Bab 25

Romance Completed 15840

BAB 25

ROJAK buah terbiar di atas meja. Perutnya masih lagi kenyang, tak mungkin dapat diisi walaupun hanya dengan makanan yang tidak berat sebegitu. Fikiran Melia menerawang jauh, terfikir seolah-olah Farisy dapat membaca gerak hatinya. Mungkinkah hatiku dicipta untuknya, sehinggakan dia dapat meneka apa yang tersirat di hati. Tapi, dia lebih muda dan sukar untuk hati ini menerimanya.

Farisy merenung wajah Melia. Keadaan Melia yang tidak menyedari persekitaran membolehkan Farisy meneroka segenap wajah wanita di hadapannya. Dari wajah itu orang lain boleh tersilap teka umur Melia, orang lain takkan percaya Melia sudah menjangkau suku abad. “Jauhnya terbang. Tak larat saya nak kejar.”

Senyuman inilah yang aku rindui. Sekarang ni dah susah la nak nampak senyuman ni kat kampus. Farisy memberi ruang untuk Melia bersuara. Suasana menjadi sepi apabila Melia hanya tersenyum. Melia berdehem lalu mula membuka mulut. “Awak tak jawab lagi soalan saya.”

“Soalan yang mana? Camne saya tau alamat awak dan awak sukakan pasu?” Melia mengangguk, baginya itu sudah cukup untuk menjawab soalan yang dikemukakan. Farisy tersenyum, sengaja membiarkan Melia berteka-teki. “Kalau kita sayangkan seseorang tu, kita akan usaha untuk mengetahui segalanya tentang dia.”

Melia berasa terharu dengan jawapan itu. Tetapi hatinya masih lagi tertutup untuk mana-mana jejaka ketika itu. “Maafkan saya, saya tak patut tinggalkan awak macam tu je hari tu.”

“So… that’s mean?” Farisy menjongketkan kening.

“That’s mean nothing.” Melia mengalihkan pandangan, merenung ke arah rojak buah. Seketika kemudian wajah Farisy diamati, matanya dapat menangkap riak kecewa pada wajah itu. Namun Farisy cuba menyembunyikannya dengan senyuman. “But, let us be friend.”

Jawapan itu membuahkan rasa gembira di hati Farisy. Kawan pun takpe la, kira oret la dari tak dapat langsung. “Thanks.” Farisy menghirup ais kisar tembikai susu, aliran tersebut membuatkan tekaknya terasa nyaman. “Itu pun dah cukup.”

“Pandai betul awak ambil hati saya. Dengan cara ni, saya susah nak tolak permintaan awak.” Melia tersenyum lagi. Terasa lucu pula kerana pasu dia terpujuk untuk menerima Farisy. Soal rasa hati, tiada pula wujud sesuatu yang pelik.

“Kenapa?” Timbul sedikit perasaan ingin tahu. Farisy masih lagi merenung wajah itu. Mungkin selepas ini wajah itu hanya bertamu di ruangan angan dan juga mimpi. Untuk berjumpa selalu, mungkin ada halangan.

“Sebab saya dah janji, saya akan layan pengirim misteri sebaik mungkin. Saya tak agak pun awak. Cuti sem lepas awak kat KL ke?” Melia memalingkan mukanya, terasa malu direnung sebegitu. Sudah lumrah, perempuan dihadiahkan dengan perasaan malu yang lebih daripada lelaki oleh Maha Pencipta. Dan itulah yang menjadi pelindungnya.

Farisy turut mengalih pandangan. Dia tahu perbuatannya tadi membuatkan Melia tidak selesa. Tetapi tiada cara lain untuk mengubat rindu yang terpendam di hati. “Takde la. Saya dapat bantuan dari abang saya. Dia duk kat KL.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience