BAB 34

Fanfiction Completed 5552

Yoongi mengenggam bucu meja dengan tangan kirinya kuat manakala tangan kanannya memegang dadanya yang tiba tiba sakit. Seketika, sakit itu reda dengan sendirinya.

" Wae, Yoongi ah? " Soal Min, risau. Sejak kebelakangan ini dia melihat anaknya itu sering mengurut dadanya.

" tak ada apa. Mungkin angin masuk badan. " ujar Yoongi cuba menenangkan ibunya.

" Erm macam sakit sangat omma tengok. "

Yoongi hanya membalas dengan gelengan. Sebuah senyuman diukir dengan terpaksa.

" Kita pegi klinik nak? " Min sudah bangun dari duduknya menghala ke Yoongi yang masih bertaut pada meja.

" Tak apa kut, omma. Kejap lagi hilanglah. "

" Kalau sayang omma, jom. "

Akhirnya, Yoongi terdiam.

***

" Tak ada cara lain ke doktor? " Min sudah tersedu sedu menangis sambil tangannya mengenggam erat tangan Yoongi yang dari awalnya tertunduk lemah.

" Kami cuba cadangkan cara ini saja, puan. Lagipun, penyakit tu dah mula menuju ke tahap yang teruk. Itu membahayakan nyawanya, puan. " Doktor yang bernama Baekhyun itu menerangkan lagi.

" Tapi, doktor. Saya tak ada duit sebanyak tu untuk kos pembedahan ni. Saya bukan golongan berada. " Min mengusap air matanya dengan sehelai tisu.

" Saya faham keadaan puan. Tetapi, bagaimana dengan keadaan anak puan? Puan nak biarkan dan hanya bergantung pada pengambilan ubat yang cuma bagi jaminan beberapa bulan? " Dr.Baekhyun cuba memujuk.

" Berapa jangka hayat yang mungkin anak saya ada? " soal Min tiba tiba.

" 4-6 bulan sahaja. Sayang sungguh, anak puan masih muda tetapi terpaksa harungi satu cabaran besar. Mungkin ini adalah penyakit keturunan. Mungkin suami puan pernah menghidap penyakit ni. "

Min terdiam.

" Omma, Yoongi nak balik. "

Lamunan Min terhenti. Dia lantas meminta diri untuk pulang sebelum mengambil ubat yang diberikan. Sepanjang perjalanan pulang, Yoongi hanya mendiamkan diri.

" Appa pernah sakit? "

Min yang tadinya asyik membuang pandang ke luar teksi itu segera memandang Yoongi. Keluhan dilepaskan dan Min mengangguk perlahan.

" Tak lama lepas kami kahwin, appa mula tunjuk diri dia yang sebenar. Kaki minum. Siang malam diri dia ditemani botol arak. Sehingga satu tahap, dia disahkan hidap kanser hati tahap 1. Kerana kekayaannya dulu, dia rawat dengan rawatan moden dan mahal di luar negara dan dia selamat. " Min membuka cerita.

Yoongi tersenyum nipis. Appa tak guna. Dia yang cari penyakit, sekarang turunkan pada aku pula. Omel Yoongi sekerasnya dalam hati.

Lantas fikirannya teringat seseorang.

" Jimin.. "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience