hujung ayat.

" Jimin.. " Hati Min tiba tiba dilanda kegusaran apabila mendengar ayat Jimin itu.

" Lawa baju Jimin. Inikan kemeja yang Yoongi hadiahkan? " kata Min cuba menukar topik.

Jimin mengangguk. " Sebab tu Jimin rasa Yoongi dekat dengan Jimin. " Jimin mengusap kemeja yang dipakainya.

" Omma.. " Jimin mengenggam tangan milik Min. Anak matanya bergetar saat memandang wajah ommanya itu.

" Maafkan Jimin.. "

Min agak tersentak. Tiba tiba sahaja ayat maaf keluar dari mulut Jimin.

" Jimin tak pernah buat salah apapun untuk omma maafkan Jimin. Jimin anak yang baik dan kuat kan? " Min memegang kedua belah bahu Jimin.

" Terima kasih omma. Tolong jaga appa baik baik. Teman dia selalu sebab appa dah lama bosan tinggal di rumah sewaktu Jimin ke sekolah. " Jimin menutur katanya dengan suara yang tersekat sekat.

" Jimin. Kenapa cakap macam ni, sayang? " Min mula tak sedap hati.

" Jimin nak jumpa appa. Appa di mana? " Jimin lantas bangun dan mencari appanya, Hyunsik.

Jimin menguatkan dirinya berjalan mendapatkan Hyunsik yang sedang melayan tetamu. Hyunsik yang akhirnya menyedari kedatangan anaknya itu segera mendapatkan Jimin terlebih dahulu.

" Jimin, kenapa pucat ni? Nak demam balik ya? Jom makan ubat eh? " Hyunsik mula risau apabila terlihatkan wajah pucat Jimin.

" Tak, appa. Jimin datang nak mintak maaf pada appa. " Jimin lantas memeluk appanya tanpa menghiraukan segelintir tetamu yang mula memerhati.

" Jimin, kenapa ni? " Hyunsik gelisah dan matanya memandang Min yang berdiri di belakang dengan wajah yang juga gelisah.

" Jimin sayang appa. Jimin mintak maaf. Jimin nak pergi.. " Jimin menangis semahunya di bahu Hyunsik.

" Yah Jimin. Nak pergi mana ni? " Hyunsik mengusap belakang anaknya.

" Jumpa Yoongi. "

Hyunsik mula hendak menangis. Namun air matanya turun semahunya apabila tangan Jimin yang memeluknya perlahan lahan longgar. Dan dia merasakan Jimin terlentok di badannya.

" Jimin? Jimin masih dengar suara appa kan? " Hyunsik bersuara dan lantas memeluk lebih erat anaknya itu.

" Park Jimin! Kenapa buat appa macam ni. Park Jimin, anak appa! " Hyunsik terduduk sekali dengan jasad Jimin yang kaku tidak lagi bergerak. Min sudah terduduk dengan tangisan yang tidak dapat ditahan.

Dr.Baekhyun yang juga dijemput ke majlis itu segera mendapatkan Hyunsik dan Jimin. Beberapa pemeriksaan dilakukan atas kemahirannya kepada Jimin dan dia mengeluh.

" Hyunsik. Dia.. dah tiada. "

Maka, gemparlah majlis itu dengan tangisan seorang ayah yang sangat menyayangi anaknya.

***

Hyunsik merenung kosong ke arah batu peringatan Jimin yang dibina bersebelahan batu peringatan Yoongi atas cadangan Min. Hyunsik tidak dapat mengalirkan air matanya yang sudah kering apabila menangis seharian suntuk mengenangkan nasibnya.

" Hyunsik, biarlah dia pergi dengan tenang. Itu takdir yang dah ditetapkan pada kita. Sekurang kurangnya kita dapat gembirakan Jimin yang sekarang mungkin dapat bersama balik dengan sahabatnya, kan? Jom, hari dah nak dekat senja. Kita kena balik. " Min mengusap bahu suaminya itu dan membiarkan Hyunsik mengusap batu peringatan itu buat kesekian kali bagaikan dia dapat mengusap rambut Jimin.

" Yoongi ah, temankan anak appa macam selalu ya? " Hyunsik sempat lagi mengusap batu peringatan Yoongi sebelum mereka melangkah pulang.

Kedengaran suara burung bernyanyi nyanyi cuba menggembirakan hati pasangan yang dilanda kesedihan itu.

Dengan suasana senja yang akan tiba, terbayanglah segala memori yang menggambarkan dua orang sahabat yang saling menyayangi bagaikan adik beradik. Semuanya akan menjadi kenangan yang terindah pernah mereka miliki.

" Kau gembira berkawan dengan aku ?" _Park Jimin.

" Ya. Memang aku gembira. Tapi sayangnya, aku patut berkawan dengan orang lain dari dulu lagi. "_Min Yoongi.

" Tak apa. Asalkan aku ada untuk kau sebagai kawan. Aku senang tengok kau gembira. "_Park Jimin.

" Aku tak mampu nak balas budi baik kau. Kalau boleh, aku akan buat. "_Min Yoongi.

" Kau patut balas budi aku , dengan cara kau takkan tinggalkan aku lepas ni. " _Park Jimin.

" Maafkan aku, Jimin. " _Min Yoongi.

" Tak , Yoongi. Aku tak akan maafkan kau kalau kau tinggal aku lagi. " _Park Jimin.

" Tapi nanti aku akan pergi. Tak bolehkah kau maafkan aku ?" _Min Yoongi.

" Boleh tapi, kalau kita pergi sama sama. " _Park Jimin.

" Jimin ah.. akhirnya kau maafkan aku kan? " _Min Yoongi.

" Ya, sahabat. Terima kasih, Min Yoongi. Kau lah sahabat terbaik aku. " _Park Jimin.

" BESTFRIENDS. "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience