BAB 30

Fanfiction Completed 5552

Hanya kedengaran alat bantuan pernafasan di dalam bilik tersebut. Yoongi melentokkan kepalanya di sisi katil yang menempatkan Jimin.

Sudah tiga hari Jimin belum menyedarkan diri. Selama tiga hari itulah Yoongi tidak pulang ke rumah. Alasannya dia tidak mahu lari dari rakannya lagi.

" Yoongi, malam ni kamu balik lah dulu. Appa akan jagakan Jimin malam ni. " Hyunsik yang lebih senang membahasakan dirinya appa pada Yoongi itu bersuara.

" Tak nak. " balas Yoongi sepatah. Mukanya tampak sugul.

" Jangan lah macam ni, Yoongi. Omma sorang sorang tidur di rumah ni. " Min pula cuba memujuk.

" Ajaklah Ahjussi teman. " balas Yoongi lagi.

Budak bertuah! Mahu sahaja kepala Yoongi dihantuk ke dinding. Namun melihatkan keadaan sekarang, Min membatalkan hasratnya.

" Betul ni, Yoongi tak mahu balik? " soal Hyunsik sekali lagi.

" saya nak tunggu dia. "

Hyunsik dan Min akur. Mereka meminta diri untuk pulang dan membuat keputusan untuk membiarkan lagi Yoongi menemani Jimin di hospital.

" Jimin.. "

" Aku janji tak lari lagi. Aku rindukan kawan baik aku. Bila kau nak bangun? " ujar Yoongi sendirian.

" Aku mintak maaf atas tindakan aku malam itu. Aku tak sepatutnya salahkan diri aku macam yang kau cakap. Aku patut percayakan kau. Aku bodoh, Jimin. " Yoongi menahan sebak.

" Malam ni aku tunggu kau lagi. Setiap hari aku akan suruh omma aku bawakan makanan. Aku nak makan dengan kau. Aku nak mintak maaf. "

" Aku percayakan kau, Jimin. Kau tak dendam pada aku, pada omma aku. Kau tak ada niat pun. Aku percaya. Jadi kau bangunlah. "

" Aku mintak maaf. " Yoongi menghabiskan masa bertutur sendirian sehinggalah dia terlelap.

***

Air mata yang cuba ditahan tadi, akhirnya jatuh. Yoongi tidak percaya dengan apa yang sedang berlaku.

Wajah Jimin yang sedang melihatnya pelik, dipandang. Sekali lagi dia menyoal Jimin yang baru menyedarkan diri itu.

" Aku Yoongi lah. Tak tahu? "

" Ya memang aku tak tahu langsung siapa kau. Kau kata kau Yoongi. Tapi, Yoongi tu siapa pada aku? Kau hyung aku ke? " Jimin menyoal semula Yoongi di hadapannya. Sememangnya dia tidak mengenali lelaki itu.

" Jimin, Yoongi ni kawan baik kamu. " ujar Hyunsik. Sedih melihatkan keadaan Jimin sekarang. Baru sebentar tadi, dia dipanggil oleh doktor yang merawat Jimin. Ternyata Jimin hilang ingatan sementara disebabkan hentakan kuat di kepalanya sewaktu dilanggar. Kes ini akan membuatkan pesakit hanya mengenali ahli keluarga seperti appa dan ommanya sendiri.

" Kawan? Setahu saya kan appa, saya tak ada kawan. "

Terguris hati Yoongi yang mendengarnya. Namun, dia harus bersabar.

" Tak apa, ahjussi. saya harap nanti Jimin ingat saya semula. Saya akan tunggu. " balas Yoongi lalu mengeluh perlahan. Jimin yang sedang menjamu selera tanpa menghiraukan dirinya itu dipandang lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience