BAB 25

Fanfiction Completed 5552

Siang dan malam hidup Min dipenuhi kegembiraan bersama Yoonga. Lelaki itu adalah segala galanya pada Min sekarang ini.

Min rasakan yang dia sudah jatuh cinta pada Yoonga dan Yoonga juga merasai perkara yang sama.

Namun, Hyunsik dan Jihyun agak terasa dengan sikap Min. Walaupun Min masih melayan mereka dengan baik, tetapi Min banyak menghabiskan masa dengan Yoonga berbanding kawan baiknya sendiri.

Hati Hyunsik hancur. Selama ini dia bersusah payah memikat Min, namun Min jatuh ke tangan lelaki lain. Min lebih memilih Yoonga berbanding dirinya yang sudah lama mengenali diri Min.

Jihyun faham perasaan sahabatnya itu. Hati Jihyun juga hancur saat Min selalu menolak ajakan untuk meluangkan masa bersama atas alasan Yoonga ingin keluar bersama.

" Betulkah? Kau tak bergurau kan?! "

Sudah 3 kali Jihyun melontarkan soalan yang sama terhadap Min yang selamba menghirup air jus tembikainya.

" Ya. Kenapa kau fikir aku bergurau? " soal Min kembali. Hyunsik dilirik sementara. Lelaki itu hanya terdiam menunduk ke bawah.

" Aniya. Kau dengan dia baru sebulan bercinta. Tup tup kau dah nak berkahwin? Min, aku cuma nak nasihatkan. Kau mungkin tak faham hati dia lagi. " Jihyun bersuara agak perlahan.

" Jihyun ah, aku tahu apa yang aku buat. And aku yang kenal dia, bukannya kau. Kau janganlah risau. Aku akan bahagia bersama dia. " Min tersenyum yakin.

" Min.. fikirkan sekali lagi. " Hyunsik bersuara akhirnya sejak sekian tadi berdiam diri. Matanya kelihatan berkaca.

" Hyunsik, aku dah fikirkan masak masak. Aku dah terima lamaran dia dan kami akan berkahwin. " Jawapan Min membuatkan hati Hyunsik bagaikan ditikam.

" Aku mintak maaf kalau keputusan aku buatkan korang tak suka. Terpulang kalau kau tak mahu berkawan dengan aku lagi. "

" Min, jangan cakap macam tu. Kami minta maaf kalau kami macam kawal hidup kau. Aku tak nak hubungan persahabatan kita terputus macam ni. " Jihyun lantas mengenggam tangan Min.

" Ne, Min. Aku.. aku harap dia dapat jagakan kau sebab aku tak ada peluang tu. " Hyunsik bersuara perlahan lalu bangun meninggalkan mereka berdua.

" Hyunsik ah! Min, kita jumpa lagi nanti. Jangan lupa jemput kami ke majlis perkahwinan kau. Aku pergi dulu. " Jihyun tergesa gesa lalu melangkah laju mengejar langkah Hyunsik.

Min menunduk lemah. Wajah Hyunsik yang sayu terimbas di fikirannya.

" Maafkan aku, Hyunsik. "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience