BAB 4

Fanfiction Completed 5552

Beg sekolah yang agak ringan dicampaknya ke atas katil . Jimin menyisir rambutnya ke belakang sehingga rambutnya berserabai sambil menghela nafas yang kedengaran berat . belum sempat dia membuka butang baju sekolahnya , pintu bilik terkuak dari luar .

" Jimin ah? oh nak tukar baju? nanti dah siap , Jimin turun ya? makan sama dengan appa ." lelaki yang menggelarkan dirinya appa Jimin itu bersuara .

" ne appa. sekejap lagi Jimin turun. " sebaik sahaja Jimin menghabiskan ayatnya , appa Jimin , Park Hyunsik menutup kembali pintu bilik anak tunggalnya .

Jimin lantas menukar baju sekolahnya lalu turun semula ke bawah sebaik sahaja siap berpakaian biasa . matanya terpandang kelibat appanya yang sedang menyusun mangkuk yang berisi pelbagai lauk bagi santapan perut mereka .

" appa ke yang masak semua ni? " soal Jimin sambil melabuhkan duduk di salah satu kerusi . matanya bersinar terang memandang lauk pauk yang pastinya menaikkan selera .

" ya. Ahjumma Yeon ambil cuti tiga hari . anak bongsu dia demam. " jawab Hyunsik lalu mengambil duduk berhadapan dengan Jimin .

" pandai appa masak banyak banyak ni. " Jimin mengangkat kening . tangannya laju menyepit sayur dengan menggunakan chopstick .

" apa pula tak pandai. ni Park Hyunsik lah. " Hyunsik mendabik dada seakan membangga diri . tindakan appanya itu mencetuskan gelak kecil dari Jimin .

" macam mana hari pertama di sekolah baru ?" Soalan Hyunsik membuatkan Jimin terhenti mengunyah .

" best appa. ramai kawan yang baik ." Jawab Jimin lancar walaupun dia cuba berbohong . cermin mata diangkat sedikit ke atas kerana hampir mengena hidung . wajah appanya dipandang seraya melemparkan senyuman .

" wah, baguslah tu . kalau ramai kawan yang baik , Jimin tak lagi sendirian kan. " kata kata Hyunsik sedikit sebanyak membuatkan hati Jimin tersentuh .

' appa, maafkan Jimin sebab berbohong pada appa . Jimin cuma nak appa buat kerja tanpa risaukan Jimin lagi .'

" deskmate Jimin okay orangnya ? " tanya Hyunsik lagi .

" ne appa. dia okay sangat . dia selalu tolong Jimin ." ah! Jimin berbohong lagi . deskmatenya bukanlah seorang yang boleh dikatakan okay . tolong Jimin? ah pandangnya pun seakan terpaksa sahaja .

" bagus tu! sekurang kurangnya anak appa dah dapat kawan baru . sekali sekala, ajaklah kawan Jimin datang ke rumah . tak adalah Jimin sunyi sangat . omma pun tiada ." kata Hyunsik dengan suara yang agak sayu di hujungnya.

" tak apa ,appa . Jimin tak adalah sunyi sangat sejak pemergian omma . Ahjumma Yeon kan ada . sekali sekala Jimin lawan catur dengan dia ." Jimin tersenyum . cuba menenangkan hati appanya yang mula rindu mendiang isterinya .

Hyunsik juga tersenyum . dia sempat menyepit sekeping daging pedas dan diletakkannya ke dalam mangkuk nasi anaknya .

" Hm appa ." Panggil Jimin . Dia menggaru belakang kepalanya setelah Hyunsik memandang ke arahnya .

" Ada apa? Nak kahwin? " Soal Hyunsik meluru .

" haish bukanlah appa! " Jimin menepuk meja makan perlahan . Hyunsik tersengih melihat gelagat anaknya .

Hyunsik sedikit bingung melihat Jimin yang sepertinya ada sesuatu yang tak kena . Dia rasa Jimin mahu memberitahunya sesuatu .

" Jimin dah jumpa dia. "

Jelas riak terkejut terpapar di wajah Hyunsik . Dia memandang anak mata Jimin seolah olah mahu pengesahan daripadanya . Melihatkan Jimin mengangguk, Hyunsik yakin ayat yang dikatakan oleh Jimin tadi adalah benar .

" Dia? Dia tinggal di sini? " soal Hyunsik .

" Ya appa. Dia yang appa cari selama ni tinggal di sini. " jawab Jimin jujur .

Hyunsik mengukir senyuman nipis .

Akhirnya .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience