BAB 10

Fanfiction Completed 5552

" Awak okay tak? "

" Tangan dan kaki awak darah, awak tak okay! "

" Mari saya tolong! "

" Sekejap! saya perlu cari omma saya. Tapi omma suruh lari! "

" Hah? mana omma awak? kenapa awak perlu lari? "

" Appa jahat. "

" Saya tak faham. Ken-- "

" MIN YOONGI! "

" Awak! lari sekarang! "

" Kita lari sama sama! pegang tangan saya! "

" CEPAT! "

Yoongi lantas bangun dengan dahi berpeluh. rambutnya yang jatuh menutup dahi diselak ke atas. Yoongi meraup wajahnya perlahan sambil dia cuba mengingati mimpi yang telah mengejutkannya tadi.

" Apa ni? " Yoongi tertanya tanya. Antara ingat dan tidak ingat, dia yakin itu kisah silamnya sewaktu dia kecil dulu.

Yoongi mengeluh. dia terpandang selimut yang sudah jauh darinya. agaknya ditendang sewaktu tidur tadi, fikir Yoongi. Selimut tebal berwarna putih kuning itu ditarik lalu dia baring sambil menyelimutkan diri sendiri.

setelah beberapa minit Yoongi termenung, dia terlelap semula.

***

Matahari asyik dilindungi awan tebal yang menyebabkan suasana tidak begitu panas dan terik. Walaupun bercuaca nyaman dan sejuk, Yoongi masih malas berdiri di padang sekolah pada mata pelajaran pendidikan jasmani. Yoongi lebih suka berdiri di bahagian belakang kerana , dia tidak suka berdiri di hadapan dan terpaksa menghadap guru mereka itu.

" Sukan ni penting ya uolls! kalau kurang bersenam, nanti badan asyik sakit! Tahu tak sakit? Eishh sir tak suka sakit sakit ni! " Guru pendidikan jasmani kelas itu, Sir Hoseok atau popular dengan nama manja Jhope, bersuara.

" Okay, memandangkan muka korang semua dah macam nyamuk kena langgar kapal terbang dengar penjelasan saya, boleh tak kita bincang nak sukan apa hari ni? " Sir Jhope mengangkat kening. membiarkan pelajar pelajarnya berbisik diantara satu sama lain.

" Badminton! " Sekumpulan pelajar perempuan menjerit sambil tersengih sengih.

" Okay. And macam mana pulak dengan boys? Badminton jugak ke? " Soal Sir Jhope pada kumpulan pelajar lelaki.

" Bola keranjang, Sir. macam biasa. " Minhyuk menjawab bagi pihak pelajar lelaki.

" Uh? okay. Dah! wakil masing masing pergi ambil barang sendiri! " Arah Sir Jhope tiba tiba lalu menuju ke bangku yang terletak di bawah pokok. Namun beberapa langkah sahaja, langkahnya terhenti apabila namanya dipanggil.

" Sir.. "

Sir Jhope mengalih pandang. matanya sekarang menghadap seorang pelajar lelaki berkulit putih.

" Ada apa, Yoongi? "

" Saya tak main. " Yoongi berkata dengan suara mendatar. Mata Sir Jhope dipandang panas.

" Kamu tahu ni kelas apa? "

Yoongi mengangguk.

" Kelas apa? "

Yoongi diam sekejap.

" Sukan."

" So, pergi sukan sekali! Jangan malas bersukan! " Sir Jhope bersuara dengan nada agak tinggi lalu menyambung langkahnya meninggalkan Yoongi yang mula sakit hati.

" Yoongi ah! Minhyuk ajak awak lawan team dia. " Tiba tiba Jimin menghampirinya dan berkata dengan nada kurang senang.

Yoongi memandang Minhyuk yang sedang tersenyum jahat dari jauh. gaya lelaki itu seakan akan cuba mencabar Yoongi. Perlahan lahan Yoongi melangkah merapati gelanggang keranjang. Namun laluannya terhalang apabila Jimin berdiri di hadapan.

" Yoongi ah, janganlah begaduh. tak payah lah main dengan mereka. kita main badminton macam pelajar perempuan nak t-- " Bahu Jimin dilaganya dengan bahu Yoongi. Jimin hanya mampu megeluh melihat Yoongi yang langsung tak mendengar kata katanya.

" Hai Yoongi. Min Yoongi anak.. oops. tak boleh sebut. " Minhyuk ketawa di akhir kata.

Yoongi hanya menahan geram. wajah selamba dipamerkan. berharap cukup membuatkan Minhyuk tahu yang dia masih bersabar.

" Aku tiba tiba nak buat perlawanan tergempar pulak hari ni. Perlawanan yang cuma ada dua orang sahaja. Aku dan.. kau. " Kata Minhyuk lalu melantunkan bola ke lantai dua kali.

" Amacam? kau takut ? Eh! Setahu aku, kau tak ada perasaan takut. " Perlahan lahan Minhyuk merapati Yoongi yang masih tenang berdiri.

" Ready? " Minhyuk tersenyum. saat itu, beberapa pelajar lelaki yang lain mula menjauhkan diri dan duduk sbagai penonton. hanya Jimin yang masih berdiri kerana dihantui rasa bimbang.

Geng sekutu Minhyuk, dua orang itu juga tersenyum jahat. Semua menanti perlawanan bermula dengan penuh debar. Mereka bukan tak tahu, yang Yoongi dan Minhyuk memang musuh abadi sejak sekolah rendah lagi! Namun, tiba tiba bola di tangan Minhyuk dirampas. Minhyuk yang terpinga pinga terus mengejar Yoongi yang sudah mara ke jaring gol.

belum sempat Minhyuk menghalang, Yoongi sudah memasukkan satu gol bagi pihaknya sendiri. Minhyuk tersengih cuba mengejek.

" Okay, aku akan bagi kau menang dulu. sebab aku ni kan baik. " Minhyuk melantunkan bola ke lantai beberapa kali. sekali gus cuba menjauhkan diri dari Yoongi yang mula mahu merampas bolanya. Minhyuk berlari lalu dia berjaya memasukkan satu gol lagi. rakan sekutunya menjerit bagaikan tengok bola.

Perlawanan antara musuh yang hanya cuba melunaskan rasa benci bermula lagi. lagi, lagi dan lagi. sehingga kini keputusan adalah 8-7 iaitu berpihak pada Minhyuk.

" Tak sangka kau pandai jugak main bola keranjang, ya? Tapi jangan harap kau boleh kalahkan aku. " Kata Minhyuk perlahan. dia cuba mengunci pergerakan Yoongi yang sedang melantunkan bola.

Yoongi bertindak. dia berlari ke arah jaring namun tiba tiba dia rebah ke lantai. Bola keranjang di tangannya terbaling sebelum sempat dia sampai di jaring. wajah Minhyuk yang telah menyepak kakinya tadi dipandang geram.

" Wah seri! Eh Yoongi ah! " Jimin melompat riang sebelum dia terlihat Yoongi yang terbaring di lantai.

Minhyuk terkejut melihat bola yang sudah melantun ke arah lain setelah masuk ke dalam jaring. Dia lantas memandang rakannya meminta penjelasan.

" Haah, Yoongi sempat baling dari jauh sebelum kau sepak kaki dia. And, bola tu masuk jaring dari jarak jauh. " Jelas salah seorang pelajar yang melihat babak itu.

Minhyuk naik geram secara tiba tiba. Tubuh Yoongi yang sedang bersusah payah untuk bangun dihampiri sebelum melayangkan satu tumbukan.

Tumbukan yang sepatutnya mengena muka Yoongi, terkena pada muka orang lain pula. Jimin yang sempat melindungi Yoongi tadi terdorong ke tepi. namun, dengan cepat dia bangun semula sambil memperbetulkan cermin mata.

" Janganglah bergaduh. kalau tak, saya panggil cikgu. " Jimin memegang hidungnya yang pedih.

" Hei kau ni sibuklah nerd! yang kau asyik nak tunjuk hero kat anak pembunuh ni-- "

Buk! Minhyuk pula yang tumbang. Mata Minhyuk membulat melihat gerangan yang telah menumbuknya sehinggakan celah bibirnya pecah, iaitu Jimin!

Jimin yang melihat penumbuknya terketar mula menggelabah. tindakan drastik yang dibuatnya sebentar tadi menyebabkan Minhyuk bertambah naik angin. wajah Jimin dipandang geram.

" Kau tunggu aje budak nerd. " pesan Minhyuk keras sebelum berlalu pergi.

Jimin juga tak sangka dia bertindak begitu apabila Minhyuk menggelarkan Yoongi dengan gelaran itu.

" Yah. "

" Ne? Ne? " Jimin berpaling memandang Yoongi yang sudah menghulurkan dia sehelai sapu tangan.

" Hidung kau darah. " tegur Yoongi.

Jimin terangguk angguk lalu mencapai sapu tangan tersebut dan menyapu hidungnya. cecair merah melekat di situ.

" Terima kasih. "

Ucapan tiba tiba dari Yoongi itu membuatkan Jimin terhenti membersihkan hidung. Yoongi yang sudah bergerak menjauhinya dipandang. lalu keluhan kecil dari mulut Jimin kedengaran.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience