BAB 32

Fanfiction Completed 5552

Jimin membuka lampu mejanya dan mula membuka buku untuk mengulang kaji pelajaran. Memandangkan peperiksaan akan bermula tidak lama lagi, dia perlu merajinkan diri untuk belajar.

" Soalan ni nampak senang, tapi kenapa aku tak dapat jawapan dia. " omel Jimin sendiri pada buku soalannya.

Saat dia hendak menulis, pensilnya patah. Jimin merengus kecil sebelum bertindak mencari pengasah pensil.

" Kat mana aku letak? "

Puas Jimin menyelongkar bekas pensil dan beg sekolahnya, namun hampa. Tiada sebarang pengasah pensil disitu.

Jimin terperasan satu laci meja berdekatan kakinya. mungkin ada satu pengasah pensil disitu, fikir Jimin.

Tanpa berlengah, Jimin lantas menarik laci tersebut dan dia hampa sekali lagi. Hanya kelihatan sekeping gambar kad polaroid di dalam laci itu.

" gambar? "

Tangan Jimin lantas mengambil gambar tersebut dan puas Jimin memerhatikan siapakah yang menjadi subjek utama dalam gambar itu. Seorang lelaki berbaju tshirt berkolar sedang memilih gula gula kapas tanpa menyedari kamera.

" Macam Min Yoongi? Tapi kenapa.. ergh. " belum sempat Jimin berfikir dengan lebih lanjut, kepalanya sakit bagai dihempap.

Jimin meletakkan gambar tersebut di atas meja dan dengan pantas berlari ke katilnya. Sakit kepala yang tiba tiba menyerang kembali reda sebelum Jimin tertidur.

***

" Nama awak apa? Lagi sekali, saya Jimin. " tanya Jimin yang nampaknya sangat teruja.

" Kau boleh diam pastu ambik meja tu je boleh tak ? Aku bawak kerusi. Heh menyusahkan orang. " kata Yoongi lalu keluar dengan tangan kanan mengheret kerusi.

Jimin agak buntu dalam situasi itu. Dia nampak dirinya yang lain. Dan juga lelaki bernama Yoongi yang tidak seperti sekarang.

" Jimin ah.. " Suara Yoongi perlahan.

" Cermin mata kau retak. Pergi beli baru. " Sambungnya lagi.

" Bukan sekarang saya nak fikir tentang cermin mata! Saya perlu utamakan awak dulu dalam situasi ni. " Jimin bersuara dengan nada agak tinggi.

" Biarkan je lah aku mati. " Kata Yoongi membuatkan Jimin membulatkan matanya.

Sekali lagi Jimin bingung. Situasi tadi bertukar ke suasana suram di dalam sebuah gudang.

" " Sebenarnya, aku nak tanya kau sesuatu. " Ayat Yoongi itu menarik perhatian Jimin.

" Kenapa kau selamatkan aku? Padahal aku selalu marah kau, halau kau, hiraukan kehadiran kau. Sepatutnya kau jadi benci pada aku. " Yoongi bertanya tanpa memandang Jimin.

Jimin kelu. Tak menyangka Yoongi akan bertanya hal itu.

" Jawablah, kenapa kau selamatkan aku? " Desak Yoongi apabila melihat Jimin diam daripada menjawab soalannya itu.

Jimin menarik nafas. " Sebab aku nak berkawan dengan kau. "

" Kenapa kau nak berkawan dengan aku? Sedangkan tak ada sesiapa yang nak berkawan dengan aku selain kau? " Yoongi meminta kepastian.

" Sebab kau keseorangan. Aku faham perasaan kau tu. And maksud aku , kau keseorangan tanpa ada kawan di sisi kau. Aku hadap benda yang sama juga. Itu yang aku cuba nak berbaik, dan ajak berkawan dengan kau. Yoongi ah, kau tak suka ke berkawan? " ujar Jimin lalu menyelitkan soalan di hujungnya. , aku nak tanya kau sesuatu. " Ayat Yoongi itu menarik perhatian Jimin.

" Kenapa kau selamatkan aku? Padahal aku selalu marah kau, halau kau, hiraukan kehadiran kau. Sepatutnya kau jadi benci pada aku. " Yoongi bertanya tanpa memandang Jimin.

Jimin kelu. Tak menyangka Yoongi akan bertanya hal itu.

" Jawablah, kenapa kau selamatkan aku? " Desak Yoongi apabila melihat Jimin diam daripada menjawab soalannya itu.

Jimin menarik nafas. " Sebab aku nak berkawan dengan kau. "

" Kenapa kau nak berkawan dengan aku? Sedangkan tak ada sesiapa yang nak berkawan dengan aku selain kau? " Yoongi meminta kepastian.

" Sebab kau keseorangan. Aku faham perasaan kau tu. And maksud aku , kau keseorangan tanpa ada kawan di sisi kau. Aku hadap benda yang sama juga. Itu yang aku cuba nak berbaik, dan ajak berkawan dengan kau. Yoongi ah, kau tak suka ke berkawan? " ujar Jimin lalu menyelitkan soalan di hujungnya.

Suasana bertukar pula ke alam bilik hospital. Jimin tertanya tanya bila masa pula dia melawat Yoongi yang sakit? Dahi Jimin mula berpeluh.

Yoongi dan Jimin berdiri di satu sudut berlatar belakangkan satu arca replika berbentuk mickey mouse. Yoongi lantas memeluk leher Jimin dan menayangkan tanda peace sambil tersenyum lebar. Jimin yang pada mulanya terkejut dengan cengkaman di lehernya lantas melemparkan senyuman dan peace sign .

" Okay kamsahamnida! " Ucap Jimin kepada lelaki itu sebelum dia berlalu.

" Aku akan simpan gambar ni. " Kata Jimin lalu tersengih memandang gambar tersebut.

" Aku handsome tak dalam gambar tu? " Kepala Yoongi didekatkan pada gambar yang berada di tangan Jimin.

" Handsome dah! " Jimin tergelak kecil.

" Kalau kau sedih atau tengah marah, tengok gambar tu. Kehenseman aku boleh bahagiakan hidup kau. " Pesan Yoongi tiba tiba.

Walaupun Jimin tahu apa yang diperkatakan Yoongi itu mengarut, Jimin hanya tersengih. Gambar itu akan menjadi kenangan dalam hidupnya.

Sekali lagi, suasana berubah. Kali ini Jimin dikelilingi suasana di taman tema. Dia hanya menjadi pemerhati di antara dirinya dan lelaki bernama Yoongi mengambil gambar.

Semakin lama, Jimin mula teringatkan sesuatu.

" Aku.. aku macam tak dapat terima kenyataan, Jimin! Kenapa aku rasa bersalah sangat sangat?! Maafkan aku Jimin, aku memang dari keluarga tak guna. Aku rasa macam tak layak berkawan dengan kau. Aku mintak maaf. " Yoongi lantas bangun dan berlalu pergi.

" yah Yoongi ah! Tak! Tak! Kau tak boleh fikir macam tu! Aku tak ada niat pun! " laung Jimin lalu melangkah untuk mengejar Yoongi yang semakin jauh.

Yoongi menghiraukan panggilan Jimin. Ikutkan hatinya, mahu sahaja dia berhenti tetapi rasa bersalahnya lebih menguasai.

Yoongi melintas jalan tanpa melihat kiri dan kanan, membiarkan kereta yang membrek mengejut dan membunyikan hon.

" Yoongi ah! Kau sahaja kawan baik aku! Yoon-- "

Pinnnnnn!

Serentak itu, bunyi kereta bertembung sesuatu kedengaran. Langkah Yoongi juga terhenti dan dengan pantas dia berpusing semula.

Jatuh air matanya saat terlihat tubuh Jimin yang terlantar kaku di atas jalan dan dipenuhi darah. Sepantasnya dia berlari mendapatkan Jimin.

Dan kali itu, Jimin seakan mahu menangis. Dia sedar dia mungkin sudah buat kesilapan pada lelaki yang bernama Yoongi.

Serentak itu, Jimin terbangun dari tidurnya. Muka dan badannya berpeluh. Jimin memandang sekeliling. Ya dia masih berada di dalam biliknya.

Jimin lantas teringat akan mimpi tadi. Macam benar benar berlaku. Satu bahagian yang menampakkan dirinya sedang menangkap gambar Yoongi menyedarkannya. Lantas Jimin turun dari katil dan meyelongkar laci mejanya.

Beberapa minit kemudian, dia menjumpai satu keping gambar dia dan Yoongi berdiri di hadapan satu arca replika berbentuk mickey mouse. Ternyata, mimpi tadi semuanya benar.

" Yoongi ah! Maafkan aku. Aku dah melupakan persahabatan kita! Mianhae! "

Semahunya Jimin menangis di situ sambil memegang gambar kenangan tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience