BAB 11

Fanfiction Completed 5552

Sebaik sahaja loceng menandakan waktu persekolahan sudah tamat, para pelajar mula kelam kabut untuk balik awal. Yoongi seperti biasa akan membiarkan kelas lenggang dahulu, baru dia akan keluar untuk pulang.

" Err Yoongi ah, awak tak nak balik ke? " Jimin menyoal lelaki itu yang nampaknya sedang bermalas malasan memasukkan barang ke dalam beg sekolah.

" Kau balik je lah. " Tutur Yoongi tanpa memandang wajah Jimin yang mula berasa sedikit kecewa.

Jimin mengangguk perlahan sebelum kakinya dihayunkan keluar dari kelas.

Yoongi bangun lalu menggalas begnya dan keluar. Sekolah mulai lenggang membuatkan Yoongi tidak terlalu berserabut. Langkah diambil perlahan menuju ke pintu pagar sekolah sebelum matanya tertangkap satu tubuh yang dia kenal sedang bermain main batu kecil dengan kakinya.

Yoongi mengambil keputusan untuk berpura pura tidak menyedari kewujudan Jimin tetapi Jimin sudah merapatinya terlebih dahulu.

" Yoongi ah, saya nak balik dengan awak? " Jimin menyatakan hasratnya yang satu itu. Tetapi wajah dingin Yoongi sudah boleh agak jawapannya.

" Kenapa? " Sepatah Yoongi bertanya.

" Err, kenapa apa? " Soal Jimin semula. Tidak faham apa yang cuba disoalkan oleh Yoongi.

" Kenapa kau selalu ganggu aku? " Yoongi berhenti lalu memandang Jimin.

" Saya cuma nak balik dengan a-- "

" Tak. Aku tak suka. " Yoongi lantas menyambung semula langkahnya meninggalkan Jimin yang sudah kecewa dengan sikap Yoongi itu.

" Kenapa tak suka? " Jimin menaikkan suaranya sedikit kerana faktor jarak mereka.

Jimin menghela nafas berat kerana Yoongi menghiraukannya. Jimin akur dengan kemahuan Yoongi itu. Dia membiarkan Yoongi berjalan lebih jauh darinya dan dia akan menemani lelaki itu dari jarak jauh.

" Aku akan teman kau, Yoongi. Sebab kau keseorangan. "

Dalam beberapa minit Jimin melangkah, dia terperasan sesuatu. Dari ekoran matanya, seperti ada dua orang lelaki berbaju hitam sedang mengikuti langkah Yoongi dari belakang. Tidak pasti dengan situasi itu, Jimin cuba menghiraukannya. Tetapi dia tetap perlu berjaga jaga.

Tidak semena mena, Jimin terkejut apabila salah seorang lelaki berbaju hitam itu bertindak memukul kepala Yoongi dari belakang sehinggakan Yoongi rebah ke jalan. Tubuh Yoongi yang tidak sedarkan diri diangkat dan dimasukkan ke dalam kereta berdekatan.

Jimin terpempan. Dia tidak menyangka semua ini akan berlaku sekelip mata. Kereta yang mula bergerak dikejar sekuat tenaga.

" Yoongi! Min Yoongi! " Jimin menjerit namun dia tahu itu sia sia.

Namun dia tidak akan mengalah. Dia akan selamatkan Yoongi!

***

Jimin terduduk di tepi sebuah pasu besar di tengah bandar itu. Letih! Mujur malam itu sedikit sejuk.

Sebenarnya sudah lama kereta yang telah membawa Yoongi itu hilang dari pandangannya. Tetapi dia tetap mahu cari kereta itu sehingga jumpa.

" Apa patut aku buat sekarang ni. Erh penatnya! " Jimin merengus. Lalu, dia bangun semula . Eh! Dia teringat sesuatu!

" Aku tahu no plat kereta tu. Kenapa aku tak pergi buat report saja! Ah bengapnya! " Jimin menepuk dahinya beberapa kali lalu berlari menuju ke balai polis berdekatan.

Pintu balai polis itu ditolak laju. Beberapa orang polis yang bertugas terkejut dengan kehadiran anak muda tersebut yang tiba tiba itu.

" Hagsaeng, kenapa kelam kabut ni? " Tanya seorang polis di ditu.

" Tolong saya, encik! Kawan saya kena culik! " Jimin berkata dengan termengah mengah.

" Hah?! cuba hagsaeng terangkan! ada apa apa klu yang hagsaeng tahu? " Polis itu segera meng'on'kan komputer kerjanya.

" Saya nampak no plat kereta tu, Seoul 78?6743 . Tolong kesan kat mana kereta yang bawa kawan saya tu, encik. Sebelum tu, nama saya Park Jimin. " Jimin menerangkan dan Polis itu laju menaip sesuatu di komputernya.

" Okay Jimin jangan risau. Kami akan jalankan tugas. " Kata polis itu lalu mendail nombor telefon pada telefon pejabat itu.

" Yeoboseyo? Balai polis Besar Seoul? Disini baru sahaja terima laporan kes penculikan yang dilaporkan oleh seorang pelajar sekolah. Sila hantar polis polis yang bertugas ke alamat yang dikesan, Desa Guryeong, Seoul. Terima kasih. "

Mendengarkan itu, hati Jimin bertambah risau. Lantas dia berlari keluar sehinggakan polis di situ menjerit memanggilnya.

" Eh hagsaeng! nak kemana ?! Tolong jangan bahayakan diri sendiri! Kamu tak boleh pergi ke sana! " Dua orang polis sudah cuba mengejar Jimin namun terlambat apabila Jimin sudah masuk ke dalam sebuah teksi yang ditahan.

" Yoongi, bersabar sikit. Tunggu aku. "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience