BAB 35

Fanfiction Completed 5552

Yoongi menekan loceng rumah agam tersebut berulang kali. Berharap ada seseorang yang akan datang membukakan pagar. Nasibnya baik setelah terpandang Hyunsik yang kelam kabut berlari anak ke arahnya.

" Yoongi ah! Mari masuk. " Pelawa Hyunsik dengan senang hati. Yoongi diajak duduk di ruang tamu rumahnya.

" Haa ada apa Yoongi datang sini? " Soal Hyunsik setelah kembali ke ruang tamu dengan segelas jus oren buat tetamu.

" aa.. ahjussi-- "

" Yoongi ni, panggillah appa. Ahjussi tak sedap. " pintas Hyunsik seraya tersenyum.

" Eh? " Yoongi agak terperanjat dengan permintaan Hyunsik itu.

" Tak apa. Kalau Yoongi tak selesa, panggillah apa pun. Tapi appa suka kalau Yoongi gunakan panggilan appa. Appa pun dah anggap Yoongi ni macam anak appa sendiri. " Jelas Hyunsik membuatkan Yoongi tersenyum.

" Kamsahamnida, appa. Oh saya datang ni nak jumpa Jimin. Dia ada? " Yoongi terus menyuarakan tujuannya dia ke rumah tersebut.

" Lupa appa nak cakap, yang Jimin ke Busan hantar barang kat rumah ibu saudara dia. Petang sikit nanti dia baliklah. " ujar Hyunsik sambil matanya memandang sekejap pada jam dinding.

" Bila dia pergi? "

" Lebih kurang 1 jam yang lepas. Kenapa? Yoongi nak ajak Jimin keluar? " Tanya Hyunsik pada lelaki berkulit putih itu.

" Ya, ingat nak ajak dia berborak di taman. "

Hyunsik tersenyum. " Oh. Kalau macam tu, dia pulang nanti, kamu berdua pergilah keluar. "

" Ne, saya balik dululah. Petang nanti saya datang lagi. " Yoongi bangun ingin pamitkan diri, namun tiba tiba Hyunsik menghalangnya.

" Yoongi ah, Yoongi baik baik aje kan? Kenapa appa tengok Yoongi pucat semacam? " tegur Hyunsik setelah pendamkan soalan tersebut dari awal dia melihat Yoongi di pagar.

" Saya baik baik sahajalah. Mungkin kulit saya makin putih? Sebab tu appa kata muka saya pucat. " Bohong Yoongi. Ah! Itu sahaja yang terbaik.

" Oh mungkin. Balik hati hati ya? Cuaca sekarang makin sejuk. " pesan Hyunsik sebelum Yoongi berjalan menuju untuk pulang.

Mianhae, Hyunsik ahjussi.

***

Daun kering yang gugur mengena bahunya ditepis jatuh. Pandangan dialihkan semula menghadap ke padang yang luas dan lengang dari manusia. Hari masih awal untuk mereka bermain. Namun Yoongi masih menanti seseorang di sebuah bangku bawah sepohon pokok.

Secara tiba tiba, bahunya ditepuk dari belakang. Membuat Yoongi sedikit terperanjat.

" Yoongi! "

Yoongi hanya tersenyum melihat Jimin melabuhkan duduk di sebelahnya. Dia membiarkan sahaja Jimin meletakkan lengannya di atas bahu Yoongi.

" Kenapa ni? Macam putus cinta je. " tegur Jimin seraya tersengih.

" Ish tak. Aku putus cinta apa sedangkan aku tak pernah bercinta. Lain lah kau, sekarang dah kacak, bergaya. Ramai yang nakkan kau, tak macam dulu. " ujar Yoongi dengan nada yang rendah.

" Apa? Tak macam dulu? " Soal Jimin agak musykil. Ingatannya tidak semua yang dapat diingat. Hanya 95% dia dapat kembalikan.

" Ya. Dulu kau nerd sangat. Sampaikan kau masuk kelas masa hari pertama, kau dah jadi bahan ketawa orang. Dan kau orang buli. Kau ingat aku tak tahu yang kau kena buli di kantin satu dulu? Diorang tuang makanan atas rambut kau. Haha aku ingat lagi masa tu kau kata kau jatuh. Kau tak bagitahu aku sebab aku kuat bergaduh dulu kan? Sebenarnya aku nampak kejadian tu. Aku larikan diri sebab tak nak pukul orang lagi. Nanti kau jugak yang marah aku. " terang Yoongi seraya tersenyum mengingat kejadian tersebut.

Perlahan lahan Jimin mengangguk. Teruk sangatkah dia dulu?

" Kau mesti tak ingat lagi kan? Alah tak apa. Kenangan pahit kau tak payah usaha nak ingat. " Sambung Yoongi.

" Jimin.. "

Jimin memalingkan mukanya menghadap Yoongi yang tertunduk. Entah mengapa dia merasakan sahabatnya ada masalah.

" Wae? "

" Aku sebenarnya.. " Yoongi masih teragak agak mahu memberitahu atau tidak hal yang berkaitan tahap kesihatannya itu pada Jimin. Dia rasa bersalah.

" Sebenarnya apa? " Kata Jimin setelah melihat Yoongi masih mendiamkan diri.

" Sebenarnya aku lapar. "

Jimin tertawa kecil. Bahu Yoongi ditepuk dan dia lantas bangun.

" Jom aku belanja makan! "

Lengan Yoongi ditarik dan mereka berjalan seiring menuju ke kedai makan berdekatan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience