BAB 28

Fanfiction Completed 5552

"Aku tak boleh lama, Jihyun. Aku perlu lari. "

Jihyun kurang mengerti apa yang dimaksudkan oleh Min. Mereka berbual di sebelah balai polis tersebut.

" Kenapa ni, Min? Kau macam dikejar penjahat. Kenapa perlu lari tengah hari begini dengan budak kecil ini. Anak kau kah? " Jihyun mengusap rambut lelaki itu.

" Ya Jihyun. Ni anak aku. "

Jihyun merendahkan tubuhnya setara dengan anak kecil itu.

" Nama kamu apa? " soal Jihyun tersenyum ramah. Wajahnya mirip dengan ommanya.

" Min Yoongi. "

Jihyun tersenyum. Nama anak diletakkan hampir sama dengan nama appanya.

" Yoongi tak penat ke? " soal Jihyun lagi.

" Penat tapi omma kena lari. Appa jahat kejar. Dia bawak tembak tembak. " kata Yoongi.

Jihyun lantas memandang Min meminta penjelasan. Riaknya berubah.

" Aku mintak maaf, Jihyun. Sepatutnya 5 tahun yang lepas aku dengar cakap kau orang. Sekarang aku dah terima balasan. Aku tak bahagia, Jihyun. Ternyata Yoonga bukan lelaki yang baik. 4 tahun yang lepas dia bunuh appa dan ommanya. Kekayaan mereka dia rampas dan digunakan pada jalan yang salah. Dia main judi, minum arak dan bawa perempuan pulang ke rumah. kami hidup susah sebab dia tak lagi bekerja. Tapi tak lama selepas itu, dia ditangkap polis atas tuduhan membunuh. Tahun ini dia dibebaskan, Dan dia cari aku untuk membalas dendam kerana akulah yang membuat laporan pada polis. Aku takut, Jihyun. Aku takut dia akan apa apakan anak aku. " panjang lebar Min bercerita.

" Jangan risau, Min. Aku akan laporkan hal ini. Kau dengan Yoongi akan selamat. Percayalah. " pantas Jihyun memeluk Min. Min menangis teresak esak di bahu Jihyun.
" Hoi! Kat sini kau ya?! Kau nak lari lagi? "

Satu suara menyentakkan mereka berdua. Min yang kenal suara itu lantas meleraikan pelukan dan menarik Yoongi lari bersamanya. Jihyun yang masih belum menangkap situasi hanya memandang seorang lelaki berbaju hitam mengejar Min dan Yoongi dari belakang.

" Hei berhenti! " Jihyun yang mula tersedar lantas membuka langkah.

Sementara itu, kejadian tersebut dilihat oleh Hyunsik dan Jimin yang datang ke balai polis Jihyun berkerja untuk makan bersama. Hyunsik lantas mendukung Jimin dan berlari mencari Jihyun.

Min buntu. Ada dua lorong dihadapannya.

" Yoongi. Min Yoongi. Dengar cakap omma. Omma nak kamu lari lorong ni dan omma akan lari lorong yang pertama ni. Yoongi cari tempat menyorok dan jangan ke mana mana. Tunggu sampai omma jumpa kamu. Faham?! " melihatkan Yoongi mengangguk lantas kedua belah pipi Yoongi dicium.

" Cepat!"

Mereka berpecah. Yoonga yang terlihat Min memasuki lorong pertama lantas mempercepatkan larian. Jihyun masih bersemangat mengejar Yoonga.

" Berhenti atau aku tembak! " Jihyun melaung dari jauh. Yoonga masih jauh di hadapan. Ah! Dia perlu selamatkan Min!

Manakala, Hyunsik juga buntu setelah sampai di dua lorong tersebut. Jimin diturunkan dan bahu anaknya itu dipegang.

" Jimin ah, appa akan cari omma. Jimin duduk sini diam diam okay? Jangan pergi mana mana. Appa akan datang semula. "

Belum sempat Jimin menjawab, Hyunsik telah berlari memasuki lorong pertama. Jimin hanya memandang kosong.

" Jimin nak cari omma jugak. Jimin kan hero omma. " omel Jimin sendiri lalu memasuki lorong kedua. Dia membuat keputusan untuk mencari ommanya sendiri.

Namun di pertengahan jalan, dia terlihat seorang budak lelaki sedang terduduk di tanah. Kemungkinan terjatuh kerana dia memegang kakinya. Jimin lantas mendapatkan budak lelaki tersebut.

" Awak okay tak? " tanya Jimin namun matanya terlihat keadaan kaki dan tangan budak lelaki tersebut.

" Tangan dan kaki awak darah, awak tak okay! "

" Mari saya tolong! " Jimin menghulurkan tangannya.

" Sekejap! saya perlu cari omma saya. Tapi omma suruh lari! " jawab Yoongi lalu memandang kiri kanan. Tadi dia mahu menyorok, entah bagaimana dia boleh terjatuh.

" Hah? mana omma awak? kenapa awak perlu lari? " soal Jimin lagi.

" Appa jahat. "

" Saya tak faham. Ken-- "

" MIN YOONGI! "

Kata kata Jimin terhenti disebabkan kehadiran suara seseorang.

" Awak! lari sekarang! " suruh Yoongi separuh menjerit.

" Kita lari sama sama! pegang tangan saya! " Jimin menghulurkan tangannya sekali lagi. Lelaki yang kelihatan kurang siuman itu semakin hampir.

" CEPAT! "

Mereka lantas berlari seiringan. Keluar dari lorong tersebut dan menyorok di belakang salah sebuah rumah kosong.

" Itu siapa? Dia bawak pistol sama dengan omma saya. " Jimin memeluk lututnya.

" Itu appa. Dia jahat. Dia nak bunuh saya dengan omma. "

Sementara itu, Jihyun terlihat Yoonga yang sedang tercari cari. Inilah masanya dia menahan lelaki jahat itu.

" Letakkan senjata!" Arah Jihyun dan perlahan lahan memusingkan tubuhnya ke belakang. Tergelak sinis Yoonga dibuatnya.

" Oh kau rupanya. Aku kenal kau. Aku kenal. Kau yang kahwin dengan lelaki yang nakkan Min 5 tahun yang lepas tu kan? Hahaha kan? " Yoonga tersenyum sinis.

" Tak ada kena mengena dengan kau. Sekarang kau letak senjata dan menyerah. Lepaskan Min. " Jihyun mengacukan lagi pistol kearah Yoonga.

" Oh okay. " Yoonga perlahan lahan meletakkan senjatanya dan apabila melihatkan Jihyun yakin sedikit yang dia menyerah, Yoonga lantas mencapai semula pistol dan melepaskan tembakan. Tepat mengena perut Jihyun.

Yoonga tergelak seronok apabila melihat Jihyun yang dianggap menganggu kerjanya jatuh perlahan lahan. Dia berjalan pergi dengan hati riang.

Hyunsik yang terkejut dengan kejadian di hadapan matanya itu lantas mendapatkan Jihyun. Kepala Jihyun diletakkan di atas pahanya.

" Jihyun ah. Tahan. Saya akan call ambulans. " dengan air mata yang semakin banyak, Hyunsik menelefon ambulans.

Jimin dan Yoongi masih terkejut dengan bunyi tembakan tadi. Tiba tiba Min muncul dan lantas mengambil Yoongi. Min yang mendukung Yoongi segera berlari dan dari jauh dia terlihat sekujur tubuh terbaring di samping seorang lelaki yang dikenali.

" Ji.. Jihyun ah. " sebut Min perlahan. Dia tak menyangka hal ini terjadi.

Belum sempat dia mendekati Jihyun, dari satu sudut, dia terlihat Yoonga. Ini membuatkan Min terpaksa lari sekali lagi. Dan terpaksa meninggalkan kawan baiknya yang telah ditembak oleh suami Min sendiri.

" Maafkan aku, Jihyun! "

Jimin yang mengerti itu adalah omma Yoongi, lantas melangkah masuk semula ke lorong tadi. Niat untuk mencari appa dan ommanya terlaksana tetapi dalam keadaan yang tak diingini berlaku.

" Omma! " laju langkah kaki kecil Jimin.

" Ommmmmmmaaa ~ " raung Jimin sekuat hati. Takut dia melihat ommanya yang berlumuran darah.

" Jihyun, sabar sikit ya sayang. " Wajah Jihyun diusapnya.

Jihyun menggerak gerakkan bibir. Seperti mahu menuturkan sesuatu. Hyunsik mendekatkan telinganya pada bibir Jihyun.

" jaga Jimin baik baik. Beri dia susu setiap hari. Dan, Jihyun ada permintaan. Tolong cari Min dan anaknya, Yoongi. Tangkap Yoonga. Kalau awak masih simpankan perasaan pada Min, kahwinilah dia. Jihyun nak persahabatan kita masih bersama walaupun Jihyun pergi dulu. " pesan Jihyun dengan suara tersekat sekat

" Tak Jihyun tak! Saya sayangkan awak seorang! Saya tak nak awak pergi. Jihyun! Jihyun! " Hyunsik menggoyangkan bahu Jihyun yang sudah menutup rapat matanya. Dia meraung seperti orang gila.

" Omma.. ommmmmmaaa. " Jimin lantas memeluk tubuh kaku Jihyun dengan tangisan yang tak dapat ditahan.

**

Yoongi terdiam seribu bahasa. Cerita yang disampaikan ommanya itu membuatkan dia terkaku.

Ommanya yang sudah mula menangis dihiraukan. Sekarang Yoongi teringatkan Jimin.

Adakah lelaki itu membuat baik padanya untuk membalas dendam disebabkan appa Yoongilah yang menyebabkan kematian ommanya?

' Jimin, macam mana kau boleh berkawan dengan aku sedangkan appa aku sendiri dah bunuh omma kau? '

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience